Malam itu dia mendengar 'lecture' Ya Ayyuha Syabab, risalah yang paling digemarinya. Sambil tersenyum-senyum dengan lawak beliau, dia tersentak pada satu minit, "Jika kita tidak menambah sesuatu kepada dunia, kita hanyalah barang lebihan daripada dunia, barang lebihan yang sepatutnya atau lebih layak dibuang daripada disimpan. Hanya menyusahkan TNB, memeningkan kepada Jabatan Air lebih-lebih lagi di Jordan, membazir beras, menyempitkan ruang dan berbagai-bagai lagi bebanan."
Menggigil sebentar, apa yang telah dia sumbangkan untuk dunia, khususnya dunia Islam? Orang kata, sumbanglah walaupun sedikit, walau di mana jua lebih-lebih lagi dalam bidang yang anda ceburi. Fikirlah sesuatu untuk ummat Islam, dia tidak mahu hanya menjadi si penyaksi, dia mahu menjadi si penyumbang. Jika hidupnya untuk diri sendiri, lebih layak untuknay tidak duduk di atas bumi ini. Mereka yang lain juga tidak memerlukannya.
Si 'mayyit' itu langsung tidak berbuat apa-apa,
Melihat tidak, mendengar tidak, bercakap tidak,
Bergerak apatah lagi,
Tinggal jasadnya terbaring di satu sudut dunia.
Si 'syibih mayyit' itu pula nyawa-nyawa ikan,
Berada di dua alam,
Perlu ada yang mengangkat jika ingin bergerak,
Entah hidup, entah mati.
Si 'mutaharrik' pula kerap mendengar dan melihat,
Diketuk bergeraklah dia,
Didiamkan pula kembali melihat dan mendengar,
Namun masih menyumbang untuk menjadi penyokong.
Si 'muharrik' itu yang kita perlukan,
Dia bergerak mengejutkan mereka yang mati hati lantas akalnya,
Ke arah melaksanakan tujuan hidup mencapai ahdaf,
Bergerak bersama tentera-tentera yang lain.
Dia yang mana satu agaknya. Ah sudahlah berkata-kata mahupun menulis, mula beramal!
Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka
akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin
mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang
ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. [ISHAB]
**********************************************************************
Imtihan dah nak dekat, less than a week. Sila tarkiz (fokus). Aha, ayat berbelit. Bukan bermaksud belajar untuk exam, tapi exam untuk memperbaiki mana-mana kelemahan dalam ilmu. Tarbiyyah bil ahdaf, study juga perlu matlamat dan target bukan?
Allahu yuftah alaina, Ameeennn :))
Bilik Hanin,
Bayt Muriyaat.