Saturday 24 October 2009

berzaman sudah

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

sebelum saya menulis perkara pokok yg ingin saya nukilkan disini,marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. apa sudah kita lakukan sepanjang satu hari ini. bermanfaatkah untuk diri sendir?bermanfaatkah untuk diri manusia disekeliling kita? apa sumbangan kita untuk masyarakat dan orang Islam hari ni? sudah betulkan belum niat kita lillahi taala dlm setiap perkara? mari2 kite bermuhasabah~!

-------------------------------------------

senyap 10 saat utk bermuhasabah***********

-------------------------------------------

kembali kita kepada dunia ciptaan Allah.alhamdulillah msih diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.alhamdulillah thummal hamdulillah thummal hamdulillah.

tajuk post saya hari ini berkait sebenarnya dgn apa yg ingin saya nukilkan hari ini iaitu sudah berzaman saya tidak merasai zuoq tatkala menerima satu ilmu dan akhirnya,hari ini saya dapat merasakan sesuatu tatkala menerima ilmu ini.sile teruskan membaca**kalau tajuk tidak bertepatan dengan entry,apa maksudnya?maksudnya seseorang itu tiada matlamat.jadi sila hidup dgn bermatlamat mulai sekarang.***nasihat kpd diri sendiri.


AMAL ISLAMI YANG MUNTIJ

byk sgt dah membebel kat atas tu.jadi saya ingin kongsikan satu perkara yang saya baru tahu hari ini.ianya satu ilmu yg amat berguna bagi mereka yg mahukan amal Islami yang muntij.apa itu muntij?hee

muntij tu maksudnya amalan yg berhasil.dlm english kite pggil efficient.konsep muntij ini adalah menggunakan sumber seadanya dan memberi hasil yang optimum.senang nak diceritakan,output>input.itulah maksud si muntij ni.


Imam Syahid Hassan al-Banna mengatakan bahawa skop khayalan itu lebih besar daripada skop berkata-kata.skop berkata-kata pula lebih besar daripada skop beramal.kemudian,skop beramal lebih besar daripada skop berjihad. dan berjihad pula skopnya lebih besar daripada berjihad muntij.faham?hee


ANALOGI

baiklah,saya bg satu cadangan.cuba kita khayalkan,apa-apa sahaja tentang niat.mesti terlintas dlm hati kita,niat ketika solat,ketika puasa,kita nak buat apa-apa sahaja pekerjaan,kite menerima sesuatu amanah,niat kena ikhlas baru Allah terima dan macam-macam lagi.sekarang,saya minta anda untuk bahaskan tentang niat.bahaskan lah sekarang.boleh ke idea keluar secara spontan?siapa yg dah dapat idea tu,baguslah.tapi kita semua bukanlah sempurna.kadang-kadang apabila ditanya secara direct,mesti kita tergagap-gagap nak cakap(kadang2 la..sile mengaku ye).itulah kita.khayalan lebih besar daripada berkata2.

dah selesai antara khayalan dan berkata-kata.sekarang antara berkata-kata dan beramal.saya ulang semula cth iaitu ttg niat.kita pun dok bahas ttg niat.hadith 1.setiap perkara itu perlulah berserta dgn niat.setiap apa yang kita niatkan,itulah yg kita dapat.niat mestilah ikhlas,tulus,suci dan murni utk Allah S.W.T.dan macam-macam lagi.tapi,apabila masuk dalam amalan seharian kita,adakah kita beramal dgn segala apa yang kita perkatakan??tepuk dada,tanya iman.

bergerak pula kita, antara amal dan jihad.seandainya kita sudah beramal dgn segala yg kita pelajari, dgn segala ilmu yg kita ada,dgn segala apa yg kita perkatakan,adakah kita bersungguh-sungguh dalam setiap amalam kita?saya bg cth,kita ade sebuah kereta.kereta Perodua Kancil.berapa muatan yang dimasukkan kebiasaannya?5?4?6??jika setakat 5,4 atau enam,kereta Perodua Kancil itu baru sahaja beramal.kereta itu menunaikan fungsi yang biasa.tetapi apabila kita memuatkan 15 orang ke dalam kereta kancil itu,itulah yang dinamakan jihad.sumbat juga sumuanya.di bonet,di tempat letak kaki,di atas bumbung..yang pasti,15 orang penumpang itu semuanya berjaya dimasukkan.itulah namanya berjihad!kereta Perodua Kancil tadi sudah berjihad dgn meletakkan muatan yg lebih drpd amalnya yang biasa.

antara jihad dan jihad muntij ini pula,amat sukar untuk dibicarakan malah lebih sukar apabila sampai ke praktisnya.saya bagi satu analogi.ada seorang pelajar perubatan,dia study 15 jam sehari(contohnya..ni jadi mcm dy ni!<---ni cth bg org yg byk berkhayal.hee..tp insyaAllah saya akan buktikan satu hari nanti!).memang setiap hari dia akan study 15jam.student ni dah dikira berjihad lah ni!selalunya student medic ni study mungkin dlm 8 atau 9 jam sehari.ya'ni~ jadi seandainya pelajar diatas ini memaksa dirinya utk study 15jam 10 minit.boleh ke?sedikit je lagi!teruskan!hanya untuk menghabiskan satu sahaja lagi perenggan yang bermakna menghabiskan sesuatu topik.jika dia berjaya belajar lagi 10 minit itu,bermakna dia sudah sampai kepada jihad muntij.jihad yang membawa pelajar itu untuk menghabiskan satu topik pembelajarannya.hmm~ konklusinya,kita muhasabahlah kembali,di mana taraf amal islami kita.selamat bermujahadah semua.


khayalan>cakapan>amalan>jihad>jihad muntij


*exam dah nak dekat.doakan si penulis dan kawan-kawan seperjuangannya.shukran.