baru-baru ini saya melihat terlalu banyak isu semasa yang memeranjatkan kita. yang pertama tentang utusan melayu yang memaparkan gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum, kemudian kita diperanjatkan dengan kehadiran seorang perempuan muslim yang membawa idea reformasi, irshad manji, kemudian sekali lagi kita tersentak dengan himpunan sejuta belia yang dihiasi dengan jihad dalam hiburan. kita penat bukan dengan isu-isu semasa begini. kita penat memarahi itu dan ini. kita akhirnya tertipu antara semangat dan iman.
kerana itu, kefahaman bahawa ummat kita sedang dalam ummat jahiliyyah akan menyebabkan kita lagi kencang beramal dan semangat ini atas dasarnya iman. bukan semangat yang berdasarkan isu-isu sahaja. jika begitu jadilah kerja kita hanya bermusim dan berisu. jika tiada isu, maka kita pun berhentilah bekerja dan beramal. begitukah?
kerja kita panjang lagi dan menuntut sepanjang masa bukan bermusim. orang kata dua puluh empat tujuh? ya, mari kita buktikan muslim dan daei juga 24/7 inshaallah.
fasabrun jameeel, wallahul musta3an :)
Dakwah itu adalah kehidupan kita, maka ia bukan lagi satu komitmen.
kerja kita bukan isu oriented. kerja kita sepanjang masa. waktu ade isu ke xde isu ke kita kena tetap dengan hammasah.
pelbagai isu berlegar sekarang ni, jadikanlah ia sebagai booster buat kita para duat.
buat para duat: teruslah bekerja. teruslah berdakwah. teruslah mentatbiyah diri dan manusia lainnya. teruskan. jangan ragu-ragu dengan janji Allah.
buat para pelaku jahiliyyah (ye, kita pun termasuk skali dlm golongan ini): teruskan lah juga dengan kerjaya anda tetapi di akhirat nanti jangan katakan perkataan sesal, ‘kalaulah aku dikembalikan semula ke dunia…’
wallahu a3lam
“Satu je kerja tiada cuti mingguan mahupun bulanan mahupun tahunan. Tiada gaji apatah lagi bonus raya dan tahunan. Tiada juga office hour. Iaitu kerja dalam syarikat dan madrasah dakwah dan tarbiyah. Be prepared!”
selamat bekerja semua orang :)
di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya). [al-Ahzab:23]
Wednesday, 30 May 2012
Friday, 4 May 2012
Dua puluh empat / Tujuh
pernah x rasa, kita tgh nak fokus study, x nak keluar umah sbb seminggu hari-hari kita dah penuh dgn berbagai agenda, jadi ingin memaksimumkan hujung minggu yang tetiba free ini utk study.
pastu tetbe seorang mad’u datang ke rumah dlm keadaan ceria. menekan loceng berkali-kali dan orang lain sepertinya tidak kedengaran (mungkin sdg fokus juga). dan kita pun melangkah longlai penuh tidak berperasaan membuka pintu walaupun dalam hati tahu je, tetamu datang membawa rahmat.
erk.
fenomena biasa bukan? tapi kita akan cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk menggerakkan otot muka dan mulut untuk terus menghadiahkan kepada mad’u tersebut satu senyuman yang paaaaaliiiiiiiiingggg indah.
ya, itulah dia 24/7 daei. tiada istilah waktu sekian dan sekian adalah untuk berdakwah, tapi waktu sekian dan sekian untuk belajar je sbb kan kita kata dakwah juga adalah study. (??)
الرحة لالرجال غفلة. -Abbas as-Sisi
sbb kita deal ngn manusia ye. kita bukan kena jadi khalifah untuk ilmu, tapi kena jadi khalifah untuk manusia. yes, indeed!
sepenuh cinta, Um U. Fillah :P

Hunger strike in Palestine. Ada sesiapa tahu?
Petang tadi, aku mendapat notification daripada seorang adik di FB inbox. Tanpa membuang masa, terus aku membukanya.
salaam k.um..
sy nak tnye sumthing yg sy rase k.um lbih arif ttg ni.
td sy bace pasal mogok lapar yg dibuat oleh tawanan palestin kt penjara israel..
soalan sy, adakah tindakan mogok lapar itu memberi kesan apa-apa kpd pihak israel?bukan dorg lg untung ke sbb takyah sediakan makanan.. pastu klu tawanan2 tu mogok lapar smpi maut bukan lg senang ke kerja dorg??tanam je..
sy xpaham ni..da lama dok pk..
hee.. :D jzkillah..
——————————————————————-
Jawapan saya:
Ya, mereka memang sedang menjalankan mogok lapar itu.
