dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga baginda sahabat-sahabat baginda dan semua yang mengikut baginda..sollu alan nabiyy~!
hari ini tiada apa yang istimewa.betul ke?
bermula pagi,saya dah buat dosa.apa dosanya hanya Allah dan saya yang tahu.malu saya untuk tulis disini.pagi itu juga saya mula muhasabah dgn dosa yang banyak.betapa keras hati.antara tanda iman seseorang itu lemah adalah MALAS atau suka MELEWAT-LEWATKAN sesuatu ibadah.jadi kesimpulannya,kalau Allah dah detikkan kat hati untuk membuat sesuatu kebaikan,jgn malas atau melewat-lewatkannya,takut nanti Allah palingkan terus dari-Nya.setuju semua?
kemudian,pagi tadi saya tengok kawan-kawan jordan punya status ym,ramai yang kagum dengan keadaan kat luar sana.BERKABUS.saya pun terus bersemngat membuka tirai tingkat utk melihat kabus tersebut.subhanallah.keadaan memang sangat tenang.sesuai utk mereka yang mencari-cari ketenangan.istimewanya kabus bagi saya ialah ianya berwarna putih+biru2 jernih.macam awan di langit.damaikan memandang awan dilangit?kul SUBHANALLAH~
kemudian dapat satu link video dr utube.dapat dari farhana.thanx fana.pepagi lagi dia dah bagi peringatan.video tu ttg kematian.ttg pertanyaan di alam kubur nanti.sgt sedih lah bagi mereka yang di soal oleh malaikat,tidak mampu menjawab dan hanya mampu menjawab 'TIDAKKKKKKK'..so,kita ni tergolong dalam golongan yang man?yang mampu menjawab pertanyaan malaikat dgn lancar atau x?"dari lisan yang jarang menyebut asma-Nya..dari ibadah yang sering anda remehkan..serta sunnah rasul yang anda abaikan."
kemudian,pagi-pagi lagi saya dah tetapkan matlamat: 'hari ini x nak lambat pergi kelas tafaqquh lagi!'.bayangkan pada setiap minggu sebelum ini,kelas tafaqquh bermula pukul 8 pagi,tapi saya datang pukul 8.30 pagi.terserlah keselebetannya sedangkan rumah dan masjid taal (tempat tafaqquh) hanya 5 minit berjalan kaki.jadi dgn matlamat yang baru itu pun,saya pun bersiaplah nak pergi awal.alhamdulillah sampai awal dari minggu sebelumnya.pukul 8.05 pagi x silap.tp ketika itu,ust mahadi(ust yang bagi tafaqquh) dah sampai tapi belum mulakan lagi tafaqquh itu.lepas 5 minit barulah ust mahadi memulakan tafaqquhnya.apa tafaqquh?erm,kelas fiqh ibadah.cthnya:taharah,solat,puasa,haji,zakat dan lain-lain.nampak macam simple,tapi apa yang dapat lebih dari simple. nak tahu ape yang lebih dari simple tu?ha..pergilah sendiri.baru kamu semua tahu,ibadah bukannya boleh buat leceh-leceh.
ada certain manusia,dia buat perkara furu' tapi tinggalkan perkara asas.cthnya(ini hanya cth,tiada kena mengena dgn yang hidup atau mati):saya keluar berdakwah kat umah si fulanah,ke sana,ke sini.tapi saya beribadah cth solat pun tak terjaga.perkara rukun,ada yang tidak sempurna,perkara sunat ada yang saya lupakan.saya tidak kata berdakwah itu perkara furu' tapi cuba bandingkan solat dan dakwah, mana yang lebih penting?semoga kita semua tergolong dalam mereka yang seimbang dalam semua perkara.
kemudian,balik dari tafaqquh,ym saya dah penuh dgn broadcasted IM mengatakan ustaz arman,pegawai atase pendidikan di malaysian student department JORDAN sudah meninggal dunia.al-fatihah.hmm..sesuai dgn dosa yang baru saya buat pagi tadi,alhamdulillah Allah bagi saya satu lg peringatan ttg kematian ini.saidina Ali R.A pernah berkata : 'cukuplah mati sebagai tazkirah buatku sepanjang hidup'.malaikat maut cabut nyawa kita bila-bila sahaja.bukan waktu dah tua nanti sahaja.berapa ramai manusia yang mati pada waktu kecil?berapa ramai manusia yang mati pada umurnya sebaya dgn saya?baru-baru ni,baca surat khabar ttg tragedi di KB mall.berapa umur mereka yang mati di tempat kejadian?ada yang 24 thn,ada juga yang sebaya ngn saya (19 thn).takut kan bila fikirkan ttg kematian.dgn amal yang sedikit.dgn dosa yang menimbun kita nak menghadap Allah begitukah?nauzubillahi min zalik.
bagitulah sedikit sebanyak yang saya dapat daripada hari ini.hari ini sgt istimewa.hari-hari lain pun sebenarnya istimewa jika hati kita tidak lalai daripada mengingati ALLAH.jadi,utk menjadikan hari-hari akan datang lebih istimewa,jom kita mengingati ALLAH.bukankan dgn mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang??
p/s:maaf,post kali ini bersifat peribadi.agak poyo sedikit =)
wassalam~
No comments:
Post a Comment