Tuesday, 30 November 2010

Ama Zilna, Benammi

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Glorious care Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord's blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah's, My soul is Allah's
My wealth is Allah's





Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian dia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-An'aam, 6:54]

p/s: post pasal Andalus inshaAllah menyusul nanti bile diizinkan Allah utk saye menulisnya. 
p/s: exhausted. please people! 

Friday, 26 November 2010

Saya bukan scorer, tapi..

Bismillah.
Ya Allah, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusankan dan leraikanlah simpulan di lidahku agar mereka faham akan kata-kataku.


Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). [94:7]

My name is Umairah, and I'm not a scorer(erk?). Saya sebenarnya nak kongsi beberapa perkara tentang belajar medik ni. Tapi apa yang bakal saya tulis ni, bukan semua saya buat, beberapa sahaja. Tapi based on pemerhatian terhadap kawan-kawan yang mantap dan sharing daripada mereka, mungkin serba sedikit yang saya tulis ini boleh membantu inshaAllah. Kita cuba buat sama-sama ye. Dan satu lagi, entry ini untuk mereka yang masih tak jumpa cara belajar sendiri, tapi bagi yang dah jumpa cara belajar sendiri, tak perlu baca pun takpe, segan kot saye (=.="). 

Mula-mula sekali, saya nak tekankan bahawa study medik ni adalah self-directed learning- SDL ataupun student-centred education ataupun life-long learning dan macam-macam lagi yang adik beradik sekampung dengannya. Nak tak nak kita sendiri yang kena induce semangat nak study. Kita sendiri yang kena induce semangat untuk cari ilmu pasal medik. Bukan setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Eh salah salah, bukan setakat dengar lecturer bersyarah kat depan, baca lecture note, pastu dah. Nak menghafal pun malas. Cuba paksa diri sendiri untuk belajar. Dan tak bolehlah kita nak kata, "Aku ni memang dah tak ditakdirkan untuk medik la....aku dah tak mampu nak paksa diri. Jangan paksa lagi boleh tak?" Mungkin ada sesetengah orang yang masih tak tahu kenapa dia ambil medik. Tapi jangan sesekali ucapkan kata-kata macam di atas sebabnya takkanlah dah 3 tahun belajar medik barulah nak kata, perubatan ini bukan jodohku! Lebih baik cakap waktu tahun-tahun awal pengajian medik ini. Tak dinafikan perubatan antara takhassus yang susah, tapi semuanya itu adalah consequence daripada pemilihan yang kita dah buat selepas SPM. Kesimpulannya, tanggung sendiri atas keputusan yang dibuat.

Itu yang pertama. Yang kedua (macam karangan SPM, mentang-mentanglah budak2 Form 5 tengah SPM, dapat aura sket), belajar perubatan memang tak sunyi daripada material yang banyak, buku yang tebal-tebal dan lecture note yang bertimbun-timbun, boleh kaya kalau jual kat recycle centre (malangnya kat Jordan susah nak dijumpai).  Mungkin cara belajar yang dianjurkan untuk subjek yang materialnya BANYAK adalah dengan tidak membuat soalan ataupun kurangkan pergantungan kepada soalan kerana soalan daripada material yang banyak, boleh merangkumi mana-mana part. Dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besarnya, dari yang kita perasan hingga yang kita tak perasan. Menurut kata-kata seorang scorer batch JUST'08 yang lebih dikenali sebagai FW (:P), "Kalau material banyak, habiskan semua material dulu, lepas tu ulang banyak-banyak kali. Soalan boleh keluar dari celah mana je." Kurangkan pergantungan pada soalan, maksudnya kurangkan pengharapan bahawa soalan yang ada ini terutamanya past years questions boleh membantu untuk jawab soalan. Tengok soalan hanya untuk dapat overview macam mana soalan bakal ditanya dan medic bukan seperti fizik atau subjek matematik yang lain yang perlukan banyak latihan. Tapi kadang-kadang soalan memang sangat banyak membantu terutamanya untuk subjek yang materialnya SEDIKIT.

Yang ketiga, sewaktu belajar cuba untuk silent handset dan tutup mana-mana sumber yang boleh distract kita contohnya facebook dan YM. Saya sendiri pernah berbual dengan seorang sahabat arab macam mana dia belajar sebab saya tengok dia kat jami'ah takdelah seskema mana, tapi hebat pengetahuan medik dia. Dan dia kata, "Aku kat jami'ah memang macam ini, tapi bila kat rumah, aku duduk dalam bilik sorang-sorang, lepastu tutup handset dan laptop. Lepas tu belajar je. Fokus!" (pergh, nampak kat jami'ah huhahuha, tapi kat rumah skema rupanya~). Cuba paksa diri untuk fokus, jika tak kita hanya membazir masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang memegang jawatan atau perlukan komitmen untuk benda lain, gunakan waktu yang ada semuntij-muntijnya, gunakan waktu yang ada untuk faham dan hafal terus kalau boleh.

Yang seterusnya (serius rasa macam adik saye yg tgh amek SPM), at least sehari habiskan 1 lecture note atau 2 dan berterusan. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w :


 "Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."


Kesannya takkan sama dengan orang yang baca satu hari 5, 6 lecture notes sebab nak qadha' hari-hari sebelumnya. Dengan ini, saya pun nak mengempenkan diri sendiri untuk habiskan at keast 2 lecture notes setiap hari (mungkin ramai yang dah buat benda ni, menulis secara seriusnya, saya pernah cuba tapi tak pernah berjaya :| ).

Tips yang terakhir yang boleh saya kongsikan adalah cuba untuk habiskan semua material, jangan tinggalkan mana-mana point unread supaya kita tak clueless ketika exam mahupun ditanya oleh kawan-kawan. (point ni hasil sharing drpd scorer batch JUST'08 yang dikenali sbg naabdulhamid@med.just.edu.jo :P)


Dan yang paling utama dalam membuat sesuatu adalah betulkan niat, semoga amalan-amalan kita hanya untuk-Nya. Kemudian menghormati ilmu itu sendiri yang mana ilmu adalah NUR y3ne cahaya, dan ia takkan memasuki hati-hati yang kotor. Lepas tu, keberkatan daripada lecturers penting. Datanglah lecture tu walaupun hanya 1% yang kita dapat dan kalau boleh datang awal. Duduk sopan-sopan dalam kelas, jangan banyak bercakap, tahan diri dari mengantuk (huhu, sayelah tu!), makan gula-gula ke atau minum air banyak-banyak.

Wa akhiran, mana-mana yang rasa markah rendah daripada yang lain dan perlukan bimbingan, sila bertindak segera. Bantu diri anda supaya orang lain boleh bantu diri anda. Cuba untuk tidak menyorok dengan mengatakan OK. Paling kurang cari seseorang yang dipercayai. Bukankan menyembunyi kesakitan atau kelukaan sesuatu yang memenatkan?

There's always a little truth behind every "just kidding". A little knowledge behind every "I don't know". A little emotion behind every "I don't care". And a little pain behind every "it's okay" -Amiza Malik


Secebis harapan buat diri dan sahabat-sahabat yang lain supaya sama-sama berjaya menggenggam segulung ijazah. Di malam exam GITS, saya dapat mesej dari seorang sahabat yang berbunyi,           


"Even if you feel so tired to seek the success, keep in your mind that this might be one of your greatest deeds that is going to be count during the Day of judgement. Just imagine, Allah is watching you right now and He knows how tired you are, but because of His deen, keep on moving. Be trust of HIM..bittaufiq! :)"


p/s: feel free to share what's on your mind :D
p/s: aku nampak dia dah bersemangat semula untuk belajar, doakan dia! :)



" Silaplah lagi orang-orang yang menyangka kononnya angkatan Islam ini merupakan penyeru ke arah kemalasan atau keculasan. Sebenarnya angkatan Islam mengistiharkan saban waktu bahawa seseorang muslim itu mestilah menjadi pimpinan dalam segenap perkara. Mereka tidak berpuas hati selagi tidak dapat memimpin, bekerja, dan berjuang serta mendahului orang lain dalam setiap urusan, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan, kekuatan, kesihatan, dan juga kekayaan.

Perlu disebut bahawa apa jua kemunduran dalam sesuatu bidang adalah merosakkan fikrah perjuangan kita dan menyalahi pula ajaran agama kita." -Wahai Pemuda, ISHAB.

Tuesday, 23 November 2010

pre-Andalus.

Kejap buka, kejap tutup.
Nak tulis ke tak ni umairah?
Akhirnya ambil keputusan nak tulis.
Kata sampaikan walau satu ayat.
Cuma takut, menulis tapi tak beramal dengannya.
Semoga dengan tulisan ini dapat menguatkan amalnya.


Di zaman Khalifah Harun ar-Rasyid, kelihatan seorang kanak-kanak menangis. Ketika itu, dia berada berdekatan dengan ungun api. Sebagai seorang khalifah yang bertanggungjawab, Khalifah Harun ar-Rasyid mendekati kanak-kanak tersebut. 

"Wahai anak, mengapa kamu menangis?"

"Tiada apa-apa. Cumanya bila aku lihat mereka menghidupkan ungun api dengan memasukkan kayu-kayu kecil dahulu. Kemudian barulah mereka masukkan kayu-kayu besar. Aku takut di akhirat nanti, kanak-kanak seperti aku akan dimasukkan ke neraka dahulu atas dosa yang dilakukan, kemudian barulah orang-orang dewasa. Benarkah begitu wahai Tuan Khalifah?"

Khalifah Harun ar-Rasyid tidak mampu berkata-kata selepas itu. Dia menitiskan air matanya.

Fikir untuk zikir.


Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. [al-Hajj, 78:46]

Dia faham melalui hati.

p/s: adaptasi daripada buku Nota Fikir Untuk Zikir tulisah Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

p/s: Muqaddimah untuk entry jaulah Andalus sebab ada kawan-kawan yang nak pergi. Rasa bertanggungjawab untuk berkongsi. Next entry inshaAllah. Doakan saya rajin :)

p/s: Post-exam Gastro Intestinal Tract System. Amacam? Muslim kena cemerlang dari semua aspek. Kata nak membina 10 muwasafat tarbiyat dalam diri, tapi muthaqafah fil-Ilm pun tak lepas lagi. *hambek satu*


p/s: adik yang bernama Muhammad Umar Faruq sedang ber-spm. Semalam dia telefon minta doakan. (terharu tak? :D) Allahu Yuwaffaq inshaAllah~  



Alhambra Granada dalam kenangan. 
Laa Ghaalibu Illallah semakin ditegakkan.
Bumi Musa Ibn Nusair ditinggalkan.
Semangat Tariq Ibn Ziyad disemarakkan.

Friday, 19 November 2010

Muntij.

Dalam kehidupan seharian, kita mencari sesuatu yang apabila kita buat menghasilkan sesuatu yang kita hendak.
Senang cerita, mencapai hadaf.
Dengan kata lain, kita selalu nak apa yang kita buat adalah muntij.

Begitu juga dengan peluang yang mendatang, kita selalu mahu ia digunakan dengan sebaiknya.


Bagaimana Rasulullah s.a.w dahulu berdakwah.
Boleh sahaja baginda menuruti pendangan Khabab yang apabila diseksa, dia meminta Rasulullah berdoa untuk mempercepatkan azab ke atas kaum Musyrikin.
Tetapi tidak, Rasulullah memujuk dengan suara yang tegas, “Umat terdahulu lebih dahsyat diseksa sehingga kepala mereka digergaji…”
Boleh sahaja Rasulullah membuat perbuatan sepertimana Abu Dzar al-Ghifari mengumumkan keislamannya ditengah-tengah kota Mekah, yang pada waktu itu Islam masih belum diterima secara terang-terangan. Akhirnya apa yang berlaku pada Abu Dzar al-Ghifari? Dipukul oleh kaum yang masih tidak memahami Islam sehingga lemah satu badan.
Indahnya tarbiyyah Rasulullah terhadap para sahabat, bagaimana baginda memuntijkan sesuatu perkara.





Mencontohi Rasulullah membina tulang-tulang belakang, manusia-manusia sulbi dan "core" sepanjang dakwah baginda secara rahsia di Mekah, melalui proses penapisan oleh Allah.
Kadang-kadang, tapi banyak kali juga lah dia berfikir, "Adakah apa yang dilakukan selama ini muntij?"
Bagaimana dia cuba mentarbiyyah diri dan manusia sekeliling, muntijkah?

Bagaimana dia menjadikan media massa sebagai medan untuk berdakwah, muntijkah?
Sesungguhnya dia sedang cuba, meninggalkan mana-mana cara yang kurang muntij, mencuba mana-mana cara yang diyakini muntij. 
Tidak dia mahu menjadi seperti tikus membaiki labu. (erk?ade kaitan ke?)
Ala kulli hal, hanya pada-Nya dia serahkan segala urusannya.  
Hebatnya muslim, ada Allah disisi, inshaAllah.

Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. ' "

Tunjuk ajar ku sifu~



p/s: sedang cuba untuk belajar medik dgn cara yang paling muntij. pandai x penting, yang penting adalah rajin :D

p/s: exam GIT 23hb ni. sesukati hati je main tenet eh. x muntij langsung. tapi saya cuba nak update blog yg dah lame x update nih. bak kate kak ayuamiza, kalau dah dapat idea, terus je tulis, nanti idea merajuk :)


p/s: terlalu ramai yang menegur (sangat ramai ye, takut juga ia menjadi fitnah), j*m**h ini hanya memecahbelahkan, assabiyah dll. jgn asyik sangat menegur sehingga kita lupa tanggungjawab kita sendiri, sehingga kita tak laksanakan kerja kita iaitu proses tarbiyyah itu sendiri. tingkatkan prestasi, hindari kontroversi. bukan cuba untuk tidak cakna pada masalah ummah, tapi cuba membuat perkara yang dirasakan muntij untuk ummah drpd tegur masalah-masalah sebegini :)

Thursday, 21 October 2010

Sepintas lalu.

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak update. Banyak internal dan external factor yang menghalang. Saya perlukan lebih kekuatan untuk update blog ini. Setiap manusia ada kekuatan sendiri, sebagaimana Naruto mempunyai musang berekor sembilan dalam badannya, tinggal tunggu masa untuk keluarkan kekuatan itu. Seperti itu juga manusia, tapi selalu sahaja ambil tidak endah dan merendahkan diri sendiri terhadap kekuatan yang dihadiahkan oleh Allah.

Semester 1 Tahun 3 sebagai medical student, ponteng kelas seminggu satu hari. Bila balik Jordan, agak kelam kabut dengan study. Nak pindah rumah lagi kemudian demam, migrain, semuanya datang bertalu. Migrain, saya doakan anda tak berbahagia dalam kepala saya. Alhamdulillah, sekarang dah stabil sedikit. Exam Endocrine system memang bagi pengajaran supaya lebih ihsan dalam study. Islam kan ihsan sifatnya. Markah biasa-biasa sahaja, but it doesnt matter. Apa yang mungkin terjadi tak semestinya seindah apa yang sudah terjadi bak kate SQ. Sekarang dah mula kuliah Gastrointestinal tract sytem, dah hampir seminggu lebih belajar, memang practical ;). Bahagia bila dapat dengar tazkirah swaktu lab anatomy. Instructor menunjukkan XRay perut, dan bahagian atas perut atau nama lainnya, fundus kebiasaannya terisi dengan angin, sebab itu dalam XRay, tiada warna/gelap. Mafhum hadith Nabi Muhammad s.a.w, 1/3 isi perut adalah angin, 1/3 lagi makanan dan 1/3 yang lainnya adalah untuk minuman. Maaf, tak dapat jumpa mana-mana gambar di internet yang memuaskan hati.


Apabila dah jadi murobbi, hati kena lebih kuat. Dah lebih 2 tahun ditarbiyyah, perlu pula mentarbiyyah jiwa yang lain. Masa ditarbiyyah itu tidak terlalu penting, tapi ia penting untuk melihat kematangan seseorang dalam menghadapi sesuatu dalam DnT. Duduk serumah dengan murobbi-murobbi hot  memang banyak mengajar erti kematangan. Masalah disiplin adalah masalah utama sekarang ini, perlu lebih ditarbiyyah secara askari mungkin. Tapi sayang, tak dapat join mereka, exam GIT meminta lebih perhatian. Ikhlas dan tajdid niat. Aplikasi open market dalam Islam, mempromote dan menjual produk masing-masing. Semua kenderaan boleh menuju ke satu destinasi dengan cara yang tersendiri, jadi saya memilih salah satu kenderaan tersebut. Saya lebih selesa dan bahagia dengan jalan ini, dan ingin mengajak jiwa yang lain merasa apa yang telah saya rasa. Bermula dengan didikan individu muslim, saya yakin dengan janji Allah s.w.t bahawa Islam akan berada di atas satu hari nanti. Ingin jadi salah satu daripada rantai-rantai perjuangan tersebut.

Kisah di AGM batch, saya bersuara. Masalah persatuan dengan pelajaran ahlinya. Kebanyakan dilihat orang sama membuat kerja, perkara sepatutnya kita lakukan adalah memberi sokongan dan menghulurkan bantuan. Satu hari, saya balik dengan timbalan KH, sebagai seorang kawan, teman dan pergi beli zinger sekali di Mujamma' Sheikh Khalil. Saya tanya pada dia, "Macam setakat ni jadi TKH? Ok tak sume2nye?". Terperanjat saya bila dia kata terharu sebab selama ini dia menunggu sesorang untuk tanya dia pasal benda itu. Dan dia kata, "Ana tunggu2 bila enti akan tunaikan apa yang enti cakap masa dalam AGM". Pergh! Saya menggigil sekejap, takut dengan kata-kata sendiri. Teringat juga ayat 2 dan 3 Surah Saff. Memang ter'pap'lah time tu. Istighfar~

RiyadhusSaliheen memang menarik. Penuh dengan hadith pasal akhlak, digalakkan untuk baca. Sangat practical dalam kehidupan bagi mereka yang hendak mencontohi sifat Rasulullah. Baru saya tahu, kalau ada seseorang duduk dalam satu majlis kemudian dia beredar sekejap dan meninggalkan tempatnya, Rasulullah kata dia lebih berhak terhadap tempat itu :), unless kalau dia memang dah tinggalkan majlis tersebut.

Ke arah menjadi lebih berdisiplin, doakan :p

Wednesday, 29 September 2010

Kembali

Dia melepaskan dirinya daripada tempat tidur itu. Perlahan-lahan. Dengan harapan, apabila dia kembali, segala kekeliruan, masalah dan segala yang menyerabutkan kepalanya dapat dirungkai. Sudah beberapa hari perkara-perkara itu memberatkan kepalanya.

Dia menuju ke bilik air, bergerak ke arah sinki. Ambil wudhu, sebaik-baik penyegar, penyejuk, pembersih dan penenang. Itu sebabnya Rasulullah suruh orang yang tengah marah supaya ambul wudhu'. Selesai mengambil wudhu',  dia mengambil telekungnya dan menyarungnya. Rasa selamat dan terjaga.

Tanpa melengahkan masa, dia terus berdiri di kaki sejadah yang sudah memang tersedia bila-bila masa ditempat solatnya. Menghadirkan diri pada Rabbnya, takbir diangkat dan dia terus-terusan mengalunkan kalam-Nya, mengadu pada yang Esa. Ya, solat itulah sebaik-baik tempat dan waktu untuk mengadu, menenangkan diri dan menguatkan hati.

-----------------------------------------

Salam diberikan ke kanan, kemudian ke kiri bahu tanda selesai solatnya. Ameen ya Rabb..

-----------------------------------------

Dia memandang tepat pada sesuatu di atas mejanya, itulah al-Quran. Kalam Allah itu diambil, dengan harapan dan keyakinan, ada jawapan tersirat di sebalik helaian-helaian itu. al-Quran, manual yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya. Sebaik-baik tempat mencari jawapan. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda bahawa umatnya tidak akan sesat selagi mana berpegang kepada dua ini iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Dia berfikir sejenak tentang mereka-mereka yang malas TnT, tilawah dan tadabbur kalam Allah itu. Sudah diberi jalan menemui jawapan, kenapa tidak diambil?


Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. [Taha, 25]


Wednesday, 1 September 2010

Book Reviews: Imam Syafie Pejuang Kebenaran



Salam Ramadhan. Selamat memburu Lailatul Qadar. Adapun mereka yakin malam 27 Ramadhan itulah lailatul qadar, adapun mereka kata pada malam 29 Ramadhan tahun ini, namun sesungguhnya tiada apa yang sempurna melainkan Allah yang Maha Sempurna. Tidak perlu berkira dalam berbuat ibadah kerana itu memang tugas kita. Ya benar kita akan dimasukkan syurga kerana rahmat Allah bukan kerana ibadah dan pahala kita, jadi beribadahlah untuk mencari rahmat Allah :)


Buku seterusnya selepas Denyut Kasih Medik adalah Imam Syafie: Pejuang Kebenaran. Seronok sangat baca sehinggakan flight balik ke Malaysia dipenuhi dengan membaca buku ini. Sudah tamat membaca beberapa hari yang lalu, baru hari ini terasa inagt membuat sedikit review supaya apa yang dibaca tidak lupa dan hilang. 


