Dengan itu, setiap pekerja yang
ikhlas dari anda yang bekerja di jalan Islam akan mendapati balasan yang
memuaskan cita-cita nuraninya dan setimpal dengan masanya, jika ia benar-benar
termasuk ke dalam golongan pejuang-pejuang tulin.
Akan tetapi sebaliknya, jika anda
enggan dan terus menerus berdolak-dalik dan teragak-agak, atau masih
mencari-cari antara perjuangan bukan Islam sebenar yang telah ternyata gagal,
maka ketahuilah bahawa batalion tentera Allah akan terus mara tanpa
menghiraukan sama ada sedikit atau ramai dengan penuh yakin kepada firman Allah
(Al-Imran:126):
وما النصر الا من عند
الله العزيز الحكيم
Kemenangan itu hanyalah dari Allah
Maha Gagah lagi Bijaksana.
[Risalah Wahai Pemuda, ISHAB]
Selalu teringat kata-kata ini disaat hampir futur.
Mempunyai medan amal yang telah ditaklifkan jauh beratus kilo meter sana membuatkan saya pada awalnya bersemangat. Semangat pemudalah katakan. Pemuda itu sifatnya empat: Iman, Amal, Ikhlas dan Hammasah (semangat). Tetapi bila bertambah tanggungjawab di sana dan di sini, dengan iman yang kejap naik dan turun dan dengan pelajaran lagi, semangat itu semakin pudar. Kepada Dia jugalah saya mengharap supaya dithabatkan atas jalan-Nya.
Baru pulang dari medan amal yang telah ditaklifkan sebentar tadi, respon baik mereka di sana mengembalikan semangat saya. Maaf adik, bukan niat kakakmu ingin menafikan hak tarbiyyah kamu. Semoga kamu Allah jaga di sana. Allah jualah pemegang hati-hati.
Solun,
Bayt KK.
1 comment:
cepat pulang drpd mesir. mari berkongsi kata2 taujihat. murabbiah mantap nieh! :P
Post a Comment