Saturday, 13 August 2011

Kerana aku sibuk menulis manusia.

Sungguh menyedihkan jika Rasulullah saw bersama-sama kita pada hari ini, melihat bahawa ummatnya hanya mencontohi baginda pada siwak, pada jubah, pada janggut, pada kopiah dan yang eksternal. Sedangkan perjuangan Rasulullah saw membina rijal-rijal seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, seperti Mu'az bin Jabal, seperti Saidina Umar tidak diikuti pun. Jadilah Rasulullah sebagai role model pakaian dan fizikal. Adakah itu yang Rasulullah mahukan dari kita?

Dan rijal-rijal yang dibina oleh Rasulullah inilah yang menyambung tugas baginda, menyampaikan Islam, membina ummah, takweenul ummah. Mereka adalah qaedah sulbah, asas yang kukuh kepada umat Islam pada zaman tersebut. Tapi kini, siapakan qaedah sulbah untuk ummat Islam? Siapakah yang mahu membina rijal-rijal dan siapakan rijal-rijal yang akan meneruskan dakwah Rasulullah ini?

Pernah sekali, ketika Saidina Umar dan sahabat-sahabat sedang duduk di dalam sebuah bilik, Saidina Umar bertanya, "Bermimpilah!".

Salah seorang sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan harta yang banyak, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Kemudian Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Kemudian, seorang lagi sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Sahabat berkata, "Whaia Amirul Mukminin, kami tak tahu apa yang ingin diimpikan lagi. Engkau mahukan bilik ini dipenuhi dengan apa?"

Saidina Umar menjawab, "Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah, supaya aku boleh hantar mereka ke jalan Allah”

Dan itulah perjuangan Rasulullah dari mula baginda berdakwah sehinggalah baginda wafat. Tidak meninggalkan harta-harta mahupun buku-buku. Seperti mana ISHAB ketika ditanya, "Mengapa anda tidak menulis buku?". Beliau menjawab, "Kerana aku sibuk menulis MANUSIA."

Aku mahu jadi salah satu rijal itu, utk mentakween ummah, bukan hanya penonton yang bertepuk tangan saat Islam sudah berada di atas.

Tugas ini berat, perlukan kesinambungan bukannya membawa sesuatu yang baru.

Allah, semoga engkau thabatkan hati kami di jalan-Mu.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." [12:108]

5 comments:

rahmah nasir :) said...

dah mcm kak izz dh bunyi nye :P

Anonymous said...

salam...good writing..just curious,qaedah sulbah tu ape?

sole :) said...

mantop! rijal2 itu haruslah kamu, saya dan kita semuaa :)

p/s: tolong buat butang like utk fb buleh? he

Siti Umairah said...

rahmah:

bukan ke apabila satu fikrah islamiyyah, satu acuan? :P

anonymous:

qaedah sulbah itu adalah satu cara yang mana Rasulullah membina umat Islam ketika di zamannya.

qaedah = asas
sulbah = kukuh (kata dasar yg sama dgn tulang sulbi)

ketika Rasulullah membawa Islam di zaman jahiliyyah, Rasulullah tak terus memberitahu kepada masyarakat madinah tentang Islam yang baru, rasulullah bermula dengan dakwah sirr. ketika dakwah sirr itulah rasulullah membina qaedah sulbah untuk islam, dan di saat dakwah islam dijaharkan, dah ada individu2 yang mampu untuk mempertahankan islam.

terbinanya qaedah sulbah ini melalui tapisan2 dari ujian. dan ujian2 bukanlah dari kita, tapi dari Allah..

boleh rujuk Surah al-Baqarah: 246 - 252.

tapisan 1: Talut sebagai raja
tapisan 2: tak boleh minum air di sungai kecuali seceduk tangan
tapisan 3: berasa tak kuat kerana jumlah sudah sedikit

kiranya, qaedah sulbah ini adalah salah satu fiqh dakwah dalam menaikkan semula umat Islam. Muslim yang lemah mustahil akan jadi qaedah sulbah untuk umat Islam..

wallahu a3lam..semoga kita menjadi salah satu dari itu..ameen~

sole:

inshaAllah kita sama2 membina diri..butang like? tengok lah kalau rajin.. :P

Siti Umairah said...

anon:

typo, sori.

ketika Rasulullah membawa Islam di zaman jahiliyyah, Rasulullah tak terus memberitahu kepada masyarakat MEKAH tentang Islam yang baru