Wednesday 30 May 2012

kerja banyak lagi

baru-baru ini saya melihat terlalu banyak isu semasa yang memeranjatkan kita. yang pertama tentang utusan melayu yang memaparkan gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum, kemudian kita diperanjatkan dengan kehadiran seorang perempuan muslim yang membawa idea reformasi, irshad manji, kemudian sekali lagi kita tersentak dengan himpunan sejuta belia yang dihiasi dengan jihad dalam hiburan. kita penat bukan dengan isu-isu semasa begini. kita penat memarahi itu dan ini. kita akhirnya tertipu antara semangat dan iman.

kerana itu, kefahaman bahawa ummat kita sedang dalam ummat jahiliyyah akan menyebabkan kita lagi kencang beramal dan semangat ini atas dasarnya iman. bukan semangat yang berdasarkan isu-isu sahaja. jika begitu jadilah kerja kita hanya bermusim dan berisu. jika tiada isu, maka kita pun berhentilah bekerja dan beramal. begitukah?

kerja kita panjang lagi dan menuntut sepanjang masa bukan bermusim. orang kata dua puluh empat tujuh? ya, mari kita buktikan muslim dan daei juga 24/7 inshaallah.

fasabrun jameeel, wallahul musta3an :)

Dakwah itu adalah kehidupan kita, maka ia bukan lagi satu komitmen.

kerja kita bukan isu oriented. kerja kita sepanjang masa. waktu ade isu ke xde isu ke kita kena tetap dengan hammasah.

pelbagai isu berlegar sekarang ni, jadikanlah ia sebagai booster buat kita para duat.

buat para duat: teruslah bekerja. teruslah berdakwah. teruslah mentatbiyah diri dan manusia lainnya. teruskan. jangan ragu-ragu dengan janji Allah.

buat para pelaku jahiliyyah (ye, kita pun termasuk skali dlm golongan ini): teruskan lah juga dengan kerjaya anda tetapi di akhirat nanti jangan katakan perkataan sesal, ‘kalaulah aku dikembalikan semula ke dunia…’

wallahu a3lam

“Satu je kerja tiada cuti mingguan mahupun bulanan mahupun tahunan. Tiada gaji apatah lagi bonus raya dan tahunan. Tiada juga office hour. Iaitu kerja dalam syarikat dan madrasah dakwah dan tarbiyah. Be prepared!”

selamat bekerja semua orang :)

Friday 4 May 2012

Dua puluh empat / Tujuh

pernah x rasa, kita tgh nak fokus study, x nak keluar umah sbb seminggu hari-hari kita dah penuh dgn berbagai agenda, jadi ingin memaksimumkan hujung minggu yang tetiba free ini utk study.

pastu tetbe seorang mad’u datang ke rumah dlm keadaan ceria. menekan loceng berkali-kali dan orang lain sepertinya tidak kedengaran (mungkin sdg fokus juga). dan kita pun melangkah longlai penuh tidak berperasaan membuka pintu walaupun dalam hati tahu je, tetamu datang membawa rahmat.


erk.


fenomena biasa bukan? tapi kita akan cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan otot muka dan mulut untuk terus menghadiahkan kepada mad’u tersebut satu senyuman yang paaaaaliiiiiiiiingggg indah.

ya, itulah dia 24/7 daei. tiada istilah waktu sekian dan sekian adalah untuk berdakwah, tapi waktu sekian dan sekian untuk belajar je sbb kan kita kata dakwah juga adalah study. (??)

الرحة لالرجال غفلة. -Abbas as-Sisi

sbb kita deal ngn manusia ye. kita bukan kena jadi khalifah untuk ilmu, tapi kena jadi khalifah untuk manusia. yes, indeed!

sepenuh cinta, Um U. Fillah :P

Hunger strike in Palestine. Ada sesiapa tahu?

Petang tadi, aku mendapat notification daripada seorang adik di FB inbox. Tanpa membuang masa, terus aku membukanya.

salaam k.um..
sy nak tnye sumthing yg sy rase k.um lbih arif ttg ni.
td sy bace pasal mogok lapar yg dibuat oleh tawanan palestin kt penjara israel..
soalan sy, adakah tindakan mogok lapar itu memberi kesan apa-apa kpd pihak israel?bukan dorg lg untung ke sbb takyah sediakan makanan.. pastu klu tawanan2 tu mogok lapar smpi maut bukan lg senang ke kerja dorg??tanam je..
sy xpaham ni..da lama dok pk..
hee.. :D jzkillah..

——————————————————————-

Jawapan saya:

Ya, mereka memang sedang menjalankan mogok lapar itu.

Jika dilihat secara luarannya, mogok lapar mmg akan menjadikan orang yg menahan tu lagi mudah, x perlu sediakan makanan, x perlu nak keluarkan duit utk diorg dll

Tapi kesannya yang mana apa yg org Palestin nak buat ini adalah, dengan mogoknya diorg akan menjadikan ramai org tertanya-tanya terutama wartawan, umat islam dan manusia kat dunia ni secara keseluruhannya. Dan akhirnya isu mogok lapar org Palestin akan tersebar ke seluruh dunia. kemudian, pasti ramai org akan tertanya-tanya, dan pada waktu inilah segala kekejaman israel terhadap Palestin akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Ya, benar. Sungguh tidak ramai yang cakna isu ini. Jika ada yang cakna, ke mana mereka semua pergi? Hanya berdiam diri. Bukankah dulu kita pernah setuju, jika tidak mampu berjihad, paling kurang menyampaikan kepada yang tidak tahu dan berdoa untuk mereka.

Kemudian, pastinya seluruh dunia akan pelik, kenapa dah disuap makan, x nak makan. Dan israel pula selepas itu buat cerita bahawa mereka dah layan sebaiknya trrhadap rakyat Palestin.

Tapi still x kanlah dengan layanan yang baik ini, orang islam kat Palestin tu x terima jugak? Sbbnya mereka dah terima siksaan yang lebih teruk drpd x diberi makan ni. jadi mereka lebih rela x makan dan membuka mata orang kat luar.

tu yg pertama.

yang kedua: mungkin diorg rasa, dgn makan makanan yg disediakan israel, menjadikan mereka kene tunduk lagi tunduk pada israel. jadi x nak berhutang budi pada israel yang menjadi musuh mereka dan musuh islam secara keseluruhannya.


hmm, inilah hasil didikan tarbiyah kat palestin. akak yakin mereka bukan sengaja nak menzalimi diri mereka sendiri mahupun memberik keuntungan kpd pihak musuh.

ini hanya pandangan akak sbg salah seorang umat islam diluar palestin. tapi sayangnya x ramai yg cakna. kalau ada bacapun, x ramai yg nak sebarkan maklumat tersebut. (macam akk)

jzkk awk sbg muslim yg cakna n tanya kat akk. kalau x akk pun jadilah org yg mbaca, tapi x memberi tahu kat org (_ _!)

wallahu a3lam

semoga membantu :)

p/s: teringat kenangan di GMJ Jordan <3
p/s2: post drpd phone. sori kalau tetbe ade kecelaruan kat entry ni. hehe