Wednesday, 25 November 2009

ade ape dgn esok??

BismillahirRahmanirRahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga baginda, dan semua yang mengikut jejak langkah baginda!

Saya nak mulakan post kali ini dgn sebaris firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rahman yang banyak diulang. Sehinggakan adik yg baru berumur 5 tahun jika diminta utk membaca Surah tu insyaAllah senang je nak hafal ayat tu.ape ayatnya (ek)??

Maksudnya:Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

hmm,byk kan ayat ni diulang2 dlm Surah ar-Rahman?ape mksudnya tu?saya bukanlah hendak mentafsir tp cukuplah kita memahami bahawa ini adalah sindiran Allah yang mana hamba-Nya selalu lalai dlm mensyukuri nikmat-Nya.terlalu byk nikmat yg Allah kurniakan sama ada nikmat yg berterusan ataupun yg datang hanya sekali sekala.cthnya nikmat pancaindera penglihatan,pendengaran,pembauan(ade ke perkataan ni??uh),sentuhan dan rasa.bukan semua org ade nikmat ni sempurna!jadi mereka2 yang ada nikmat yg pancaindera yang sempurna ni,ke mana kita gunakan selama ni nikmat2 ini??

dgn mata,kita melihat sesuatu yang x sepatutnya kita lihat.cthnye:jejalan kat syari' jamiah,mata pon rambang la tgok syabab arab yg kacak bagai tu..xde manenye pon,itu hanya dunia.uh..

dgn telinga,kita dengar mende2 yang x sepatutnya kita dgar.cthnya:dgar org mengumpat sebelah kita,tp alhamdulillah org tu x perasan kita dgar.pastu kite pon syok la monolog 'ohh..dorg mengumpat si pulan..cmtu cternye,ish,keji btol si pulan tuh..uh!'..adeh,adeh lak bile mngingatkan ttg byknye dosa kita.bersihkan hati~

dan macam2 lagilah.jika nak dikira berapa byk dosa yg kita buat,mungkin dah infiniti.dah x mampu nak dikira.saya pernah baca dalam buku 'Qalam min al-Qalb' hasil tulisan Amr Khaleed.pakcik amru ni dy cter ade seorang tabiin(xclap la),dia sedang mengira-ngira berapa banyak dosa yang telah dia lakukan.setelah dikira-kira akhirnya dapatlah sejumlah 20 000 dosa!!!byk kan??ni tabiin,jaraknya dgn Rasulullah sgt lah rapat.cuba bandingkan dgn kita??!kemudian tabiin ni pun berbicara,'adakah aku akan menghadap Tuhanku dengan memikul beribu-ribu dosa ini??'...(istighfar~~~)

jadi mungkin salah satu cara kita nak mensyukuri nikmat Allah adalah dgn~~~~jeng3!!!

PUASA SUNAT

soklan cepumas!

1)esok berapa haribulan masihi?(kacang rebus je ni...)

2)esok berapa haribulan hijrah?(tahun ni ke berapa hijrah ek??)

3)esok hari apa?(esok cuti sudah~~~kullu am wa antum bikhair!)

4)ape nak buat esok?marathon drama ke?(baca buku la..slaidat + lecture notes menimbun x bace-.-")


ada yang lebih penting dalam diari hidup seorang muslim+mukmin utk hari esok!sgt sedih bg mereka yang lupa bahawa esok adalah 9 Zulhijjah 1430H yang membawa maksud esok adalah HARI ARAFAH!

jadi ape yang istimewanya HARI ARAFAH ni?

Mari berkenal-kenalan ngn hari arafah ni..

hari arafah ni adalah hari ke (7/8/9) Zulhijjah?tentulah jawapannya adalah ke-9 Zulhijjah.(sila gariskan pada jawapan yg betul~~).istimewanya hari arafah ni telah dicatatkan pd hadith Rasulullah S.A.W. di bawah:

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?

- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi

Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi-

jadi,bagi mereka-mereka yang diberikan rezeki utk menunaikan haji,pada hari ini mereka diwajibkan berada di padang Arafah utk wuquf di sana.jadi bagi kita-kita yang tidak berpeluang@belum sampai rezeki utk menunaikan haji,apa yang boleh kita buat utk mengalu-alukan hari yang disukai oleh Allah ni?


Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

haa..Rasullah S.A.W sgt menggemari utk berpuasa pada hari Arafah ni.jadi,kita nak ikut x Rasulullah?kan Rasulullah Qudwahku!apa lagi, jom(33x) kita berpuasa esok. puasa ni dinamakan PUASA SUNAT HARI ARAFAH!!

kenapa mesti berpuasa?

