Saturday 24 July 2010

Peluang waktu

"Kamu gagal!"
"Kenapa?"
"Kamu sudah tahu hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Aku dan menjadi khalifah, memakmurkan bumi. Kamu sudah mendalami maksud-maksud qalam-Ku, tetapi kenapa kamu tidak kerjakannya?"


Di saat itu,
di mana segala dosa-dosa akan dipampangkan di satu screen,
satu slide, dianjakkan lagi ke satu slide yang lain,
dia dibawah hanya mampu menangis, menyesali perbuatan yang yang mensia-siakan hidup,
hidup yang dianugerahkan Allah untuk dimanfaatkan.


Di saat itu,
segala rayuan sudah tidak diterima,
Allah Yang Maha Penerima Taubat sudah tidak mahu menerima taubatnya ketika itu,
seluruh pintu-pintu taubat yang mana ketika hidupnya dibuka seluas-luasnya,
kini, pada ketika amalannya dihisab, pintu itu tertutup serapat-rapatnya,
tiada yang kelihatan daripada dalam pintu itu walau sejalur cahaya.


Dia sudah tiada peluang kali kedua mahupun ketiga mahupun ke berapa,
kerana ketika hidupnya di dunia, 
peluang itu kerap kali muncul, 
namun diendahkan dengan kata-kata, " Takpe, esok-esok sempat lagi taubat"
BERTANGGUH.... 
dia si penangguh si pencuri masa pada masa itu hanya mampu menyesal,
dan merayu memohon ampun daripada Tuhannya.


Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”.
[78:40]


*******************************


"Exam completed. Your mark is __2%. Thank You."


Hmm...


'Jangan mengeluh! Kau tak layak nak mengeluh, tak layak untuk dapat markah seperti yang kau ingin-inginkan kalau usaha tak setinggi impian. Alhamdulillah pun kau tak sebut tadi, bersyukur sikit boleh tak?'.


Cepat-cepat dia peringatkan diri. Astaghfirullah...


Komputer mustahil akan menipu, markah yang terpampang itulah markahnya. Dia tidaklah terlalu mendambakan markah yang tinggi, tapi sekurang-kurangnya dia tidak mahu tergelincir ke gaung yang terlalu dalam lalu menyebabkan dia tidak mampu untuk mendaki gaung itu semula. Maka menetaplah dia di dalam gaung itu, tidak dilihat orang. Jika mereka melihatnya pun, mereka tidak mampu untuk membantu dia untuk keluar dari gaung itu.


Nasihat seniors dan lecturers terutamanya Dr. Ziad selalu dia tidak ambil endah.


"Study on DAILY basis. Attend the lectures and give your full ATTENTION to what have been emphasized in the lectures", Dr Yusuf Gaud, pensyarah subjek Public Health dan Dr Ziad el-Naser, pensyarah subjek Immunology untuk semester tiga ini memberi nasihat. Tetapi malangnya dia buat endah tak endah akan kata-kata pensyarahnya, 


"Sempat je nak habiskan material waktu minggu exam nanti..". Itulah konklusi daripada syura dia dan beberapa rakan yang lain. Sekali lagi, hamba-hamba Allah ini BERTANGGUH...


********************************


Waktu memang tak akan berhenti dan mengajak kita berlari bersama mereka,
Sekalipun kita berjalan atau berlari, waktu tetap akan berlari,
Waktu memang tak akan mengikut rentak kita,
Kerana waktu itu pemiliknya Yang Di atas Singgahsana,
Dia yang berhak mengawal waktu.


Kawan-kawan sebatch medik atau dentist, peluang kita masih ada..
Kita masih ada peperiksaan kedua dan peperiksaan akhir..
Jangan bertangguh lagi, buka buku sekarang, 'STUDY ON DAILY BASIS!'



Muslim itu

apabila membuat sesuatu bukan sekadar melepaskan batuk ditangga
dia pasti melakukan sebaiknya
kerana itu amalan yang akan dibawa ketika dihadapkan dihadapan Allah kelak.

