di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya). [al-Ahzab:23]
Thursday, 14 January 2010
cancer!
salam sejahtera kpd sume(skema~). selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah S.A.W ,ahli keluarga baginda n sume yg mengikuti baginda~
dalam fatrah exam ni,sempat lagi nak tulis sesuatu di blog.konon nak aplikasi drpd apa yg dibelajar(kununnya~).
tadi study patho.pasal neoplasia,abnormal new growth of cells n tissues.bla..bla..
satu part ni yg membuatkan saya terkejut.ttg early diagnosis of cancer.
1.abnormal bleeding.
2.change in voice.
3.change in a nevus.
4.abnormal lump in breast.
5.ulcer that does not heal~~(gulp!)
terperanjat dgn diagnosis yang last tu!hari tu ayah bukan kena ulcer ke?siap x leh g kerja.pastu dlm sebulan dua jugalah ayah dalam keadaan lesu!nak makan pon x leh.nak merasa nasi goreng sikit pon x boleh.minum susu je~~sian ayah.
dlm keadaan terperanjat tu,terus telefon umah malaysia.tut..tut..tut..(xde orang kat umah ke??)
tetiba ade satu suara lelaki angkat.pelik suara ni.x pernah saya dengar dlm keluarga ada suara sepelik ini.heee
+assalamualaikum..ni sape??
-wa'alaikumussalam..ye,nak cakap ngn siapa?
+ni um..sape ni eh?
-ohh..um..ni ayah la..demam ni..suara x elok..
+ha..ayah upenye..patutla x kenal suara..dah lame ke demam?
-ade la dlm 3/4 hari lepas..tp sekarang dah elok sikit..alhamdulillah..
+alhamdulillah..ayah dah g klinik ke?dah makan ubat?
-dah2..esok lusa baik lah tu..
+ohh..um tgh blaja ni..dah nak final..erm,ari tu ayah ade kena ulcer kan?dah elok belum?
-eh,dah elok dah..alhamdulillah..x leh nak makan makanan pedas2 la..nasi goreng ke..mee goreng ke..sume tu boleh je terima..tapi ayah x makan la sambal ke..asam pedas..nanti sakit perut balik..
+ohh..sbbnya,um tgh baca pasal satu penyakit ni..dia kata,antara simptom2 nak kena penyakit ni,ulcer yg x nak baik..
-penyakit ape tu??
+erm,ade lah satu penyakit tu..heee
-ulcer ni ade kaitan ngn cancer kan?(opppss!ayah dah tau lah~~)
+erm,,erm,,aah..tp kalau dia x nak baik la..kalau dah baik,insyaAllah ok je..ayah punya ulcer dah baik kan???
-alhamdulillah la..ok je setakat ni..
+hm..tp mmg kena jaga pemkanan la sume tu..takut nanti kena balik..
pastu topup dah nak abes..sempat cakap ngn ummi sikit...kemsalam lah ngn sume..
sekali ayah lagi advance dari saya daaa..
ulcer di atas bermaksud gastric ulcer ye~~
ayah bg nasihat utk exam ni..belajar rerajin(cam bese)..pastu ayah kate lg,belajar ni kunci dia satu je,fokus.tyme belajar jgn fikir benda laen kecuali apa yg sdg dibelajarkan..tumpukan perhatian dgn maxima..
kesimpulan 1:ambil berat ttg keluarga terutama ttg kesihatan mereka.lebih2 lagi bagi mereka yg study medic..
kesimpulan 2:se busy mane pon kita,jgn abaikan tanggungjawab sbg seorang anak,sbg seorang ahli bayt,sbg seorang sahabat n sbg..bla..bla..
