Friday 26 February 2010

Urdun Awwalan.

KISAH #1

Izzah menelefon dia meminta tolong untuk mengangkat barang dari rumah senior. Dia yang baru sahaja siap melaksanakan tugasan mem'fotostat' artikel sebanyak 300 keping memberi persetujuan untuk menolong. Sempat dia singgah sebentar di rumah Izzah kemudian mereka bersama-sama menuju ke rumah senior tersebut.

'Banyak juga barang senior yang Izzah nak ambil ini. Kalau tak minta tolong aku, dengan siapalah agaknya si Izzah kecil ini nak angkat =]', katanya dalam hati. Dia dan Izzah pun menuruni tangga dengan perlahan sambil mengangkat barang sebesar kotak 05mx0.5m itu. Memandangkan rumah senior di tingkat 4, agak tercungaplah mereka berdua yang 'rendang' itu hendak mengangkatnya. Namun, kelihatan mereka sangat berusaha untuk mengangkat kotak itu~

"Izzah, harap-harap ada orang yang baik hati nak tolong kita hari ini =]..!", dia berkata kepada Izzah.

"Maalish ya sobaya, khollini usa'idkum..(terjemah: maafkan saya wahai 'panggilan utk orang perempuan', biarkan saya menolong kamu..)", tiba-tiba seorang pemuda Arab menyapa menawarkan bantuan. Mereka yang baru melepasi satu tingkat, memandangkan waktu pula sudah masuk Maghrib segera menyerahkan kotak itu. Dalam perkiraan mereka, syabab ini baru pulang bekerja kerana necktie masih disangkut dileher dan kemungkinan besar rumah beliau di bangunan itu juga.

"Syukran kateer ya ma'allim, Allahu yu'tikal 'aafiah!(terjemah: terima kasih banyak-banyak wahai 'panggilan utk orang lelaki', semoga Allah memberikan kamu kesihatan!)"

Kotak besar itu diletakkan dihadapan bangunan. Selesai satu kerja yang mencabar ini. Sekarang, mereka perlu mengangkatnya pula melintasi jalan besar. Gawat juga keadaan kerana pada waktu Maghrib inilah kereta sesak di jalan raya. Semua ingin pulang ke rumah. Akhirnya selamat juga mereka sampai di rumah Izzah. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang membantu mereka pada petang itu..=]

KISAH #2

Dia berjanji ingin mengambail barang dari rumah senior selepas habis tafaqquh pagi itu. Dia segera menelefon akak tersebut..

"Akak, kita nak datang nanti lepas tafaqquh ye. Banyak tak barang tu?"
"Banyak jugalah. Akak rasa kamu kena bawa 2 ke 3 orang nak angkat barang-barang tu.."

Alamak, nak minta tolong siapa ini? Ahli baytku? Yang seorang itu sedang membaca al-Quran, malam sebelumnya pula dia sibuk menguruskan Debat Parlimen Piala Presiden PERMAI sebagai Suruhanjaya. 'Mesti dia penat', gumamnya dalam hati. Dia serba salah ingin meminta tolong. Seorang lagi pula sedang mengulang hafalan memandangkan malam itu dia mempunyai kelas tasmi' al-Quran. 'Takpelah, aku pergi keluarkan duit di JIB dulu, sambil-sambil itu boleh fikir nak minta tolong siapa..', dia berjalan keluar sambil otaknya ligat memikirkan siapa yang boleh menolongnya disaat itu.

'Allah pasti bantu aku! Pergi seorang sahajalah, entah-entah akak itu sengaja meng'hiperbola'kan keberatan barang tersebut =]..tapi..erm, telefon Izzahlah, mana tahu dia tengah free..'

"Izzah, tengah ada kerja ke sekarang?"
"Aah. Kena uruskan SUKSES (Sukan BKASJ) esok, ada kerja sikit, kenapa?"
"Erm, nak angkat barang dari rumah senior. Tapi kawan serumah ada kerja sikit.."
"Alamak! Rasa bersalah pula sebab hari itu awak dah tolong Izzah"
"Eh takpe je..Zul ada sekali tak situ? Dia tengah ada kerja ke?"

Akhirnya Zul menawarkan diri untuk menolong. Alhamdulillah..=]

Barang dari rumah senior tersebut agak besar dan agak berat. Dalam kawasan perumahan ini pula mana ada teksi nak lalu, tambahan lagi sekarang sedang waktu solat Jumaat, confirm 100% tak ada teksi. Mereka meletakkan sebentar kotak tersebut atas divider jalan dengan niat untuk berehat dan memikirkan cara terbaik. Rumah dia dan senior tidaklah jauh sangat, mungkin sejauh Mat'am Dhoi'ah ke Duwar Jami'ah.

