Sunday, 28 March 2010

Fataha

Dia dapat rasakan Qalbnya seperti ditutup. Dihijab katanya. Ditutup daripada menghambakan diri kepada al-Fattah, ditutup daripada mensyukuri nikmat Allah, ditutup daripada melakukan kebaikan, ditutup daripada membaca ayat-ayat suci al-Quran, ditutup daripada mencintai Rasulullah S.A.W dan ditutp dari segala-galanya. Dosanya menghijab Qalbnya dari semua itu. Dia merasa gelisah.

Dan ketahuilah Allah mendinding antara manusia dan Qalbnya. [al-Anfal,24]

Sesiapa yang menyedari Allah itu adalah Penghampar semua sebab, Pembuka semua pintu; fikirannya tidak mungkin akan mengarah kepada yang selain-Nya, Qalbnya tidak akan disibukkan kecuali oleh penantian terbukanya pintu dan terhamparnya jalan, bahkan sekalipun ia mengalami cubaan, cubaan itu akan menambah kedekatan dan kepercayaannya kepada-Nya.
-Imam Qusyairi-


Dia tahu Imam Ghazali berpendirian bahawa Qalb adalah salah satu cara bagi memperolehi pengetahuan. Ilmu-ilmu medic yang dia dapati dari jami'ahnya hanya masuk ke telinga kanan dan kiri, kemudian masuk otan, neuron bercambah-cambah supaya ingatan itu kekal. Dah. Sampai situ sahaja. Langsung tidak dia kaitankan dengan kekuasaan Allah. Ilmu itu dalah nur dan tidak akan memasuki Qalb yang kotor.

Dia tahu Imam Ghazali, seorang ulama' sufi pernah menganalogikan Qalb dengan sebuah kolam.

" Kalau kita membayangkan satu kolam yang digali di tanah, maka untuk mengisinya dapat dilakukan dengan mengalirkan air dari atas ke dalam kolam itu. Tetapi biasa juga dengan menggali dan menyisihkan tanah yang menutupi mata air. Jika itu(the latter) dilakukan, maka air akan mengalir dari bawah ke atas bagi memenuhi kolam, dan air itu jauh lebih jernih dari air sungai yang mengalir dari atas. Kolam adalah Qalb, air adalah pengetahuan, sungai adalah pancaindera dan eksperimen. Sungai (pancaindera) dapat dibendung atau ditutup, selagi tanah yang berada dikolam (Qalb) dibersihkan agar air (pengetahuan) dari mata air memancar ke atas (kolam) . "

Dia berdoa semoga Qalbnya dibuka oleh al-Fattah supaya rajin beribadah, ringan melakukan kebaikan dan bersih dari segala kotoran. Supaya dia mendapat ketenangan. Jom kita bina hati baru dengan memadam segala kotoran-kotoran hitam!



ANALOGI: Antara CardioVascular System dan Qalb

Heart y3ne jantung in malayuwiyeh(ape campur2 base nih!) merupakan satu-satunya organ dalam sistem peredaran darah@CVS yang mana fungsi utama beliau adalah mengepam darah keseluruhan badan untuk mengimport oksigen+nutrient kepada tisu-tisu seluruh badan yang didapati daripada sistem pernafasan dan mengeksport karbon dioksida+bahan-bahan kotor daripada tisu-tisu seluruh badan ke luar y3ne ke udaralah! (uhuk!pencemaran manusia. tapi jgn risau, pokok dah ambil tugas utk membersihkan atmosphere). Betapa baiknya jantung ini, sehinggakan apabila berlaku keadaan 'high oxygen demand', beliau akan meninggikan Heart Rate x Stroke Volume yang mane kedua-duanya berkadar langsung terhadap Cardiac Output.

Jantung mengepam darah secara automatiknya daripada sinoatrial node. <---- dia ni dapat stimulus dari sympathetic activity, y3ne daripada brain lah kan..

Tetapi beliau mempunyai satu keburukan(xde la buruk sgt, memang hak die kot ^^,). Dalam sistem peredaran darah atau lebih tepat 'Systemic Ciculation', peredaran darah yang membawa kandungan oksigen yang tinggi, jantung merupakan organ pertama yang mendapat bekalan ini y3ne daripada coronary artery. Ok, berhentilah sampai sini tentang CVS. panjang lagi ceritanya. Tak habislah analoginya nanti!

Hakim Tarmizi mengatakan Qalb adalah pusat utk semua perasaan, pengenalan dan emosi di dalam badan manusia. Peranan Qalb bersifat automatik, dapat menyerap segala bentuk emosi yang ada, dan apabila terdetik di dalamnya sebuah aliran perasaan, lalu secara langsung akan dipancarkan ke seluruh tubuh. Qalb ibarat satu titik yang dapat memancarkan segala bentuk aliran yang bermacam-macam bentuk ke seluruh tubuh manusia. Atau seperti sebuah pintu, dimana segala bentuk aliran memasukinya dan keluar dari pintu ini menuju ke seluruh anggota tubuh. (pening2..neno..neno..bace balik bagi faham, ape kaitannye dengan heart yg sye sebut di atas =p)

p/s: al-Fattah berasal dari fataha yang bermaksuh 'tidak tertutup'. Dalam lughah ammiyah urduniyyah, bocor = fathah.
p/s: dia sengaja mengada-ngada nak tulis 'y3ne' byk2 dalam post ni =p

No comments: