Friday 21 May 2010

Tadharra3, pergantungan kepada Allah.



وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. [14:11]

Kamu tahu mengapa Rasulullah dilahirkan dalam keadaan yatim piatu?

Pertama, supaya tiada sesiapa yang boleh menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi Muhammad (sollu alan nabiyy) adalah dapat ilham mahupun didikan daripada ibu dan ayah baginda. Dan kemudian apabila baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutallib, sekejap sahaja tempoh penjagaan datuknya [ambil perhatian di sini bahawa Abdul Mutalib adalah orang yang terkemuka di kalangan kaumnya, yang menjaga soal makanan dan minuman jamaah haji pada waktu tersebut]. Apabila dijaga oleh ayah saudara baginda pula, hikmah Allah dengan penolakan dan keengganan Abu Talib utk tidak memasuki Islam supaya tiada sesiapa dapat mengesyaki bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan penting dalam usaha dakwah Rasulullah. Subahnallah. Kemudian, anak-anak lelaki Rasulullah semuanya meninggal dunia semasa kecil. Hikmahnya? Kerana Rasulullah membawa agama bukan kerana keturunan, tetapi kerana baginda adalah pesuruh Allah.

Kedua, Rasulullah telah dididik daripada kecil supaya hidup berdikari dan tidak dimanjai. Dijauhkan daripada kemewahan supaya tidak timbul di hati baginda semangat kebendaan dan gilakan pangkat.

Ketiga, hikmah Allah apabila Rasulullah dilahirkan dalam keadaan yatim piatu supaya apabila Rasulullah berduka dan bersedih hati, tempat baginda untuk mengadu hanyalah Allah secara langsung. Tiada perantaraan. Bukan ibu bapa tempat baginda mengadu, sungguh cantik pengaturan Allah.

Jadi, yang saya hendak tekankan di sini adalah isi yang ketiga ini.

Apa yang kita selalu buat bila tidak dapat apa yang kita hendaki? Contohnya dapat markah rendah dalam peperiksaan.

Apa yang kita buat jika penat kerana banyak kerja?

Kita selalu mengadu terus kepada emak dan ayah mahupun kawan-kawan. Sedangkan kita lupa bahawa tempat pergantungan yang layak adalah Dia..!

Mintalah daripada Dia, rayulah hanya kepada Dia...

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [2:186]

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina. [40:60]

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). [43:67]

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [50:16]

Wahai, manusia..
Aku lihat hari ini ramai manusia yang kurang pergantungan kepada Allah..
Baru sedikit diuji, mahu terjun bangunan..mahu bunuh diri..
Serasa seperti ujian yang ditimpanya tidak mampu ditanggung..
Sedangkan sudah Allah tetapkan di dalam al-Quran bahawa "Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dengan kemampuannya.."
Adakah kamu tidak memikirkannya???

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras, dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. [6:43]



* Ini adalah entry disaat tiada semangat hendak belajar. Kononnya hendak luahkan perasaan kat ummi. Lepas tu, telefon ummi time Malaysia Maghrib, dah kompem2 x dilayan sebab waktu Maghrib pendek, ummi nak solat.. Lepas tu, terasa hati, ade ke patut? ish, manjanye kamu ni umairah!

3 comments:

dealova said...

exam.exam.exam.

no exam= save trees.
kan?
T_T

Little Caliph. said...

xde la save trees sgt..
ktorg kan exam online..
huhu

bittaufiq ye kamu..

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

bukanustazah said...

salam singgah (: