Saturday, 22 March 2014

Mengikut nilaian-Nya

Terkadang Allah jadikan peristiwa-peristiwa dalam hidup untuk mentarbiyah kita. 


Melihat bagaimana kita merespon dalam perkara yang kita tak pernah buat ataupun kurang suka, melihat bagaimana kita menilai dalam membuat keputusan atas pilihan-pilihan dalam hidup, melihat bagaimana akhlak kita apabila bertemu dengan manusia yang lain caranya daripada kita, melihat bagaimana kita bermuamalah dengan manusia sekeliling kita di kedai, pesakit di hospital, makcik tepi jalan yang sedang bawa barang berat, makcik pakcik yang tolong cuci tandas di hospital dan macam-macam lagi. 


Bukan terkadang, memang selalunya. Semua itu dalam kerangka tarbiyah-Nya "Li yabluwakum ayyukum ahsanu a'mala" dalam Surah al-Mulk, ayat kedua. Untuk menguji kamu, siapakah di antara kami yang lebih baik amalnya. 


Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang merespon, menilai, bermuamalah, membuat keputusan dan apa jua amalan mengikut neraca-Nya, mengikut nilaian-Nya. 


Allahummahdina, wahdi bina, wahdinnaasa jami'a..


p/s: 22 Mac, memperingat syahidnya Syeikh Ahmad Yassin..



Friday, 21 March 2014

Kesusahan dan kesedihan

Terlintas pada satu ayat Quran ketika berODOJ baru-baru ni..

Innama asyku baththi wa huzni ilallah..[12:86]

Seperti biasa dan sudah tentunya, kita takkan pernah kecewa/sedih/apa jua ketidaksenangan apabila kita percaya pada Allah kan? 

Kerana.."Aku menurut sangkaan hamba-Ku". Kalau kita rasa Allah akan bantu kita, maka yakinlah Allah pasti akan bantu kita. Maka begitu juga sebaliknya, tetapi rahmat-Nya selalu mendahului..

Innama asyku baththi wa huzni illallah..Apalah sangat kesusahan dan kesedihan kita yang hanya berlegar dalam keperluan hidup kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang kematian anak, ibu, ayah, keluarga kerana dibunuh tentera tidak berperikemanusiaan. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kesusahan mereka yang dimasukkan di dalam penjara tanpa sebab kemudian dilayan seperti bukan manusia dan diancam dengan ancaman bunuh dalam penjara. Hmm apalah sangat kan..


Tuesday, 12 November 2013

petunjuk sepanjang jalan

perkara yang mungkin normal berlaku, kita loss track nak menuju ke arah hadaf apa..

kadang-kadang kita tertanya-tanya, betul ke apa yang aku buat? betul ke keputusan yang aku buat? betul ke itu dan betul ke ini? 

terlalu banyak persoalan-persoalan kita especially apabila kita diamanahkan dalam posisi yang banyak perbincangan dan keputusan yang perlu dibuat..

Allah..baru-baru ini tiba-tiba teringat satu ayat cinta dari-Nya, membuatkan kita makin thiqah dengan-Nya..thiqah bahawa Dia lah yang menggerakkan kita, yang memberi lintasan-lintasan hati dan membantu kita membuat keputusan..memberi kita tongkat dan lampu suluh, kemudian membuka jalan-jalan yang luas..



mohonlah dari Allah dengan sabar dan solat..

Saturday, 17 August 2013

Apa perasaan anda terhadap apa yang terjadi di Mesir?

Kita pasti sangat sedih dan marah terhadap apa yang terjadi pada ikhwah akhawat kita di Mesir. Air mata kita mengalir tiap kali berita-berita tentang mereka di update di laman web. Kita mula mengeluarkan kata-kata keluhan dan kata-kata kemarahan menunjukkan kita tidak redha dengan apa yang berlaku. 

Namun, perasaan sedih dan marah itu perlu dilahirkan dalam bentuk tindakan. Ia bukan sekadar mengalirnya air mata kita. Bukan sekadar keluhan mahupun kata-kata kemarahan yang keluar daripada perasaan itu. 

