Sunday 30 May 2010

Sudah tahu jawapan..

Bila ada orang tanya..
Apa yang perlu buat jika hati rosak?
Aku dengan mudah menjawab, zikrullah...

Bila ada seseorang tanya..
Apa yang perlu buat kalau hendak berjaya?
Aku dengan mudah menjawab, berbuat sesuatu kerana Allah kerana berjaya atau tidak itu urusan Allah...
Sebab itu, jika hasilnya engkau tidak berjaya, sesungguhnya disisi Allah, engkaulah orang yang paling berjaya, berjaya untuk yakin dengan rahmat Allah...

Bila mereka tanya..
Dah banyak sangat dosa aku, Allah terima ke aku?
Aku dengan mudah menjawab, Innallah tawwaburRahim [baca:sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih]

Bila dia tanya..
Apa yang perlu buat kalau tak pandai buat sesuatu?
Aku dengan mudah menjawab, belajarlah dari pengalaman. Nak pandai bukan setakat satu dua pengalaman sahaja. Berusaha lebih ye..

Bila engkau tanya..
Susahkan nak buat sesuatu kebaikan?
Aku dengan mudah menjawab, kebaikan itu lahirnya daripada iman, kuat iman, banyaklah kebaikan yang dibuat..
Lemah iman, sedikitlah kebaikan yang dibuat..
Mujahadah katanya...

Bila ada orang, seseorang, mereka, dia dan engkau tanya aku..
Engkau pernah buat apa yang engkau cakapkan ini? Maksud aku, jawapan kepada soalan aku..
Aku dengan yakin menjawab, ada yang pernah, ada yang tidak pernah..
Kerana aku tahu jawapannya..
Orang, seseorang, mereka, dia dan engkau mungkin tidak tahu jawapannya..
Jadi aku beritahu..

Aku mahu orang, seseorang, mereka, dia dan engkau tahu bahawa semua jawapan untuk soalan-soalan itu ada jawapannya..
Sama ada dalam al-Quran dan as-Sunnah..
Atau dalam diri orang, seseorang, mereka, dia dan engkau sendiri...

Disatu saat nanti,
Bukan orang, seseorang, mereka dan dia akan uji aku dengan jawapan aku..
Tetapi Tuhan yang menyaksikan jawapan aku akan mengujiku..
Jadi, bersediakah aku dengan jawapan-jawapanku yang mudah sekali untuk ditutur itu?
Allah ya Rabb..

SENI KENDI DAN SENI SAGA

Ingin sekali aku belajar seni kendi dan seni saga...
Ada sesiapa mahu ajar?
Tapi aku takut nak tanya, sebab aku sendiri sudah tahu jawapannya..
Pengalaman!
Cuma aku sendiri yang tidak mahu mencuba..


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.[39:9]

Anakku, apabila yg diingini dan dikejar itu sesuatu yg tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju ke sana. -Imam Ghazali-

Saya sentiasa berharap agar kita akan berhenti berkata-kata dan terus bergerak. Biarlah amal kita yang merncerminkan siapakah dan apakah perjuangan KITA sebenar. -IHAB-

Bittaufiq wannajah untuk sume kawan2 satu batchku. xlupa juga utk akak2 :)
Semoga kita saling mendoakan..
Ingat, usaha memang syarat utk berjaya, tetapi x bermakna apabila setelah berusaha, kita PASTI berjaya..
Kerana kita berusaha bukan kerana ditarik oleh natijah, tetapi kerana ditolak oleh arahan Allah..

One day Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, noticed a Bedouin leaving his camel without tying it. He asked the Bedouin, "Why don't you tie down your camel?" The Bedouin answered, "I put my trust in Allah." The Prophet then said, "Tie your camel first, then put your trust in Allah" (Tirmidhi).

Friday 21 May 2010

Tadharra3, pergantungan kepada Allah.



وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. [14:11]

Kamu tahu mengapa Rasulullah dilahirkan dalam keadaan yatim piatu?

Pertama, supaya tiada sesiapa yang boleh menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi Muhammad (sollu alan nabiyy) adalah dapat ilham mahupun didikan daripada ibu dan ayah baginda. Dan kemudian apabila baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutallib, sekejap sahaja tempoh penjagaan datuknya [ambil perhatian di sini bahawa Abdul Mutalib adalah orang yang terkemuka di kalangan kaumnya, yang menjaga soal makanan dan minuman jamaah haji pada waktu tersebut]. Apabila dijaga oleh ayah saudara baginda pula, hikmah Allah dengan penolakan dan keengganan Abu Talib utk tidak memasuki Islam supaya tiada sesiapa dapat mengesyaki bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan penting dalam usaha dakwah Rasulullah. Subahnallah. Kemudian, anak-anak lelaki Rasulullah semuanya meninggal dunia semasa kecil. Hikmahnya? Kerana Rasulullah membawa agama bukan kerana keturunan, tetapi kerana baginda adalah pesuruh Allah.

Kedua, Rasulullah telah dididik daripada kecil supaya hidup berdikari dan tidak dimanjai. Dijauhkan daripada kemewahan supaya tidak timbul di hati baginda semangat kebendaan dan gilakan pangkat.

Ketiga, hikmah Allah apabila Rasulullah dilahirkan dalam keadaan yatim piatu supaya apabila Rasulullah berduka dan bersedih hati, tempat baginda untuk mengadu hanyalah Allah secara langsung. Tiada perantaraan. Bukan ibu bapa tempat baginda mengadu, sungguh cantik pengaturan Allah.

Jadi, yang saya hendak tekankan di sini adalah isi yang ketiga ini.

Apa yang kita selalu buat bila tidak dapat apa yang kita hendaki? Contohnya dapat markah rendah dalam peperiksaan.

Apa yang kita buat jika penat kerana banyak kerja?

Kita selalu mengadu terus kepada emak dan ayah mahupun kawan-kawan. Sedangkan kita lupa bahawa tempat pergantungan yang layak adalah Dia..!

Mintalah daripada Dia, rayulah hanya kepada Dia...

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [2:186]

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina. [40:60]

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). [43:67]

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [50:16]

Wahai, manusia..
Aku lihat hari ini ramai manusia yang kurang pergantungan kepada Allah..
Baru sedikit diuji, mahu terjun bangunan..mahu bunuh diri..
Serasa seperti ujian yang ditimpanya tidak mampu ditanggung..
Sedangkan sudah Allah tetapkan di dalam al-Quran bahawa "Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya.."
Adakah kamu tidak memikirkannya???

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. [6:43]



* Ini adalah entry disaat tiada semangat hendak belajar. Kononnya hendak luahkan perasaan kat ummi. Lepas tu, telefon ummi time Malaysia Maghrib, dah kompem2 x dilayan sebab waktu Maghrib pendek, ummi nak solat.. Lepas tu, terasa hati, ade ke patut? ish, manjanye kamu ni umairah!