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -


erm,saya jumpa satu lg hadith yg lebih kurang same.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Qatadah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud " Puasa Hari Arafah menebus dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya. Dan Puasa Asyura' itu pula menebus dosa setahun sebelumnya".

tidak semestinya berpuasa.selain itu kita juga digalakkan untuk memohon keampunan, memperbaharui taubat, berzikir, bertakbir bermula Subuh esok dah berakhir pada waktu asar hari terakhir tasyrik dan berbagai lg ibadah2~

jadi,saya nak meng'quote' kata-kata ustaz yusrizal dlm ceramah td.'rugilah bagi mereka yang x nak rebut pahala yang Allah nak bg free byk2 esok!'.(iras2 kata ustaz yusrizal.hee)

sila ambil peluang keemasan ni.sekali setahun je,bak kata ustaz yusrizal td,datangnya ia bermusim.cuba kita bayangkan buah durian yg datangnya ikut musim.ketika itulah sibuk kita nak makan banyak-banyak sbb musim lain dah jadi buah lain,duri dia dah x tajam,jadi buah rambutan pulak(ni omongan kosong~).bila dah habis musim durian,kita pun sibuklah mencari-cari buah durian,siap yang mengidam pon ada.kan ke susah nak cari??

Samalah jika kita analogikan dgn kebaikan+istimewanya+pahala Hari Arafah ni.dia datang bermusim.Allah ampunkan dosa hamba-hamba-Nya.cuba bayangkan buah durian yang sedap tu+org kata durian tembaga sedap??bayangkan kesedapan buah durian itu adalah manfaat kita dapat drpd Hari Arafah ini.(mcm nak ajar budak tadika~).bukan setakat pahala yang kita nak kejar tetapi apa yang kita nak kejar adalah pengorbanan.kita berkorban drpd makan sarapan,kita tahan diri drpd mkn tengahhari,kita tolak jauh-jauh perkara maksiat.itu semua terkandung di dalam dua subjek iaitu:

1)Sabar
2)Mujahadah

yang datangnya seiringan,bergandingan!apa yang kita nak?? kita mahukan semangat ALLAHU AKBAR menyelusup dalam diri.(iras2 kata ust yusrizal!)

ohh,saya ulang hadith di atas:

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?

- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai’e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi

jadi,tanpa membuang masa, saya berserta barisan ajk Pembangunan Rohani PERMAI melancarkan puasa sunat Arafah SePERMAI esok!!tanpa membuang masa juga,jom kita niat puasa esok, utk puasa sunat Arafah+puasa sunat hari khamis.haa..pahala berganda2,x nak ke???

nawaitu, sauma ghadin..lalalala~(lagu dak2 kecik,pemikiran belum smpai mahasiswa ke?)(-.-")

mungkinkah kali ini adalah aidiladha terakhir kita.sama-sama kita muhasabah.gandakan muhasabah,gandakan amal,gandakan iman..

wallahu a'lam..


Saturday, 21 November 2009

jom lembutkan hati~

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan salam sejahtera kepada semua yang mengikuti baginda





Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."



Sunday, 8 November 2009

bersalaman

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W dan salam sejahtera kepada semua yang mengikuti baginda..

"Sesungguhnya seorang mukmin apabila berjumpa seorang mukmin, lalu dia memberi salam kepadanya serta berjabat tangan dengannya maka gugurlah dosa-dosa seperti gugurnya daun yang kering." (Hadis diriwayatkan oleh Iman At-Tabarani).

baru-baru saya selalu terfikir pasal hadith ni.dah lama dengar baru sekarang nak fikir.ape daa..alhamdulillah dapat hidayah,kalau tak sia-sia siapa yang pernah bagi saya tazkirah pasal hadith ni.

apa yang saya fikir:

yang pertama..ohh,selama ni kalau terjumpa kawan-kawan pastu bersalam-salaman tu kan sunnah Rasulullah..tapi sebelum ni tak terfikir lak yang bersalam-salaman tu sunnah Rasulullah..jadi ape agaknya niat saya sebelum ni kalau jumpe orang+salam2 tu ek?adakah sebab 'orang dah hulur tgn nak salam,salam je la!(maklumlah femes..cis!)'..x betul tu..

hmm..fikir punya fikir..akhirnya sedarlah saya bahawa 'ish jahilnya aku sbelum ni..ntah2 apa yang aku buat tu hanyalah riak-.-"..dosa+syirik kecil di sisi Allah..bertaubat la sebelum terlambat..'

yang kedua..saya merupakan salah seorang yang malas salam kalau terjumpa org..tapi senyum+bagi salam insyaAllah x lupe..bersalam-salaman ni agak malas(sedikit~).kadang2 tu bukannya apa,cume mungkin lupa kot..syok sangat berborak+gosip..sedangkan sunnah Rasulullah,kalau jumpe kawan2,bersalaman+dapat diampunkan lagi dosa..

ni jela tazkirah ari ni.selamat beramal~

*cakap banyak pon kalau x buat,x de maknanya~
*tepuk tgn~