Lahirkan daripada perasaan itu doa-doa yg tak pernah putus, doa Allah kurniakan kesabaran yang tinggi, doa Allah menangkan al-Haq di muka bumi, doa Allah hapuskan hambaNya yang menzalimi. Kerana doa itu silahul mukmineen, senjata para mukmin, senjata untuk mereka yang percaya pada an-Nasru daripada Allah. 





Lahirkan daripada perasaan itu hammasah utk terus bekerja dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Hammasah untuk terus melaju, terus serius dalam pembinaan diri kita. Serius dalam usrah-usrah, tiada lagi istilah ponteng, bagi alasan kepada murobbi, bermanja-manja dengan alasan, "Saya x bersedia, saya ada komitmen lain, saya terlupa..". Kerana komitmen kita dalam tarbiyah itu akan melahirkan rijal yang bersedia untuk bertempur di medan peperangan al-Haq dan al-Batil. 





Lahirkan daripada perasaan itu kefahaman bahawa kisah yang benar itu perlu sampai kepada seluruh dunia kerana media massa utama kini sudah tidak mampu melaksanakan peranan mereka seadilnya. Merekalah lidah tak rasmi dan jasad tak rasmi kepada al-Batil. Maka tugas kita untuk menjadi lidah-lidah rasmi kepada al-Haq. 








Lahirkan daripada perasaan itu satu tindakan, jangan biarkan ia terhenti dengan sebuah perasaan sahaja. Kerana Mesir, Palestin, Syria dan umat Islam tidak memerlukan air mata sendu kita, mereka juga tidak memerlukan kata-kata kemarahan dan kekesalan mereka. Yang mereka perlukan adalah perubahan dari dalam diri kita. 



Wednesday, 14 August 2013

kisah Zuljausyan untuk ditadabburkan

Anda pernah dengar kisah Zuljausyan ad-Dhababi?

Beliau pernah diajak oleh Rasulullah saw untuk memasuki Islam selepas Ghazwah Badar. 


“Baginda bersabda:

“Tidak mahukah kamu menjadi salah seorang pelopor dalam kerja itu”?

Dia berkata: “Tak mahu”

Baginda bersabda: “Apakah yang menahan kamu”?

Dia menjawab: “Aku telah melihat kaummu mendustakan, mengusir dan memerangi kamu. 
Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku akan berimanlah.. dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkan kamu, aku tidak akan mengikutmu.


Kemudian, selepas Fathu Makkah, beliau segera menemui Rasulullah dan menyatakan keislamannya. 

Sepanjang keislamannya, tiap kali membaca ayat ke-10 Surah al-Hadid, setiap kali itulah beliau menangis teresak-esak dan menyatakan kekesalannya kerana lambat masuk Islam. 


Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah).

Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.


Seorang sahabat, kisahnya diabadikan dalam sejarah Islam untuk kita tadabburkan. 

Ya, kita nampak umat Islam kini di mana tempatnya? Jika kita ada satu graf, axis X yang menandakan ketinggian dan kehebatan sesuatu tamadun mahupun agama, bermula daripada zero '0', plotlah di mana anda rasa umat Islam berada kini. 

Dengan keadaan di Medan Rabaah Adawiyah berlumuran dengan darah. Darah siapa ye jika bukan darah ikhwah akhawat kita di sana? Murah sungguh nilai nyawa dan darah ikhwah akhawat kita dihadapan mata As-Sisi. Senang sungguh mereka memutar belitkan cerita dan yang mendapat nama buruknya adalah ikhwah akhawat kita di sana. Pengganas yang sebenar adalah ikhwah akhawat kita?




"Apakah semua ini?", jeritan hati kita tiada siapa yang dengari melainkan Allah, Dia yang Maha Mengetahui, agama Islam itu tempatnya tinggi, kemenangan Islam itu pasti. 

Mulakan sekarang ikhwah akhawat, mulakan sekarang usaha-usaha ke arah al-Fathu, ke arah kemenangan Islam. Kisah Zuljausyan cukup untuk kita tadabbur supaya tidak lambat dalam beramal ke arah kemenangan. 

Jangan tanya apa amalnya, hati kita tahu apa amal itu. Dakwah, tarbiyah dan jihad. 


"Ilal amal ayyuhal ikhwahhh..!", seruan ISHAB sejak dahulu lagi. 



Wednesday, 30 May 2012

kerja banyak lagi

baru-baru ini saya melihat terlalu banyak isu semasa yang memeranjatkan kita. yang pertama tentang utusan melayu yang memaparkan gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum, kemudian kita diperanjatkan dengan kehadiran seorang perempuan muslim yang membawa idea reformasi, irshad manji, kemudian sekali lagi kita tersentak dengan himpunan sejuta belia yang dihiasi dengan jihad dalam hiburan. kita penat bukan dengan isu-isu semasa begini. kita penat memarahi itu dan ini. kita akhirnya tertipu antara semangat dan iman.

kerana itu, kefahaman bahawa ummat kita sedang dalam ummat jahiliyyah akan menyebabkan kita lagi kencang beramal dan semangat ini atas dasarnya iman. bukan semangat yang berdasarkan isu-isu sahaja. jika begitu jadilah kerja kita hanya bermusim dan berisu. jika tiada isu, maka kita pun berhentilah bekerja dan beramal. begitukah?

kerja kita panjang lagi dan menuntut sepanjang masa bukan bermusim. orang kata dua puluh empat tujuh? ya, mari kita buktikan muslim dan daei juga 24/7 inshaallah.

fasabrun jameeel, wallahul musta3an :)

Dakwah itu adalah kehidupan kita, maka ia bukan lagi satu komitmen.

kerja kita bukan isu oriented. kerja kita sepanjang masa. waktu ade isu ke xde isu ke kita kena tetap dengan hammasah.

pelbagai isu berlegar sekarang ni, jadikanlah ia sebagai booster buat kita para duat.

buat para duat: teruslah bekerja. teruslah berdakwah. teruslah mentatbiyah diri dan manusia lainnya. teruskan. jangan ragu-ragu dengan janji Allah.

buat para pelaku jahiliyyah (ye, kita pun termasuk skali dlm golongan ini): teruskan lah juga dengan kerjaya anda tetapi di akhirat nanti jangan katakan perkataan sesal, ‘kalaulah aku dikembalikan semula ke dunia…’

wallahu a3lam

“Satu je kerja tiada cuti mingguan mahupun bulanan mahupun tahunan. Tiada gaji apatah lagi bonus raya dan tahunan. Tiada juga office hour. Iaitu kerja dalam syarikat dan madrasah dakwah dan tarbiyah. Be prepared!”

selamat bekerja semua orang :)

Friday, 4 May 2012

Dua puluh empat / Tujuh

pernah x rasa, kita tgh nak fokus study, x nak keluar umah sbb seminggu hari-hari kita dah penuh dgn berbagai agenda, jadi ingin memaksimumkan hujung minggu yang tetiba free ini utk study.

pastu tetbe seorang mad’u datang ke rumah dlm keadaan ceria. menekan loceng berkali-kali dan orang lain sepertinya tidak kedengaran (mungkin sdg fokus juga). dan kita pun melangkah longlai penuh tidak berperasaan membuka pintu walaupun dalam hati tahu je, tetamu datang membawa rahmat.


erk.


fenomena biasa bukan? tapi kita akan cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan otot muka dan mulut untuk terus menghadiahkan kepada mad’u tersebut satu senyuman yang paaaaaliiiiiiiiingggg indah.

ya, itulah dia 24/7 daei. tiada istilah waktu sekian dan sekian adalah untuk berdakwah, tapi waktu sekian dan sekian untuk belajar je sbb kan kita kata dakwah juga adalah study. (??)

الرحة لالرجال غفلة. -Abbas as-Sisi

sbb kita deal ngn manusia ye. kita bukan kena jadi khalifah untuk ilmu, tapi kena jadi khalifah untuk manusia. yes, indeed!

sepenuh cinta, Um U. Fillah :P