kesimpulan 3:update blog diwaktu exam hanya benda yg simple2 suda~~
semoga dapat sesuatu dlm post ini..salaaamaaat..ma3attaufiq wannajah lil emti7an nihaie~
Sunday, 27 December 2009
ubah
alhamdulillah,2nd exam dah habis.bahagiakah?(sikit la~)
tercungap-cungap,lelah,athma,penat dam mcm2 lg perkataan yang sesuai digunakan utk menggambarkan luahan hati beberapa sahabat yang saya dekati setelah habis 2nd exam.sistem pendidikan JUST yg terlalu exam-oriented menyebabkan kadang-kadang kami belajar bukan kerana cinta akan ilmu tetapi menyebabkan kami belajar kerana nak lulus exam.ditambah lagi dgn buku teks kami yg sgt sekular uh.anda baca buku teks microbiologi dgn mata atau mata hati?cubalah baca dgn mata hati (dan mata fizikal juga),dr segi pemikiran,ianya sgt sekular,saya x selesa sepanjang baca buku itu.(ayat skema dah kua~)betulkah?setuju semua?(saya tahu ada je yang x setuju,tapi saya menulis mengikut pandangan majoriti.)tetapi sistem ideal manakah yang kita mahu?

anda nak buat perubahan?byk risiko dia.begin with the end in mind seperti yang ditulis oleh stephen covey dlm bukunya, seven habits of highly effective people.bagaimana jika kamu x nak buat perubahan,cukuplah sekadar dgn ayat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
ok la,tetbe cakap pasal perubahan.jika nak buat perubahan yang besar,kenalah mulakan dgn perubahan yang kecil.barulah circle of influence tu akan membesar.stephen covey kata (lagi),apabila nak berubah,kena bermula dgn apa yang ada dihadapan cermin.cuba anda berdiri dihadapan cermin,dan lihat siapa ada dekat cermin tu??ANDA lah!!!
saya bg contoh, pemimpin negara Malaysia ingin mengubah negaranya menjadi negara yang bersih. kemudian, mereka keluarkan subsidi RM5 utk setiap penduduk supaya dapat beli penyapu dan menyapu setiap halaman rumah mereka.jadi circle of influence ni akan bergerak dan akhirnya Malaysia pun jadi negara yang bersih..(ilusi kan??haha..tp mana tahu satu hari nanti akan terjadi??kita tunggu dan lihat~~)
sebelum ini berbicara soal perubahan,tetapi sampai sekarang saya masih x dpt nak realisasikan dlm diri.jadi,dgn menulis ni,insyaAllah akan lebih kuatkan smngat supaya berubah spt post terbaru di Saifulislam.com,Ust Hasrizal nak berubah jadi kurus!semangat x??jom2,kita semangat macam Ust Hasrizal.
walaubagaimancarasekalipun,jom kita buka al-Quran dan lihat ayat 11 surah ar-Ra'd(surah ke-13).ayat yang cukup femes ttg perubahan.(x percaya?cuba la google..)
apa yang Allah ingin sampaikan dalam ayat ni??
Perubahan sesuatu kaum bermula dgn perubahan dalam diri setiap individu.
anda hendak ubah apa sebenarnya?semua tu depend kpd setiap individu.yang pasti mestilah tujuan anda hendak membawa perubahan hanya lillahi taala.hendak membantu umat Islam dan lain-lain.
saya??nak mulakan perubahan dgn 'cara belajar'.doakan~
PERCAYA dan YAKIN
semua tahu apa beza percaya dan yakin.mereka kata,keyakinan adalah hak kepada agama Islam dan kepercayaan adalah untuk agama lain.Umat Islam semua percaya dan yakin bahawa Allah Maha Esa.ada yang x yakin?soal akidah ni,mana leh main-main.penganut agama Budha percaya bahawa pengasas mereka adalah Siddharta Gautama tetapi mereka yakin ke Siddharta Gautama ni tuhan mereka?(ni saya reka-reka je...huhu)
saya bagi analoginya: kita semua yakin akan datangnya hari akhirat.hari kebangkitan.dan kiat semua menuju hari itu, umat akhir zaman.tapi,kenapa ada kita tidak beramal sebagaiman keyakinan kita?yang mana pada hari itulah kita dibangkitkan, dihisab segala amalan sama ada ke syurga atau neraka.
boleh ke kalau saya bagi jawapan dia,kerana keyakinan itu terbahagi kepada dua,yakin yang kuat dan sedar VS yakin yang leka dan alpa.kita yakin kematian bila-bila masa dtg menjemput tetapi tidak beramal seolah-olah kematian utk dtg pada bila-bila masa.sesetengah kita pula yakin dan sedar bahawa kematian dtg bila-bila masa dan dia beramal setiap waktu supaya dia mati dalam keadaan beriman.
KAITAN dgn DUNIA SEKARANG
berkisar dunia saya sebagai pelajar medik.final lagi 2 minggu.kita masih ada masa utk membuat perubahan itu.sediakan payung sebelum hujan orang kata.dan aplikasikanlah dlm dunia realiti kita sekarang.mcm mana pun kita buat,dunia kita sebagai pelajar tidak boleh dipisahkan drpd dunia kita sbg seorang anak,seorang sahabat,seorang ahli persatuan,seorg dakwah dan yang sekampung dgnnya.dan yang penting sekali,tajdid niat kita~~
nampak ke apa point yang saya nak cakap sebenarnya?
haha.saya yang menulis ni pun tgh ngantuk.saya cakap camni sbb lepas habis 2nd exam semalam,saya nampak beberapa riak sahabat-sahabat satu batch yang mcm putus asa.mungkin kerana terkejut dgn markah yang keluar.(exam online lah katakan).kemudian,bila tgh status kawan-kawan satu batch pon lebih kurang sama.
jadi jomlah kita mulakan kempen 'study awal'te utk pape exam.(gaya 'gamat'te..haha marah akak zulaikha~).berubah!berubah!

sekian.semoga Allah redha~
Thursday, 17 December 2009
hari ini 2.
post ni sebenarnya utk hari 16hb 12(lepas exam pharma).tapi lepas exam pharma,saya kena langsaikan kerja yang tertangguh antaranya report lab genetics dan tugas sbg biro program utk citra sports day.ingatkan selepas habis exam pharma yang horror tu,nak je tido.tapi apakan daya.malam itu,saya tidur hampir pukul 1 pagi.semua akibat sikap bertangguh-tangguh.ade lagu kumpulan aeman,mereka kata: "bertangguh-tangguh mencuri masa,masa terbuang dgn sia-sia..".kesimpulannya,jgn menangguh-nangguh kerja kerana esoknya,ada kerja baru lagi sebenarnya yang akan menanti(selalunya lah~).buat kerja anda sekarang atau esok anda terseksa dgn kerja yang banyak.seperti kata saidina Ali R.A: “Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu”.laa tasta'jil,masyi?
alkisah,pada suatu hari,saya ditanya oleh seorang sahabat,: "um,apa maksud al-Wadud??.salah satu nama Allah tu..".saya terpinga-pinga menjawab: "apa maksud dia?".maksud dia...jeng3
kemudian,kisah di hari lain,saya ditanya tentang,apa jama' bagi Sirot(jalan).untuk pengetahuan semua,الصراط (sirot) tiada jama'!tiada jama'!kenapa?
sebabnya,cuba kita baca al-Fatihah.wujud perkataan صراط adalah pada ayat ke-6.terjemahannya: Tunjukilah kami jalan yang lurus.kebiasaanya,perkataan Sirot di dalam al-Quran digunakan bersama Mustaqim(lurus).jadi di dalam surah al-Fatihah tu, kita berdoa supaya ditunjuki jalan yang lurus iaitu apa?Islam la of course.seandainya perkataan Sirot mempunyai jama',bermaksud,ada banyak jalan yang lurus selain Islam.kita semua mestilah ingatkan pada satu firman Allah: Sesungguhnya agama di sisi Allah adalal Islam.maksudnya,jalan lurus satu-satunya yang kita ada adalah dengan mengikuti jalan Islam.kesimpulannya,mari kita mewujudkan khusyu' dalam solat dgn memahami maksud ayat2 al-Quran dan doa2nya.
sekian,wallahu a'lam bissawab~!