*Imam Syafie, imam yang paling ramai pengikutnye mungkin kerana beliau drpd keluarga Quraisy yang nasabnya berkait dgn Rasulullah s.a.w. Dilahirkan di kota Ghazzah, Palestin pada tahun 150H. Pada malam beliau dilahirkan, dikatakan bahawa Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia di dalam penjara kerana diracun oleh Khalifah al-Mansur. Imam Syafie meninggal dunia kerana penyakit buasir. Ini kerana hidup beliau penuh dengan ibadah kepada Allah dan menyebarkan ilmu. Apabila ada orang menasihati beliau supaya duduk melunjur dan kurangkan berdiri, beliau akan berkata, "Tidak sopan untuk sesorang itu melunjurkan kaki di dalam masjid dan sesungguhnya aku berasa nikmat apabila dapat mendirikan ibadah solat dengan berdiri".


*Kehebatan Imam Syafie:

-hafal al-Quran sejak berumur 9 tahun.
-hafal keseluruhan kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik pada umur 15 tahun, pada ketika itu beliau belum lagi berguru dgn Imam Malik.
-menghafal 10 000 rangkap syair. "Apabila seseorang itu pandai menulis syair, kata-katanya juga menyebabkan orang yang mendengarnya mudah faham"
-berguru dengan Imam Malik dan anak murid Imam Abu Hanifah, maksudnya beliau sudah mengkaji kedua-dua mazhab sebelum mengeluarkan ijtihad beliau sendiri.


*Sedikit sedutan ringkas drpd buku ini:



                                      ******************************************

 "Anakku, tiga hari kamu berada di rumah ini adalah terlalu lama. Kerana itu lebih baik kamu pendekkan cutimu dan pergilah segera mempelajari ilmu fiqah", kata Ummu Habibah al-Uzdiyyah, ibu Imam Syafie.



                                      ******************************************

 "Adakah kamu sedang bermain ataupun mengikuti apa yang saya ajarkan?" tanya Imam Muslim al-Zanji.

"Saya sedang belajar", jawab Imam Syafie.

"Pelajar lain masuk ke dalam kelas menulis pada buku dan kertas. Tetapi saya lihat kamu asyik menggaru tapak tangan kamu", kata Imam Muslim al-Zanji.

"Maafkan saya. Saya menulis apa yang tuan ajar pada tapak tangan saya kerana tidak mampu membeli alat tulis dan kertas", kata Imam Syafie pula.

"Sekiranya begitu, cuba kamu bacakan semula apa yang kamu tulis pada tapak tangan kamu tadi", pinta Imam Muslim al-Zanji.



                                         ******************************************

 "Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya", kata Imam Malik sambil menunjuk ke arah Imam Syafie yang duduk disebelahnya.



                                         ******************************************

 "Wahai tuan guru, mengapa tuan masih berdiam diri dengan kaum muktazilah sedangkan mereka mencaci maki tuan di khalayak ramai", kata Jubair, salah seorang murid Imam Syafie.

"Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah kamu tahu, harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilempar batu", kata Imam Syafie.



                                            ******************************************

 "Wahai guruku, apakah pandangan tuan mengenai bermusafir?", tanya al-Rabi'.

"Pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan. Pasti kau memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan. Hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekerja keras dan kuat berusaha ketika berada ditempat orang. Tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati. Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya. Anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dripada busurnya. 

Sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh keduudukan yang mulia di tempat yang baru, kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya", jawab Imam Syafie dengan panjang lebar.



                                           ******************************************

 "Perbuatan Fityan dan kawan-kawannya sudah melampau. Tetapi kenapa tuan tidak mahu membalasnya. Cukupkah dengan berdoa sahaja?" tanya Jubair sambil melahirkan rasa tidak puas hatinya.

"Adakah kamu menganggap kecil dan rendah pada sebuah doa? Padahal kamu tidak mengetahui kekuatan doa itu. Tidak ada salahnya kamu berdoa pada waktu siang ataupun ditengah malam. Tetapi renungkanlah, malam memiliki batas yang pasti berakhir tetapi doa itu tiada batas sempadannya.

Janganlah kamu menganggap remeh doa orang yang teraniaya, kerana doanya menembusi orang yang zalim dan para pengikutnya. Doa itu akan masuk ke dalam jiwa mereka bagaikan anak panah yang menembusi tubuh."

                                            ******************************************



* Selamat mendidik jiwa dengan ilmu melalui kisah Imam Syafie :))


* Di dalam buku ini, desertakan sekali 30 pesanan Imam Syafie. Terdapat beberapa yang telah diolah menjadi cerita, antaranya adalah point2 di atas ini :D


* m/s: 260
harga: RM 24/27
penulis: Abdul Latip Talib