All the best!



p/s: Uhibbukum fillah :)
p/s: Jgn bosan dengan post saya yg banyak start dgn 'Di situ/Di sana/Di saat itu..bla..blaa' =p

Monday 19 July 2010

Ini yang terbaik..

Dia di sini 
Masih mencari-cari apa maksud tarbiyah dzatiyah
Masih mencuba-cuba cara mana untuk memperingatkan diri
Masih teragak-agak ingin mengajak manusia membuat kebaikan
Masih menyusun jadual harian supaya selesa dari segi mutabaah amal, dakwah dan 'study'nya
Masih lambat-lambat membaca buku fikrah dan menghafal Quran


Ya
Benar sesetengah berkata
"Aku dah buat sehabis baik dan semampu mungkin. Tidak mungkin untuk kita memaksa diri melebihi keupayaan"
Tidak mungkin dia dapat buat sesuatu yang diluar kemampuan dia
Melainkan dengan bantuan Allah


Tapi
Bagaimana dia tahu dia dah buat sehabis baik
Dah buat sedaya upaya
Sedangkan dia selalu sahaja bermalas-malasan, bermanja-manjaan
Memenuhi kehendak diri, memenangkan kepuasan diri!
Tidur mesti 6 jam, kalau terkurang nanti mengantuk dalam kuliah, kalau terlebih halal
Peti ais mesti selalu penuh supaya nanti tak kelaparan, 
   sedangkan makanan yang dahulunya tak habis pun lagi
Internet mesti buka setiap hari supaya selalu update dengan keadaan semasa, 
   sedangkan yang dibuka selalunya tak membantu dia untuk update dengan keadaan semasa pun


Dia itu sahaja memberi alasan.
Boleh tak dia berhenti memberi alasan?
Berapa banyak dah program, daurah, qiyam, pertemuan-pertemuan dia pergi
Adakah dia masih hendak berada di situ lagi?
Ah, mungkin inilah yang terbaik bagi dia buat masa ini..susunan Allah
Masa itu bukan milik kita..


Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. 

Mereka berkata: “Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?” 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)”. 

Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. 

Mereka berkata (sesama sendiri): “Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?” 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing”. 

Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu

Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

[Ali Imran, 154]

Kisah ketika perang Uhud, sesetengah kaum muslimin yang masih ragu-ragu dengan kekalahan yang  Allah berkata, “Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?” Kemudian Rasulullah menolak alasan mereka dengan mengatakan, “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing”. Itu hanyalah alasan mereka dan mereka hanyalah menduga-duga. Rasulullah berkata lagi, apa yang berlaku itu dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada mereka. Mereka membuat salah, Allah bagi peringatan terus.. Kita? Ambillah pengajaran daripada kisah dahulu~



Ya Allah.....sahhil umuruna, tohhir qulubuna, isyrah sudurana~


p/s: dia merujuk kepada 'saya@umairah'

Tuesday 13 July 2010

Gambar~

Ok, saya macam dah tak de kerja melayan tag orang. Tapi tak pe, kali ini bagi can la kat Adlin. Sesekali melepaskan rindu dengan mengetag orang kan~ :D

Go to y0ur ph0t0 file, select the 8th f0lder.


Select the 8th ph0t0 in that album.

Tiada gambar ke-8. Saya tanya kepada si pengetag. Dia kata, ambil the last photo. Ok~




Ini dia gambarnya. Skema tak? Buat folder ni waktu kursus persediaan ke Timur Tengah di INTEC, Shah Alam. Ada buat assignment, jadi memerlukan logo UITM. Sampai sekarang maish tersimpan rapi di laptop, mana tahu satu hari nanti diperlukan lagi. Oh, pengalaman di INTEC sedikit sebanyak mendewasakan saya =p....