(p/s:satu lagi post bersifat peribadi~saya x berapa berminat sebenarnya,tapi,x tahu mcm mana nak jadikan ianya bersifat umum~)
Friday, 11 December 2009
hari ini.
hari ini tiada apa yang istimewa.betul ke?
bermula pagi,saya dah buat dosa.apa dosanya hanya Allah dan saya yang tahu.malu saya untuk tulis disini.pagi itu juga saya mula muhasabah dgn dosa yang banyak.betapa keras hati.antara tanda iman seseorang itu lemah adalah MALAS atau suka MELEWAT-LEWATKAN sesuatu ibadah.jadi kesimpulannya,kalau Allah dah detikkan kat hati untuk membuat sesuatu kebaikan,jgn malas atau melewat-lewatkannya,takut nanti Allah palingkan terus dari-Nya.setuju semua?
kemudian,pagi tadi saya tengok kawan-kawan jordan punya status ym,ramai yang kagum dengan keadaan kat luar sana.BERKABUS.saya pun terus bersemngat membuka tirai tingkat utk melihat kabus tersebut.subhanallah.keadaan memang sangat tenang.sesuai utk mereka yang mencari-cari ketenangan.istimewanya kabus bagi saya ialah ianya berwarna putih+biru2 jernih.macam awan di langit.damaikan memandang awan dilangit?kul SUBHANALLAH~
kemudian dapat satu link video dr utube.dapat dari farhana.thanx fana.pepagi lagi dia dah bagi peringatan.video tu ttg kematian.ttg pertanyaan di alam kubur nanti.sgt sedih lah bagi mereka yang di soal oleh malaikat,tidak mampu menjawab dan hanya mampu menjawab 'TIDAKKKKKKK'..so,kita ni tergolong dalam golongan yang man?yang mampu menjawab pertanyaan malaikat dgn lancar atau x?"dari lisan yang jarang menyebut asma-Nya..dari ibadah yang sering anda remehkan..serta sunnah rasul yang anda abaikan."
kemudian,pagi-pagi lagi saya dah tetapkan matlamat: 'hari ini x nak lambat pergi kelas tafaqquh lagi!'.bayangkan pada setiap minggu sebelum ini,kelas tafaqquh bermula pukul 8 pagi,tapi saya datang pukul 8.30 pagi.terserlah keselebetannya sedangkan rumah dan masjid taal (tempat tafaqquh) hanya 5 minit berjalan kaki.jadi dgn matlamat yang baru itu pun,saya pun bersiaplah nak pergi awal.alhamdulillah sampai awal dari minggu sebelumnya.pukul 8.05 pagi x silap.tp ketika itu,ust mahadi(ust yang bagi tafaqquh) dah sampai tapi belum mulakan lagi tafaqquh itu.lepas 5 minit barulah ust mahadi memulakan tafaqquhnya.apa tafaqquh?erm,kelas fiqh ibadah.cthnya:taharah,solat,puasa,haji,zakat dan lain-lain.nampak macam simple,tapi apa yang dapat lebih dari simple. nak tahu ape yang lebih dari simple tu?ha..pergilah sendiri.baru kamu semua tahu,ibadah bukannya boleh buat leceh-leceh.
ada certain manusia,dia buat perkara furu' tapi tinggalkan perkara asas.cthnya(ini hanya cth,tiada kena mengena dgn yang hidup atau mati):saya keluar berdakwah kat umah si fulanah,ke sana,ke sini.tapi saya beribadah cth solat pun tak terjaga.perkara rukun,ada yang tidak sempurna,perkara sunat ada yang saya lupakan.saya tidak kata berdakwah itu perkara furu' tapi cuba bandingkan solat dan dakwah, mana yang lebih penting?semoga kita semua tergolong dalam mereka yang seimbang dalam semua perkara.
kemudian,balik dari tafaqquh,ym saya dah penuh dgn broadcasted IM mengatakan ustaz arman,pegawai atase pendidikan di malaysian student department JORDAN sudah meninggal dunia.al-fatihah.hmm..sesuai dgn dosa yang baru saya buat pagi tadi,alhamdulillah Allah bagi saya satu lg peringatan ttg kematian ini.saidina Ali R.A pernah berkata : 'cukuplah mati sebagai tazkirah buatku sepanjang hidup'.malaikat maut cabut nyawa kita bila-bila sahaja.bukan waktu dah tua nanti sahaja.berapa ramai manusia yang mati pada waktu kecil?berapa ramai manusia yang mati pada umurnya sebaya dgn saya?baru-baru ni,baca surat khabar ttg tragedi di KB mall.berapa umur mereka yang mati di tempat kejadian?ada yang 24 thn,ada juga yang sebaya ngn saya (19 thn).takut kan bila fikirkan ttg kematian.dgn amal yang sedikit.dgn dosa yang menimbun kita nak menghadap Allah begitukah?nauzubillahi min zalik.
bagitulah sedikit sebanyak yang saya dapat daripada hari ini.hari ini sgt istimewa.hari-hari lain pun sebenarnya istimewa jika hati kita tidak lalai daripada mengingati ALLAH.jadi,utk menjadikan hari-hari akan datang lebih istimewa,jom kita mengingati ALLAH.bukankan dgn mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang??
p/s:maaf,post kali ini bersifat peribadi.agak poyo sedikit =)
wassalam~
Wednesday, 25 November 2009
ade ape dgn esok??
Saya nak mulakan post kali ini dgn sebaris firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rahman yang banyak diulang. Sehinggakan adik yg baru berumur 5 tahun jika diminta utk membaca Surah tu insyaAllah senang je nak hafal ayat tu.ape ayatnya (ek)??
PUASA SUNAT
soklan cepumas!
1)esok berapa haribulan masihi?(kacang rebus je ni...)
2)esok berapa haribulan hijrah?(tahun ni ke berapa hijrah ek??)
3)esok hari apa?(esok cuti sudah~~~kullu am wa antum bikhair!)
4)ape nak buat esok?marathon drama ke?(baca buku la..slaidat + lecture notes menimbun x bace-.-")
jadi ape yang istimewanya HARI ARAFAH ni?
Mari berkenal-kenalan ngn hari arafah ni..
hari arafah ni adalah hari ke (7/8/9) Zulhijjah?tentulah jawapannya adalah ke-9 Zulhijjah.(sila gariskan pada jawapan yg betul~~).istimewanya hari arafah ni telah dicatatkan pd hadith Rasulullah S.A.W. di bawah:
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi –
jadi,bagi mereka-mereka yang diberikan rezeki utk menunaikan haji,pada hari ini mereka diwajibkan berada di padang Arafah utk wuquf di sana.jadi bagi kita-kita yang tidak berpeluang@belum sampai rezeki utk menunaikan haji,apa yang boleh kita buat utk mengalu-alukan hari yang disukai oleh Allah ni?
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
haa..Rasullah S.A.W sgt menggemari utk berpuasa pada hari Arafah ni.jadi,kita nak ikut x Rasulullah?kan Rasulullah Qudwahku!apa lagi, jom(33x) kita berpuasa esok. puasa ni dinamakan PUASA SUNAT HARI ARAFAH!!
kenapa mesti berpuasa?
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -
erm,saya jumpa satu lg hadith yg lebih kurang same.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Qatadah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud " Puasa Hari Arafah menebus dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya. Dan Puasa Asyura' itu pula menebus dosa setahun sebelumnya".
sila ambil peluang keemasan ni.sekali setahun je,bak kata ustaz yusrizal td,datangnya ia bermusim.cuba kita bayangkan buah durian yg datangnya ikut musim.ketika itulah sibuk kita nak makan banyak-banyak sbb musim lain dah jadi buah lain,duri dia dah x tajam,jadi buah rambutan pulak(ni omongan kosong~).bila dah habis musim durian,kita pun sibuklah mencari-cari buah durian,siap yang mengidam pon ada.kan ke susah nak cari??