'Tak ada sesiapa ke nak tolong? Berat ini. Aku dahlah kecik, lagi terbantut kot kalau angkat kotak ini. Zul pula dahlah kurus 'kedengking', ada juga patah tulang..!'(ni hiperbola ok..)

Tiba-tiba,

"Bidukum musa'adah??(terjemah: kamu perlukan pertolongan??)", dua orang syabab Arab setinggi dia menawarkan bantuan. Dia pada saat itu merasa gembira yang teramat seakan-akan ingin sujud syukur pada yang Maha Esa. Alhamdulillah, sekali lagi Allah menghantar pertolongan kepadanya.

"Bitruhu ila solah Jum'ah soh?(terjemah: kamu hendak pergi solat jumaat kan?)"
"Na'am(terjemah: ya)"
"Antum musy rah tataakhiru??(terjemah: kamu nanti tak lambat ke??)"
"La..'adi..'adi..(terjemah: tak..biasa-biasa sahaja..)"

Dia terasa amat bertuah bertamu di bumi Jordan ini. Kanak-kanak lelaki sekecil 14 tahun dan 15 tahun itu sudah tahu tanggungjawab ingin menolong orang. Jika di Malaysia, mungkin kanak-kanak seusia mereka hanya mampu bermain guli bersama-sama kawan walaupun melintasi di hadapan mereka seorang tua sedang mengangkat barang. Tahniah kepada ibu bapa mereka yang telah mendidik anak-anak mereka sematang itu pada usia itu. Dia sedikit terkilan kerana tidak sempat bertanyakan perihal ibu bapa mereka dan menyampaikan salamnya kepada ibu bapa mereka.

BUDAYA MEREKA

Satu masa nanti, pada saat itu, dia sudah pulang ke Malaysia, melaksanakan tugasnya merawat penyakit Ummah dan merawat pesakit di hospital, mungkin dia akan rindu dengan suasana di Jordan, bumi dia menuntut ilmu. Di Jordan inilah dia belajar aib bagi seorang perempuan menaiki basikal, aib juga bagi seorang lelaki membiarkan perempuan berdiri di dalam bas mahupun di dalam kelas. Dia juga belajar betapa orang Arab ini sangat memuliakan tetamu, disuruhnya habiskan makanan sedangkan di dapur rumah mereka, sudah tiada makanan yang tertinggal, semua dihidangkan untuk tetamu. Dia juga belajar betapa persaudaraan Islam itu indah di bumi Jordan ini sehinggakan sanggup seorang pakcik pickup membelanja mereka balash(terjemah: percuma) menaiki pickupnya berserta barang-barang rumah mereka seperti meja dan tilam di bonet belakang pickup tersebut.

Mungkin suatu saat nanti dia akan rindukan Jordan yang mana telur ayamnya berwarna putih sedangkan di Malaysia, telur berwarna putih itu adalah telur masin.

Mungkin suatu saat nanti dia akan rindukan kanak-kanak kecil yang menyapanya ketika baru pulang dari jami'ah, 'Sobaya..sobaya Malizi..keifik??!(terjemah: 'panggilan utk perempuan'..apa khabar??!)' sambil kanak-kanak itu menarik manja bajunya.

Alamak! Dia baru sedar jam sudah menunjukkan pukul 3.30 ptg. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......Dia juga baru sedar dia tak habiskan lecture note yang bertimbun untuk seminggu itu!

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
~Pantun Melayu Klasik

Semoga mendapat sesuatu..Jangan lupa gandakan selawat! Allahumma solli 'ala Muhammad..

Little Caliph,
Tobiq Ardhi, Imarah Iman.
3.30 p.m, 26/02/2010, Friday.

Tuesday 23 February 2010

Inilah Saya!

"I want to be myself.."
"Just be yourself.."
"This is me ok!"

Setujukah anda semua jika saya kata ketiga-tiga ayat di atas ini adalah di antara ayat yang banyak disebut dan diperkatakan oleh pemuda-pemudi sekarang? Jika setuju, saya cadangkan supaya terus membaca, dan jika tidak, zai ma bidkum(terserah pada kamu..).

SIAPA SAYA?

Saya seorang muslim? Anak Melayu? Seorang anak/abang/kakak/ayah/ibu? Seorang mahasiswa/pelajar/guru? Seorang hamba Allah? Seorang penulis/pelukis jalanan? Seorang majikan/tukang gaji? Semua soalan itu, saya tinggalkan kepada kamu untuk dijawab. Semoga pada akhir bacaan ini, kamu mendapat jawapannya. Dalam hidup, tidak semua keadaan mempunyai pilihan. Kita tidak dapat memilih untuk menjadi seorang Arab kerana lahir daripada rahim serorang ibu Melayu. Tetapi dalam keadaan yang lain, kita berdepan dengan pilihan. Kita boleh pilih untuk menjadi seorang penuntut ilmu sains sosial berbanding menjadi seorang penuntut ilmu sains teras. Kita boleh pilih menjadi hamba Allah yang sangat patuh kepada suruhan dan larangan Allah berbanding menjadi seorang hamba Allah yang patuh kepada Allah di kala perlu sahaja.