1) Belajar naik bas pagi-pagi ke sekolah. Waktu sekolah rendah tak naik bas, kami adik-beradik bonceng basikal. Pernah sekali, saya naik basikal dengan abang no.2, tiba-tiba terlalu dikawasan anjing. Abang cepat-cepat berhentikan basikal, jatuhkan basikal di tepi jalan dan ajak saya lintas jalan sebab takut dengan anjing. Bila dah sampai di jalan seberang, abang tanya "Mana beg abang?". Saya jawab, "Kat sanalah..mana sempat nak ambil tadi". Pastu abang bengang, dia marah-marah sebab saya tinggalkan beg dia kat basikal sedangkan anjing tu tak buat apa-apa pun. haha..Waktu di sekolah menengah tak naik apa-apa, jalan kaki sebab dah duduk asrama. Jadi, di INTEC lah belajar naik basikal pagi-pagi ke sekolah, beratur panjang-panjang nak naik bas, lagi-lagi kalau hujan..

2) Pertama kali duduk di bandar. Rumah saya memang di kampung, ada reban ayam, kebun dan semua tu. Sekolah menengah di SBP Integrasi Jempol, masih dikampung, di mana destinasi outingnya Batu Kikir atau kalau nak maju sikit, Bahau. Itupun hanyalah pekan. Jadi di INTEC, saya macam ayam terlepas dari reban.

3) Belajar untuk belajar dengan rajinnya sebab serumah dengan Izzati pudin di Kolej Cemara. Rajin sangat si Izzati belajar waktu di INTEC, stay up sampai kol 2 pagi. Saya pun dapat lah sikit-sikit penangan rajinnya :)

4)Dll...

Dikesempatan ini (mcm hari raya=.="), saya nak kongsi satu gambar waktu summer break hari tu. Kami ambil flight Amman direct ke Madrid, menerbangi atas Jerusalem. Ketika kapal terbang di atas bumi itu, ada dengar announcement cakap bahawa kami sedang melepasi Jerusalem. Semua yang ada dalam plane menjenguk ke luar. Saya juga tak melepaskan rezeki ini dan hanya sempat mengambil gambar apabila plane sudah berada agak jauh dari Jerusalem. Bumi Isra' itu menanti kita.
















Cuba cari Kubah Sakhra' sebab Kubah Sakhra' yang paling senang dicari, warna emas. Disitu ialah Masjidil Aqsa! 







Jemput baca entry saya dahulu kala tentang Palestin DI SINI. Syukran~



Friday 9 July 2010

Inni Akhafullaha Rabbal Alamin

Stesen Keretapi Madinah Rabat

Lebih kurang jam 5.00 ptg, mereka sampai di Tanger setelah menaiki feri daripada Algeciras, Spain untuk memasuki Maghrib atau nama lainnya Morocco. Tanger merupakan salah satu bandar di Morocco yang berada dipesisir pantai bersebelahan Selat Gibraltar, selat yang mana Tariq bin Ziyad bersama tentera pengintipnya seramai 12 000 orang lintasi untuk sampai ke tanah milik Raja Roderik, Andalus. Sampai sahaja mereka di pusat bandar Tanger itu, 2 orang pak cik teksi menghulurkan bantuan untuk membawa kami ke destinasi pilihan kami. Marianis yang merupakan salah seorang ahli kembara itu mudah sahaja menerima ajakan pak cik tersebut.

Dia merasa tidak sedap hati, " Kenapa pak cik ni macam pelik eh? Ah, su'uzzon pula kamu di sini!", monolognya sekadar untuk menyedapkan hati.

Mereka ingin meneruskan perjalanan ke Stesen Keretapi Tanger, kemudian mengambil tiket train ke Rabat, ibu negara Maghrib di mana kawan-kawan malizi mereka sudah tunggu.

"Berapa pak cik teksi ni minta?", dia bertanya kepada Marianis. Sahabat-sahabat kembara yang lain juga memandang ke arah Marianis menunggu jawapan.

"60 Dirham"

"Ha? Mahalnya... Cuba tanya Kak Shira harga standard naik teksi ke stesen keretapi berapa..", dia tidak puas hati terus meminta Marianis menghubungi kawan Rabat kami yang sedang membuat research tentang 'akta penjagaan kanak-kanak buangan' di Maghrib. Sementara itu, pak cik teksi sudah memaksa mereka untuk menaiki teksinya secepat mungkin supaya tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas. Mereka pun naik dalam keadaan terpaksa memandangkan beg-beg mereka semuanya sudah disumbatkan dalam bonet teksi oleh pak cik tersebut.

"Kak Shira kata, selalunya kena bayar 20 ke 30 Dirham je..lagi pun tempat yang kita bakal pergi ni tak de lah jauh sangat..", Marianis memaklumkan sms balasan daripada kawan Rabat kami itu.

"Adeh, double dia amek..."

Dalam perjalanan ke Stesen Keretapi itu puas mereka meminta kurang tetapi tidak berjaya. Dah lah muka nampak macam foreigner, bahasa Arab pula terkontang-kanting...

Selepas 5 minit perjalanan, mereka sampai di stesen tersebut. Mereka semua cepat-cepat keluar dan mengeluarkan beg mereka daripada bonet.

Raihana, si setiausaha kembara kali ini memujuknya supaya meminta kurang lagi sewa teksi tersebut. Ahli kembara yang lain juga berkeras tidak mahu bayar jika pak cik tersebut mengenakan 60 Dirham ke atas mereka.
"Pak cik, kami ini student dan tetamu kamu..raikanlah kami..."

"Saya tak mampu, paling akhir saya boleh kasi 50 Dirham, ini harga biasa, bukannya saya sengaja tinggikan!", dengan muka tak bersalah pak cik itu membalas.

Setelah habis mengeluarkan segala perkataan yang ada dalam otaknya, ditambah tiada modal dan takut diapa-apakan oleh pak cik tersebut, dia bersuara,
"Dah lah..malas nak layan pak cik ini lagi. Kalau dia dah tamak sangat dengan duit, memang tak dapat den nak nolong. Siapa yang tak nak bayar tak pe, biar saya yang bayar lebih".

Akhirnya semua pakat bayar 50 Dirham. Duit dikumpulkan dan diberi kepada pak cik teksi tersebut. Dia yang dipertanggungjawabkan menghulurkan duit berkata kepada pak cik penipu itu,
"Takutlah kepada Allah!"

"Ohh, takutlah kepada Allah..saya solat kamu tahu tak? Kat dahi saya ini ada tanda, nampak tak tanda ini? Saya ini pun muslim juga!", pak cik teksi itu membalas dengan nada yang keras dan menyindir sambil menunjukkan tanda hitam di dahinya.

"Kami juga muslim! Dah, jomlah kawan-kawan..", dia mengajak sahabat kembaranya masuk ke dalam Stesen Keretapi Tanger. Baru beberapa langkah daripada teksi terbut, mereka terdengar bunyi sesuatu dilanggar. Teksi yang mereka naiki sebentar tadi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Teksi tersebut rosak dan tidak dapat bergerak. Pak cik teksi tadi cepat-cepat keluar dan memaki hamun si pemandu kereta. Dia dan sahabat-sahabat lain terpana. Cepat sungguh balasan Allah terhadap perbuatan jahatnya. Istighfar cepat-cepat dituturkan dibibir masing-masing.

"Dah lah kawan-kawan. Itu urusan dia dengan Allah"

Stesen Keretapi Tanger menyaksikan air matanya gugur kerana takutkan Allah. Dia takut dengan kata-katanya tadi, "Takutlah kepada Allah!". Kisah si Habil dan Qabil Surah Ma'idah, ayat 27 hingga 30 mengingatkannya terhadap tazkirah 'Inni Akhafullah..Sesungguhnya aku takutkan Allah..'


وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
[27]

لَئِن بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ ۖ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;
[28]

إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ۚ وَذَ‌ٰلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ

“Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim”.
[29]

فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
[30]

p/s: Entry ini hanya sebagai tazkirah untuk semua, bukan untuk memburuk-burukkan sesiapa. Mana yang baik itu ambillah sebagai teladan, mana yang buruk itu jadikanlah sebagai sempadan.