Samalah jika kita analogikan dgn kebaikan+istimewanya+pahala Hari Arafah ni.dia datang bermusim.Allah ampunkan dosa hamba-hamba-Nya.cuba bayangkan buah durian yang sedap tu+org kata durian tembaga sedap??bayangkan kesedapan buah durian itu adalah manfaat kita dapat drpd Hari Arafah ini.(mcm nak ajar budak tadika~).bukan setakat pahala yang kita nak kejar tetapi apa yang kita nak kejar adalah pengorbanan.kita berkorban drpd makan sarapan,kita tahan diri drpd mkn tengahhari,kita tolak jauh-jauh perkara maksiat.itu semua terkandung di dalam dua subjek iaitu:
1)Sabar
2)Mujahadah
yang datangnya seiringan,bergandingan!apa yang kita nak?? kita mahukan semangat ALLAHU AKBAR menyelusup dalam diri.(iras2 kata ust yusrizal!)
ohh,saya ulang hadith di atas:
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi –
jadi,tanpa membuang masa, saya berserta barisan ajk Pembangunan Rohani PERMAI melancarkan puasa sunat Arafah SePERMAI esok!!tanpa membuang masa juga,jom kita niat puasa esok, utk puasa sunat Arafah+puasa sunat hari khamis.haa..pahala berganda2,x nak ke???
nawaitu, sauma ghadin..lalalala~(lagu dak2 kecik,pemikiran belum smpai mahasiswa ke?)(-.-")
mungkinkah kali ini adalah aidiladha terakhir kita.sama-sama kita muhasabah.gandakan muhasabah,gandakan amal,gandakan iman..
wallahu a'lam..
Saturday, 21 November 2009
jom lembutkan hati~


Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."
Sunday, 8 November 2009
bersalaman
"Sesungguhnya seorang mukmin apabila berjumpa seorang mukmin, lalu dia memberi salam kepadanya serta berjabat tangan dengannya maka gugurlah dosa-dosa seperti gugurnya daun yang kering." (Hadis diriwayatkan oleh Iman At-Tabarani).
baru-baru saya selalu terfikir pasal hadith ni.dah lama dengar baru sekarang nak fikir.ape daa..alhamdulillah dapat hidayah,kalau tak sia-sia siapa yang pernah bagi saya tazkirah pasal hadith ni.apa yang saya fikir:
yang pertama..ohh,selama ni kalau terjumpa kawan-kawan pastu bersalam-salaman tu kan sunnah Rasulullah..tapi sebelum ni tak terfikir lak yang bersalam-salaman tu sunnah Rasulullah..jadi ape agaknya niat saya sebelum ni kalau jumpe orang+salam2 tu ek?adakah sebab 'orang dah hulur tgn nak salam,salam je la!(maklumlah femes..cis!)'..x betul tu..
hmm..fikir punya fikir..akhirnya sedarlah saya bahawa 'ish jahilnya aku sbelum ni..ntah2 apa yang aku buat tu hanyalah riak-.-"..dosa+syirik kecil di sisi Allah..bertaubat la sebelum terlambat..'
yang kedua..saya merupakan salah seorang yang malas salam kalau terjumpa org..tapi senyum+bagi salam insyaAllah x lupe..bersalam-salaman ni agak malas(sedikit~).kadang2 tu bukannya apa,cume mungkin lupa kot..syok sangat berborak+gosip..sedangkan sunnah Rasulullah,kalau jumpe kawan2,bersalaman+dapat diampunkan lagi dosa..
ni jela tazkirah ari ni.selamat beramal~
*cakap banyak pon kalau x buat,x de maknanya~
*tepuk tgn~