Mari kita selak lembaran ayat-ayat cinta Allah kepada hamba-Nya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).[49:13]

Mari kita lihat pula sabda Rasulullah S.A.W dalam satu hadith shahih riwayat Muslim:

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu.

Pandangan Allah kepada kita bukan kerana kemuliaan bangsa, bukan kerana ketinggian ilmu, bukan kerana kecantikan rupa, dan juga bukan kerana kemewahan harta. Tetapi Allah melihat kepada hati kita. Hati menentukan siapakah kita. Jika kita mempunyai hati yang yakin terhadap Allah itu Maha Esa, maka hati juga mengiakan bahawa kita adalah Islam, bukan sekadar Melayu, bukan sekadar seorang mahasiswa dan lain-lain.

Apa erti Islam? Menyerah diri kepada Allah [mungkin perlu refresh kepada ayat-ayat cinta Allah: 2,131: (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.Serah dalam ayat ini adalah 'aslim', kalau tak faham sila buka al-Quran dan tanya kepada yang lebih pakar]. Muslim pula adalah orang yang Islam.

Satu kisah ketika peperangan Badar. Ketika itu, dilihat seorang tentera Islam sedang berlawan dengan seorang tentera Musyrik Mekah. Melihat keadaan itu Mus'ab Bin Umayr datang untuk membantu. Rupa-rupanya tentera Musyrik Mekah yang sedang berlawan itu adalah keluarga Mus'ab Bin Umayr di Mekah. Dia berkata kepada Mus'ab, "Wahai Mus'ab, tolonglah aku untuk mengalahkan dia(tentera Islam) ini.Aku kan abangmu!". Tanpa membuang masa, Mus'ab menolong tentera Islam yang sedang berlawan dengan ahli keluarganya itu kerana katanya, "Abangku adalah dia(tentera Islam) ini kerana ayahku adalah Islam". Comel tak??heee

TUJUAN KITA?

Kamu setuju jika saya katakan kita Muslim? Yang lain mungkin benar, tetapi itu hanyalah sampingan. Jika setuju, apa tuntutan Islam kepada Muslim? Apa konsep menjadi diri kita yang sebenar jika kita katakan kita adalah Muslim?

al-Baqarah,30 dan az-Zariyat,56. Sila buka al-Quran. Jangan malas-malas. (kata kunci: Khalifah dan Beribadah). Khalifah itu, jangan fikir yang berat-berat, mulakan menjadi khalifah kepada diri sendiri. =]

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam; dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.[2,138]



p/s: sama-sama saling mengingatkan. takut cakap banyak, tapi buatnya tak ada.

Ajarlah jiwamu utk terbang tinggi, nescaya ia benci sesuatu yang remeh. Ajarlah jiwamu erti kemuliaan agar ia benci kehinaan. Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung, nescaya ia bencikan kelazatan kecil yang sementara.~Abdul Wahab Azzam

Little Caliph,
Tobiq Ardhi, Imarah Iman.
11.30 p.m, 23/02/2010, Tuesday.

Thursday 18 February 2010

Mereka memanggil-manggil kita.

All your armies..
All your fighters..
All your tanks...
And all your soldiers..

Against a boy holding a stone..
Standing there all alone..
In his eyes I see the sun..
In his smile I see the moon..

And I wonder, I only wonder..
Who is weak? And who is wrong?
Who is right? And who is wrong?

And I wish, I only wish..
That the truth has a tongue..

Semenjak kejadian Nakbah pertama pada 1948 di Deir Yasin, Palestin terus dimasuki oleh Israel dan koloni-koloninya. Pelbagai feedback telah diterima, ada yang membantah, ada yang menyokong. Lebih menyedihkan apabila Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan atas dasar kesamaan-untuk-semua-bangsa-kononnya dengan sewenang-wenangnya menyetujui pemberian sejumlah besar tanah hak milik rakyat Palestin kepada Israel tanpa sebab. Kehidupan mereka terus dihuni oleh ancaman-ancaman dan perjanjian-damai-kononnya drpd pihak Israel dan koloninya sendiri.

Setelah beberapa lama hidup menhambakan perasaan takut tersebut, Yahya Ayyash berjaya menyedarkan rakyat-rakyat Palestin untuk membela diri, keluarga dan tanah air mereka. Kebangkitan yang dinamakan Intifadhah ini berjaya mengumpulkan majoriti rakyat Palestin yang sedar ttg keadaan mereka. Pemuda-pemuda sekecil 10tahun juga tidak ketinggalan menyertai Intifadhah ini. Senjata mereka hanyalah sebiji batu pada mulanya dan sehingga kini mereka sudah berjaya mencipta bom sendiri. Satu demi satu kejayaan mereka kecapi. Sehingga kini mereka sudah mempunyai 3 stesen satelit yang bertempat di Beirut, London dan Jordan.

Siapa kata kebangkitan mereka ini tidak berjaya? Intifadhah inilah telah menyebabkan ratusan premis-premis Israel dalam tanah Palestin ditutup hasil projek memboikot mereka. Intifadhah ini jugalah telah menyebabkan kadar kemasukan imigrasi manusia yang berbangsa Israel menurun malah kadar emigrasi penduduk Israel di tanah Palestin itu meningkat ke 700 000 orang dalam masa beberapa tahun.

Pada zaman Nabi Musa a.s dahulu, Allah pernah memerintahkan Nabi Musa a.s supaya membuka tanah Palestin. Ramai di antara kaum Bani Israel enggan mengikuti arahan Allah tersebut lantas Nabi Yusha' bin Nun a.s berserta pengikut Nabi Musa a.s yang beriman mengikuti arahan Allah tersebut. Kemudian, apabila mereka sampai di satu kawasan bernama Jabal Nebo, satu kawasan tanah tinggi yang membolehkan mereka menyusun strategi membuka tanah Palestin, Nabi Musa a.s wafat. Dikatakan pada mulanya jasad Nabi Musa a.s disemadikan di kawasan tersebut, kemudian jasad tersebut di bawa ke tanah Palestin oleh orang Israel sendiri ketika projek pemindahan mayat-mayat orang Israel beberapa puluh tahun sebelum ini kerana mereka mendakwa Nabi Musa a.s adalah nabi mereka dan tanah Palestin adalah tanah mereka.(kisah ini agak rumit sedikit..)

Kemudian, perjuangan diteruskan oleh Nabi Yusha' bin Nun berserta pengikut-pengikut yang beriman. Mereka menyusun strategi melalui Jericho kemudian terus ke Jerusalem. Akhirnya tanah al-Quds tersebut berjaya dibuka oleh orang Islam sendiri.

Setelah itu, berlalulah zaman pemerintahan Rasulullah, pemerintahan Khulafaa' ar-Rasyidin, pemerintahan Umaiyyah dan pemerintahan Abbasiyah. Ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, tentera Salid (the crusades) telah berjaya memasuki tanah Palestin pada tarikh 15 Julai 1099M. Tentera Salib bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua penduduk yang beragama Islam termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua. Pembunuhan itu berlaku dalam masa seminggu sehingga tiada lagi orang Islam yang terselamat.

88 tahun selepas itu, pada tanggal 4 Julai 1187, Salahuddin dan tentera-tenteranya berjaya mengalahkan tentera Salin di Hittin membawa kepada pembukaan tanah al-Quds pada 15 Oktober 1187, bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583H.

Zaman berlalu dan masa terus berjalan, pelbagai konflik juga telah berlaku dan sehingga kini banyak konspirasi dunia yang sukar untuk kita fahami. Tanah Palestin jatuh ke tangan musuh Islam no.1 itu 62 tahun dahulu. Naksah, peristiwa awal Januari tahun lepas dan macam-macam lagi penganiayaan yang mereka lakukan.

MENCARI RUANG

Penjelajahan di Jordan cuti sem baru-baru ini membawa saya dan rakan-rakan mendekati Palestin. Di Aqabah saya nampak Palestin yang telah dinamakan negara Israel haram kini. Di Jabal Nebo, saya nampak juga Palestin. Jaraknya lebih kurang 30km. Sepanjang berjalan di Aghwar, kami juga melalui beberapa checkpoint yang dikawal rapi oleh tentera Jordan kerana bersempadan dengan Palestin. Mereka memanggil-manggil kita. "Wahai saudaraku, kami di sini. Nampakkah kamu??"

Saya masih mencari ruang dan peluang yang ada untuk bertemu dengan mereka, dan membebaskan mereka. Semoga ia bukan hanya sekadar idealistik tetapi realistik.

what do we live for, if it is not to make life less difficult for each other? ~george eliot

Little Caliph,
Tobiq Ardhi, Imarah Iman.
1.04 a.m, 19/02/10, Friday.

Monday 15 February 2010

hari ini 3.

Alkisah terjadi dalam satu majlis ilmu. Saya ditanya dengan dua soalan yang agak ter'pap' di situ.

Soalan 1:

"Um dah mengulang hari ini? Teruklah saya hari ini, sempat mengulang satu muka je, itu pun dalam solat...", bagusnya kesedaran sahabatku ini. Saya percaya satu hari nanti dia boleh jadi seorang yang hebat. Dia mengingatkan saya. Terima kasih!

"Alhamdulillah dah dapat mengulang tu. Esok-esok tingkatkan lagi ye!", saya hanya mampu bersikap optimis walaupun saya mengulang pun baru semuka pagi tadi.

Soalan 2:

"Um, dari mana awak dapat kekuatan?"

" Errr.."

Setiap orang ada cara tersendiri untuk dia dapat kekuatan. Saya memang tak layak untuk memperkatakan hal itu. Cukuplah Allah itu kekuatan kita. Hati kena bersihkan. Hati ibarat buku tulis semua deria kita. Jika hati tak bersih seperti kulat mengotori dinding, bagaimana kita hendak menulis dengan selesa seperti kita duduk dalam rumah yang selesa tanpa kulat? Cakap banyak pun tak guna jika tidak bertindak sekarang.

DAH BERSEDIAKAH?

Meraikan majlis ilmu. Saya suka itu. Tapi kadang kala kita diberi pilihan untuk memilih satu daripada dua majlis ilmu. Allah akan beri mana yang kita perlukan bukan mana yang kita hendak. Benar itu.

"Sedih jugalah bila tak dapat pergi majlis ilmu itu (bukan PERTAMA ye~). Jeles dgn anda!", saya berbicara dari hati ke hati. Meluahkan sedikit kekesalan walaupun saya tahu kesal bakal memakan diri. Kisah hebat mereka mengembara membuat saya cemburu dgn mereka.

"Sebenarnya Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita hendak..", dia yang saya hormati meminta saya untuk berfikir.

"Walaupun saya rasa saya sudah bersedia untuk ilmu itu?"

"Um, jangan tertipu dengan semangat jika tidak didorong iman. Kita rasa sangat semangat untuk buat itu, buat ini, tapi kita buat semua itu atas dasar apa sehinggakan kadang-kadang kita rasa lost. Biasalah pemuda itu memang mempunyai semangat yang kuat, tapi kena iringkan dgn iman. Mungkin Allah masih tak bagi Um hadiri majlis ilmu itu supaya Um kuatkan dahulu iman..."

Kisah-kisah di atas ini adalah kisah benar (ada edit sikit2 kot~). Semoga dapat sesuatu untuk ditafakkur dan dita'aqqulkan.

Saturday 13 February 2010

Nahnu Qaumun Iqra??

Kamu ingin dengar satu kisah? Hayya ijlis bina wa nu’min sa’ah bersama kisah ini.

Kita semua percaya bahawa kita adalah umat yang hebat, yang mempunyai sejarah dan tamadun yang hebat. Kita sudah tahu kehebatan Solahuddin al-Ayyubi membuka kota Palestin, kita sudah baca kisah Sultan Muhammad al-Fatih menyebarkan Islam di kota Constantinople, kita sudah dengar ketangkasan Saidina Khalid al-Walid dalam beberapa siri peperangan menentang tentera Rom dan kita juga sudah menjadi tetamu makam-makam para sahabat yang darjatnya tinggi di sisi Allah. Apatah lagi kita-kita yang bermusafir di bumi anbiya’, Jordan ini. Cuba kamu beritahu saya berapa banyak makam para nabi dan para sahabat di bumi Jordan ini. Antaranya ialah makam Nabi syu’aib, Nabi Musa, Nabi Lut, Saidina Ikramah bin Abu Jahal, Saidina Mu’adz bin Jabal, Saidina ‘Amir bin Abi Waqas, Saidina Abu Ubaidah bin Jarrah, Saidina Dhirar bin Azwar dan Saidina Syurhabil bin Hasanah. Sedarkah kita bahawa kita sedang berpijak di atas bekas jejak kaki mereka-mereka yang hebat pada zaman mereka? Bagaimana pula dengan kita?

Sekarang, mari kita tanya kepada diri kita sendiri, apakah keadaan Ummah kita sekarang? Apakah diagnosis yang sewajarnya diberikan oleh seorang doktor buat pesakitnya yang kian tenat? Adakah kita yang bernama muslim mempunyai nilai dalam organisasi antarabangsa? Berjayakah kita sebagai orang Islam untuk menyatakan hak-hak kita? Dapatkah kita mempertahankan tanah dan maruah kita? Apakah yang sedang berlaku terhadap orang Islam di Palestin, China, Thailand dan seluruh dunia? Mengapakah semua ini berlaku?

Itu hanyalah beberapa soalan yang perlu kita tanya dan jawab oleh diri kita sendiri untuk menggambarkan apakah keadaan umat kita sekarang. Perubahan itu penting, dan diri kita sendirilah yang memainkan peranan penting untuk melakukan perubahan itu. Inilah masanya, kita sebagai muslim untuk menjadi pemimpin kepada perubahan kerana kekuatan untuk berubah itu terdapat dalam diri setiap individu muslim itu. Be proactive!

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. [13,11]
Untuk berubah itu, kita perlu tahu apa punca masalah-masalah yang berlaku. Yang pertamanya, tentulah lemahnya iman. Umat kita kini telah dijangkiti penyakit Wahn. Penyakit yang dinamakan “silent killer” ini adalah cintakan dunia dan takutkan mati. Kita boleh lihat sendiri apabila kebanyakan umat Islam lebih mementingkan barangan-barangan yang patut diboikot, menyalurkan duit tersebut untuk dijadikan peluru-peluru dan bom-bom Israel sekaligus membunuh saudara seakidah kita. Dimana nilai ukhuwwah kita? Kita juga boleh ambil pengajaran daripada penutupan pintu masuk Rafah Mesir-Palestin yang menyebabkan bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kewangan untuk saudara kita di Palestin disekat. Ikatan ukhuwwwah itu semakin lemah manakala assabiyah dan fanaticism semakin memenuhi setiap ruangan hati-hati kita.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit Wahn. Seorang sahabat bertanya, "Apakah Wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Punca yang kedua pula adalah Jahl atau sikap “aku tidak pedulisme”. Sikap ini menjadi semakin parah apabila kita tidak sedar bahawa diri kita sendiri mempunyai sikap “aku tidak pedulisme” itu di atas sebab kita sendiri yang malas menuntut ilmu dan membaca. Sheikh Yusuf al-Qardhawi sendiri pernah mengatakan bahawa, “Kita kaum Iqra (merujuk kepada wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W), tetapi kita tidak membaca..!”. Lebih memalukan apabila Moshe Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israel mengeluarkan kenyataan berbunyi, “Umat Islam kini mempunyai tiga kelemahan utama iaitu mereka tidak mempunyai perancangan yang teliti, mereka tidak mengkaji sejarah dan mereka kaum yang malas membaca!”.

Kemudian Moshe Dayan telah dikecam oleh orangnya sendiri kerana memecahkan rahsia tersebut. Mereka takut sekiranya umat Islam bangkit kembali apabila mengetahui kelemahan-kelemahan mereka. Kemudian, dengan mudahnya Moshe Dayan menjawab, “Kita (Zionis) tidak perlu merasa takut walaupun sedikit terhadap orang Islam. Kerana mereka tidak akan tahu kenyataan tersebut kerana mereka tidak membaca. Sekalipun mereka membaca, mereka tidak akan faham dan sekalipun mereka faham, mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu!”. Inilah dia kenyataan daripada musuh terbesar umat Islam. Kita perlu perlu mengambil pengajaran daripada kenyataan ini kerana hanya musuh yang mengenali diri kita secara terperinci berbanding sahabat kerana musuh memang selalu memerhatikan kita, umat Islam. Jika kenyataan ini salah, anggap sahajalah kenyataan ini adalah galakan saya kepada semua supaya rajin membaca dan menuntut ilmu.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). [96,1]
Jadi, sebagai galakan kepada diri semua, kita ini adalah umat Islam. Umat yang berasal daripada Rasulullah S.A.W, Khalilullah, kekasih Allah. Agama Islam pula adalah agama yang berada di sisi Allah, agama yang dijanjikan kemenangannya nanti. Marilah kita sama-sama berkerja supaya diri-diri kita ini menjadi salah satu penyumbang kebangkitan Islam. Sebelum tidur, eloklah kita bertanya kepada diri kita, “Apa telah aku lakukan hari ini untuk membantu umat Islam?”. Sekali lagi saya ulang, “Nahnu qaumun iqra, lakinnu nahnu la naqra..!”.

Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [3:19]

Begitulah serba sedikit kisah daripada saya, semoga dapat sesuatu daripada kisah ini.

Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan baik. [18:30]
Wallahu a'lam bissawab...

p/s : Sesungguhnya, si penulis ini lebih dekat dengan apa yang ditulis, jadi si penulis amat takut untuk dipertanggungjawabkan kelak. Sama-samalah kita saling mengingati dengan kebenaran dan kesabaran.

Friday 12 February 2010

Syurga Cuti.

Selesai imtihan nihaei, kami terus berkejar ke Markaz Aitam Taqwa at-Tibbiyy. Siapa kami dan apa pula Markaz Aitam Taqwa at-Tibbiyy? Kami itu terdiri daripada Umairah, Kauthar, Izzati Zaaba dan Farahiyah manakala Markaz Aitam Taqwa at-Tibbiyy pula adalah rumah anak yatim di balad syuhada', lebih tepat lagi di shari' talaatin yang menempatkan sejumlah anak yatim di kawasan Mukhayyam Palestin di Irbid ini. Kami ke sana kerana ingin menyampaikan sedikit sumbangan daripada pelajar malizi di Irbid ini iaitu 7 kotak berupa pakaian (pakaian shita' + pakaian soifi + beg + kasut + anak patung dan lain- lain) dan sejumlah duit untuk kifalah anak yatim. Mereka sangat teruja apabila melihat kami membawa hadiah-hadiah. Solat Zuhur juga kami selesaikan di sana memandangkan selepas itu ada beberapa orang dari kami ingin mencuci mata + shopping di balad. Di kesempatan itu, sempat jugalah saya berkenalan dgn beberapa anak yatim yang belajar di situ. Antara yang paling saya ingat dan yang paling ramah adalah Sally, umur dia sama ada 15/16thn, comel, dia berasal dari Palestin, dan dah menghafal sebanyak 2 juzuk. Next time datang, saya nak jumpa dia lagi. Ya Allah, tolong buktikan isi hatiku =)


Pulang dari markaz aitam, layan cerita KCB 2. Kisah mencari jodoh sahaja. KCB 1 lagi best =p. Malam itu, Kelas Intensif Tahfiz al-Quran bermula....

Sem 1 untuk 2nd year agak tough. Saya yang masih dalam zon selesa dgn markah 1st yr terumbang-ambing apabila masuk sem ini dan akhirnya saya mengakhiri sem 1 dgn serba kekurangan. Kurang tumpuan, kurang ilmu, kurang persediaan dan macam-macam lagi kurang. Itu baru sentuh bab akademi belum sentuh lagi bab al-Quran. Hafalan baru kurang, mengulang pun kurang. Disebabkan serba kekurangan itu, saya telah berniat supaya Kelas Intensif ini digunakan dgn sepenuhnya. Kejar kembali jadual yang telah lama ditinggalkan, mengulangnya dan hafalan barunya. Tetapi lain pula jadinya dalam Kelas Intensif itu. Apa yang dah jadi? Biarlah rahsia...

Selepas berakhirnya Kelas Intensif selama 3 hari itu, kami melepaskan tension dgn bermain bowling di Mecca Mall (layan je la..idea sape tah tu~~). Pergi berlima, tetapi yang mainnya hanya 4 orang, seorang lagi nak jadi penonton sahaja, katanya 'Buat apa bazirkan duit kalau dah tahu tak reti main?'. Saya? Saya memang tak reti main, tapi demi meraikan sahabat-sahabat seperjuangan melepaskan tension, saya pun turut main. Entah apa-apa....

Pulang dari Amman sekitar jam 8.30 mlm. Dah janji ada meeting online dgn ketua, esok jam 4 pg nak pergi trip jelajah jordan, barang satu pun tidak kemas lagi, jam 11.30 mlm mesti berkumpul di rumah sahabat di hijazi supaya tidak ketinggalan + kurang bahaya. Meeting online habis 2 jam selepas itu dan berkemas pun sempat 1 jam sahaja. Macam-macam....

JELAJAH JORDAN

Kebiasaannya, student Malizi di Jordan ini sudah habis meronda Jordan pada tahun pertama pengajian. Saya? Tahun 2 barulah terkedek-kedek nak join trip ini. Yelah, tahun pertama teruja nak berjalan Turki + Syria, nak buat macam mana...?

Trip kali ini amatlah menarik. Menjelajah atas bumi yang mana langitnya yang sama dgn bumi kita menuntut ilmu. Jordan yang merupakan salah satu daripada dataran Syam selain Syria, Lubnan dan Palestin. Dataran Syam yang merakam pelbagai sejarah silam Rasulullah bersama sahabat menyebarkan agama di sisi Allah. Apa yang ada di Jordan?

1) Kawasan peperangan ( Perang Mu'tah di Mu'tah, Perang Yarmuk di sempadan Syria, peperangan Lawrence of Arabia dan tentera Atrak dari Turki di Wadi Rum)

2) Makam 5 orang sahabat di Aghwar (Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah mendapat gelaran penjaga umat, Mu'adz bin Jabal syahid dalam serangan Taun Amwaz, Syurhabil bin Hasanah merupakah pembuka Jordan, 'Amir bin Abi Waqas dan Dhirar bin Azwar)

3) Makam al-anbiyaa' (Nabi Musa di Jabal Nepo, Nabi Syu'aib, Nabi Yusha' merupakan pembantu Nabi Musa ketika Nabi Musa diarahkan oleh Allah S.W.T untuk membuka Palestin dan Nabi Lut)

Strategi yang dirancang oleh Nabi Musa dan Nabi Yusha' bin Nun untuk membuka al-Quds atas arahan Allah S.W.T. Mereka memilin untuk masuk melalui Jericho seterusnya ke Jerusalem. Depan drpd peta ini terdapat pemandangan ke Palestin. Sangat dekat!

4) Makam sahabat yang syahid dalam peperangan Mu'tah (Saidina Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawahah dan Jaafar bin Abi Talib)

Makam Saidina Jaafar bin Abi Talib. Digelar Jaafar at-Toyyar kerana hadith yang mengatakan bahawa Rasulullah nampak Si Syahid Jaafar terbang masuk ke syurga.

