Monday 5 April 2010

hari ini 5.

Matanya pejam celik, pejam celik. Otaknya tidak fokus. Syaitan sedang bergayut-gayut di bawah kelopak matanya. Kawannya disebelah mengurut tangannya. Mengantuk di dalam dewan kuliah memang sukar untuk dia elakkan terutama apabila tajuk yang sedang diajarkan kurang difahami dek kurang persediaan sebelum masuk tajuk hari itu.

'ya Allah, kenapalah mengantuk sangat ni?? Pergi main jauh-jauh perasaan ngantuk ni!'

Sedang dia berperang dengan perasaan ngantuknya, tiba-tiba dia terdengar Doc. Mohammad Ja3far berkata, " yu3tikal 3afiah!" Muhadharah Physiologi CVS hari itu sepatutnya ada dua, belum masuk yang kedua, sudah ditamatkan...

Pelajar-pelajar lain yang duduk dihadapan, yang sedang berusaha memahami pelajaran hari itu terpinga-pinga. Dia yang baru sahaja tersedar dari bangun pun tertanya-tanya(cis kamu, dah ada konflik baru nak bangun?). 'Kenapa tiba-tiba doktor nak tamatkan muhadharah ini? Baru jam berapa?'

"Kan saya dah kata jangan bercakap dalam kelas. Dah berapa kali saya tegur kamu berdua supaya jangan bercakap? Untuk muhadharah yang akan datang ni, saya tak nak tengok muka kamu berdua lagi..!" Tanpa diminta, doktor menjelaskan mengapa dia menamatkan kelas awal pada hari itu. Dua pelajar yang kurang diajar tentang adab dipersalahkan. Dia membayangkan bagaimana perasaan doktor apabila menegur dua pelajar yang bercakap tak henti-henti sepanjang muhadharah tetapi kemudiannya mengendahkan teguran doktor. Bukan sekali dua doktor menegur bahkan berkali-kali.

IMAM SYAFIE BERGURU DENGAN IMAM MALIK

Kisahnya bermula apabila kita kehilangan adab terhadap guru dan keberkatan daripada guru. Kembali kepada zaman kegemilangan Islam dahulu, ketika Imam Syafie masih hidup. Imam Syafie berguru dengan Imam Malik bin Anas. Betapa beradabnya Imam Syafie dengan gurunya sehingga ingin menyelak kertas pun dilakukan perlahan-lahan supaya bunyi selakan kertas itu tidak mengganggu gurunya yang sedang mengajar. Tatkala di rumah pula, tidak dilunjurkan kakinya ke arah yang mengarah ke rumah Imam Malik kerana rasa rendah diri dan beradabnya si Imam Syafie ini.

Kesannya apabila manusia hilang adab maka hilanglah keberkatannya. Biarlah seseorang itu datang awal ke kelas, fokus ketika belajar, beradab dengan gurunya, menghormati gurunya walaupun markahnya tidak seperti scorer-scorer batch.

MALULAH KITA DENGAN DOKTOR MAZEN

Teringat ketika kali pertama dia menyedari Doc. Mazen Hassan, pensyarah subjek pharmacology semester satu yang lepas mempunyai masalah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat kerana mempunyai masalah di kaki beliau. MasyaAllah, bagusnya doktor ni, selambat-lambat dia datang rupanya lambat lagi manusia-manusia yang boleh berlari. Jangan kata lambat seminit, Doc. Mazen sangat menepati waktu! Jam 8.15 pagi mula muhadharah, kol 8.05 pagi doktor sudah terpacak di dewan Science Hall 2 tersebut, duduk dan lepak-lepak dengan Ali :)

Dia muhasabah kembali. Dalam seminggu dua ini berulang-ulang kali dia ditazkirahkan secara langsung oleh Allah tentang adab dan keberkatan. Dua perkara yang semakin hilang daripada umat Islam.....