Saturday, 22 March 2014

Mengikut nilaian-Nya

Terkadang Allah jadikan peristiwa-peristiwa dalam hidup untuk mentarbiyah kita. 


Melihat bagaimana kita merespon dalam perkara yang kita tak pernah buat ataupun kurang suka, melihat bagaimana kita menilai dalam membuat keputusan atas pilihan-pilihan dalam hidup, melihat bagaimana akhlak kita apabila bertemu dengan manusia yang lain caranya daripada kita, melihat bagaimana kita bermuamalah dengan manusia sekeliling kita di kedai, pesakit di hospital, makcik tepi jalan yang sedang bawa barang berat, makcik pakcik yang tolong cuci tandas di hospital dan macam-macam lagi. 


Bukan terkadang, memang selalunya. Semua itu dalam kerangka tarbiyah-Nya "Li yabluwakum ayyukum ahsanu a'mala" dalam Surah al-Mulk, ayat kedua. Untuk menguji kamu, siapakah di antara kami yang lebih baik amalnya. 


Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang merespon, menilai, bermuamalah, membuat keputusan dan apa jua amalan mengikut neraca-Nya, mengikut nilaian-Nya. 


Allahummahdina, wahdi bina, wahdinnaasa jami'a..


p/s: 22 Mac, memperingat syahidnya Syeikh Ahmad Yassin..



Friday, 21 March 2014

Kesusahan dan kesedihan

Terlintas pada satu ayat Quran ketika berODOJ baru-baru ni..

Innama asyku baththi wa huzni ilallah..[12:86]

Seperti biasa dan sudah tentunya, kita takkan pernah kecewa/sedih/apa jua ketidaksenangan apabila kita percaya pada Allah kan? 

Kerana.."Aku menurut sangkaan hamba-Ku". Kalau kita rasa Allah akan bantu kita, maka yakinlah Allah pasti akan bantu kita. Maka begitu juga sebaliknya, tetapi rahmat-Nya selalu mendahului..

Innama asyku baththi wa huzni illallah..Apalah sangat kesusahan dan kesedihan kita yang hanya berlegar dalam keperluan hidup kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang kematian anak, ibu, ayah, keluarga kerana dibunuh tentera tidak berperikemanusiaan. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kesusahan mereka yang dimasukkan di dalam penjara tanpa sebab kemudian dilayan seperti bukan manusia dan diancam dengan ancaman bunuh dalam penjara. Hmm apalah sangat kan..