Sunday 11 May 2014

itu posisi mereka

Pernah berjumpa dgn pesakit pediatrics yg mempunyai Kostmann syndrome (immunodeficiency) dan Diamond Blackfann syndrome (pure red cell aplasia-pesakit drpd Syria, yg memerlukan pemindahahan darah sepanjang hidup kecuali jika dpt stem cell donor) walaupun kita tak pernah sekali pun dalam hidup ini terlintas dalam fikiran wujudnya penyakit ini. Such a bless to see them, and the most important thing is to learn something from them! 


Sudah tentunya mereka mungkin merasa sakit, sedikit berputus asa etc, dan kita bukannya bergembira atas penderitaan yg mereka hadapi (sbb dpt jumpa, dpt tengok, dpt belajar). Namun setiap manusia telah ditetapkan fungsinya di dunia ini. Semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan syurga-Nya buat mereka. 



Wednesday 16 April 2014

membasahkan jiwa?

musim-musim exam ni, selalu teringat kata-kata syeikh mustafa masyhur dlm bukunya 'bekalan di jalan dakwah'. 

benarlah, 

dalam quran itu ada bekalan, 
dalam qiyam itu ada bekalan, 
dalam solat itu ada bekalan,
dalam ukhuwah itu ada bekalan, 
dalam amal dakwah itu ada bekalan,
and the list goes on..

tak kering pun lah kita buat amal dakwah banyak sebenarnya. lagi membasahkan adalah. 

waktu exam agaknya kering ke tak ye? marilah muhasabah kita exam kerana apa. huks


Saturday 22 March 2014

Mengikut nilaian-Nya

Terkadang Allah jadikan peristiwa-peristiwa dalam hidup untuk mentarbiyah kita. 


Melihat bagaimana kita merespon dalam perkara yang kita tak pernah buat ataupun kurang suka, melihat bagaimana kita menilai dalam membuat keputusan atas pilihan-pilihan dalam hidup, melihat bagaimana akhlak kita apabila bertemu dengan manusia yang lain caranya daripada kita, melihat bagaimana kita bermuamalah dengan manusia sekeliling kita di kedai, pesakit di hospital, makcik tepi jalan yang sedang bawa barang berat, makcik pakcik yang tolong cuci tandas di hospital dan macam-macam lagi. 


Bukan terkadang, memang selalunya. Semua itu dalam kerangka tarbiyah-Nya "Li yabluwakum ayyukum ahsanu a'mala" dalam Surah al-Mulk, ayat kedua. Untuk menguji kamu, siapakah di antara kami yang lebih baik amalnya. 


Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang merespon, menilai, bermuamalah, membuat keputusan dan apa jua amalan mengikut neraca-Nya, mengikut nilaian-Nya. 


Allahummahdina, wahdi bina, wahdinnaasa jami'a..


p/s: 22 Mac, memperingat syahidnya Syeikh Ahmad Yassin..



Friday 21 March 2014

Kesusahan dan kesedihan

Terlintas pada satu ayat Quran ketika berODOJ baru-baru ni..

Innama asyku baththi wa huzni ilallah..[12:86]

Seperti biasa dan sudah tentunya, kita takkan pernah kecewa/sedih/apa jua ketidaksenangan apabila kita percaya pada Allah kan? 

Kerana.."Aku menurut sangkaan hamba-Ku". Kalau kita rasa Allah akan bantu kita, maka yakinlah Allah pasti akan bantu kita. Maka begitu juga sebaliknya, tetapi rahmat-Nya selalu mendahului..

Innama asyku baththi wa huzni illallah..Apalah sangat kesusahan dan kesedihan kita yang hanya berlegar dalam keperluan hidup kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang kematian anak, ibu, ayah, keluarga kerana dibunuh tentera tidak berperikemanusiaan. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kesusahan mereka yang dimasukkan di dalam penjara tanpa sebab kemudian dilayan seperti bukan manusia dan diancam dengan ancaman bunuh dalam penjara. Hmm apalah sangat kan..