5) Kawasan nabi-nabi terdahulu (Laut Mati adalah kawasan kaum Nabi Lut yang menyaksikan azab Allah iaitu diterbalikkan bumi kerana perbuatan terkutuk sebahagian besar kaum Nabi Lut iaitu homoseksual, Petra merupakan kawasan Kaum Nabi Saleh dan Aqabah@Laut Merah yang mana tongkat Nabi Musa(dgn izin Allah)dibelah kepada dua dan menenggelamkan kaafiruun)

The Treasure of Petra.

6) Senibina di zaman Rom (Qasr Sahrawi, Roman Theatre di Amman, Jerash, Umm Qais salah satu decapolis)

Corak daripada Iraq di Qasr Sahrawi.

Jalan utama di kota Jerash. Bawah ini terdapat laluan air~

7) Senibina zaman kegemilangan Islam (Jabal Qal'ah, Qal'ah Salahuddin al-Ayyubi, Qasr Amra yang dibina zaman Khalifah Umaiyyah, Qasr Azraq yang dibina Oleh tentera Arab dibawah Izzudin Aibak ketika Perang Salib dan kemudiannya digunakan oleh Lawrence)

Penarik air di Qasr Amra.

Qasr Azraq.

8) Beberapa tempat bersejarah (Gua Ashabul Kahfi tempat tidur beberapa orang yang beriman ketika Raja Dikyanus(menurut Tafsir) ingin membunuh mereka kerana keimanan mereka (tidak pasti berapa jumlah yang sebenar 7/8,Allah lebih mengetahui)di zaman Byzantine, Muzium kereta King Abdullah Jordan)


Sebagai muslim, kita tidak mengembara dengan sia-sia. Kita punya matlamat dalam mengembara, berjalan, melihat dan mentafsir. Berjalan melihat sunnatullah, kehidupan alam, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan berbagai lagi ciptaan Allah mahupun binaan manusia. Sebenarnya, dalam al-Quran sudah dicatatkan hampir 11 ayat galakan untuk mengembara. Cari di searchtruth.com ye..antaranya adalah:

"Maka tidakkah mereka merantau di muka bumi; melihat bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul) dan sesungguhnya kampung Akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya." (Yusuf:109)

Wahai ulul albab, tidakkah kamu memikirkannya? Mari kamu ikut saya mendengar satu kisah tentang Jerash. Jerash adalah kota yang dalamnya terdapat kubu pertahanan yang dibina oleh tentera Rom. Pada zaman tersebut, tentera Rom memang terkenal dengan kehebatan mereka. Jadi, kebiasaan mana-mana angkatan tentera, kubu haruslah dibina di kawasan tinggi supaya dapat meninjau banyak tempat dan dapat mengawal kedatangan musuh. Apa jadi pada Jerash? Tentera telah membina di kawasan yang agak rendah supaya orang lain dapat lihat tentera mereka berlatih senjata, kehebatan dan kekuatan meraka. Kerana ketakburan itu, tentera mereka telah dikalahkan oleh tentera Islam sendiri….=]

BAKI CUTI

Selesai trip menjelajah Jordan, saya berkira-kira bagaimana ingin memanfaatkan cuti. Ada berbaki 8 hari. Sehari sebelum naik jamiah (?? Idea drpd naik sekolah~), saya dan 3 org lagi sahabat perlu menghadapi Imtihan Tamhidiyah, Kelas Tajwid al-Quran. Untuk lulus imtihan ini, kami perlu masyi beberapa bab drpd kitab Munir + hafal juzuk Amma. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk lulus, saya target untuk lulus dengan jayanya.

Tetapi, Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya perlu uruskan beberapa perkara berkenaan Kempen Membaca PERMAI 09/10 dan Slot pengisian khas pelajar Akademi Tahfiz az-Zikr bersama Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil. Tipulah jika saya kata, saya sempat mengurus masa dengan sebaiknya supaya kerja dan pembelajaran kitab munir+hafalan juzuk Amma seimbang dalam masa tersebut. Akhirnya..Wallahi khobbastu ana! (Demi Allah, aku dah hancurkan diri aku) lughah ammiyah urduniyyah ye..

Imtihan tadi berakhir agak kelam kabut, tapi Alhamdulillah dgn pertolongan Allah yang melimpah ruah, saya selesai juga menjawab. Keputusan tak keluar lagi.huhu. doakan saya dapat yang terbaik untuk diri saya, sesungguhnya pandangan Allah perlu diutamakan daripada pandangan manusia.

p/s: Sedih sedikit tak dapat pergi PERTAMA sbb ada Ust Mazlee Malik + Ust Hasrizal + Ust Hezry. xpe2, Allah dah gantikan dgn Slot pelajar tahfiz itu + Wacana bersama Ust Mazlee Malik esok =))
p/s: Esok naik jamiah, tajdid niat semua! Kita akan dapat apa yang kita niatkan.