Jika dilihat secara luarannya, mogok lapar mmg akan menjadikan orang yg menahan tu lagi mudah, x perlu sediakan makanan, x perlu nak keluarkan duit utk diorg dll
Tapi kesannya yang mana apa yg org Palestin nak buat ini adalah, dengan mogoknya diorg akan menjadikan ramai org tertanya-tanya terutama wartawan, umat islam dan manusia kat dunia ni secara keseluruhannya. Dan akhirnya isu mogok lapar org Palestin akan tersebar ke seluruh dunia. kemudian, pasti ramai org akan tertanya-tanya, dan pada waktu inilah segala kekejaman israel terhadap Palestin akan terbongkar sedikit demi sedikit.
Ya, benar. Sungguh tidak ramai yang cakna isu ini. Jika ada yang cakna, ke mana mereka semua pergi? Hanya berdiam diri. Bukankah dulu kita pernah setuju, jika tidak mampu berjihad, paling kurang menyampaikan kepada yang tidak tahu dan berdoa untuk mereka.
Kemudian, pastinya seluruh dunia akan pelik, kenapa dah disuap makan, x nak makan. Dan israel pula selepas itu buat cerita bahawa mereka dah layan sebaiknya trrhadap rakyat Palestin.
Tapi still x kanlah dengan layanan yang baik ini, orang islam kat Palestin tu x terima jugak? Sbbnya mereka dah terima siksaan yang lebih teruk drpd x diberi makan ni. jadi mereka lebih rela x makan dan membuka mata orang kat luar.
tu yg pertama.
yang kedua: mungkin diorg rasa, dgn makan makanan yg disediakan israel, menjadikan mereka kene tunduk lagi tunduk pada israel. jadi x nak berhutang budi pada israel yang menjadi musuh mereka dan musuh islam secara keseluruhannya.
hmm, inilah hasil didikan tarbiyah kat palestin. akak yakin mereka bukan sengaja nak menzalimi diri mereka sendiri mahupun memberik keuntungan kpd pihak musuh.
ini hanya pandangan akak sbg salah seorang umat islam diluar palestin. tapi sayangnya x ramai yg cakna. kalau ada bacapun, x ramai yg nak sebarkan maklumat tersebut. (macam akk)
jzkk awk sbg muslim yg cakna n tanya kat akk. kalau x akk pun jadilah org yg mbaca, tapi x memberi tahu kat org (_ _!)
wallahu a3lam
semoga membantu :)
p/s: teringat kenangan di GMJ Jordan <3
p/s2: post drpd phone. sori kalau tetbe ade kecelaruan kat entry ni. hehe

Saturday, 31 March 2012
so called pre-jihad?
Ia satu pengalaman. Ya, pengalaman yang amat sukar untuk
dilupakan. Satu proses tarbiyah diri, mengukur keyakinan diri pada jalan tarbiyah,
dakwah dan jihad ini. “Al Jihadu Sabiluna”; kata-kata ini yang sering
dinyanyikan dengan penuh semangat, yang sering dipilih lagunya sebagai lagu
tema, akhirnya menjadi saksi buat kami; adakah ia benar akan dibuktikan dengan
amalan mahupun tidak.
Pengetahuan tentang Global March to Jerusalem (GM2J) ini
sampai kepadaku sebulan sebelum benar-benar ia berlangsung. Pertama kali aku
mendengar, hammasah mudaku meronta-ronta ingin pergi. Manakan tidak, sejak kali
pertama aku jatuh cinta pada tarbiyah ini, sejak itulah Palestin, bumi barakah
itu mendapat tempat dalam hatiku.
Siapa yang tidak tahu tentang Palestin? Bumi yang penuh
dengan kesengsaraan, kata orang-orang bukan Palestin. Bumi yang penuh dengan
penderitaan, bumi yang penuh dengan kekejaman dan penafian hak. Itu kata-kata
orang yang melihat, belum lagi orang yang berada dan benar-benar merasainya.
Tetapi lain sungguh yang dijawab oleh orang Palestin ketika kita ingin
menghulurkan bantuan kepada mereka, kata mereka, “Jangan risau dengan kami,
kerana kami mati sebagai syuhada’, risaulah dengan keadaan bangsamu, ummat
diluar sana yang masih belum faham tentang Islam”. Dalam keadaan yang sungguh
menyedihkan di dalam bumi itu, mereka masih mampu memikirkan tentang keadaan
ummat di luar yang sangat memerlukan bimbingan. “Itulah tugas kamu, sampaikan
salam kami kepada mereka!”, sambungnya.
Tarikh keramat 30 Mac 1976, 36 tahun lepas, berlaku satu
peristiwa yang sungguh menguji saudara kita di Palestin. Setelah Nakbah pertama
1948 dan Nakbah kedua 1967, kali ini menjadi peristiwa sejarah hitam buat kita,
ummat Islam sebenarnya. Tanah ummat Islam, bermakna itulah tanah kita juga. Dan
kita hanyalah diam membisu, mengia tidak, menidak pun tidak tentang perkara
ini. Akhirnya tinggallah perjuangan bumi Palestin ini tampak kepunyaan
orang-orang berkadpengenalan Palestin sahaja. Oh, sungguh di akhirat nanti kita
akan ditanya di hadapan Allah, bersaksikan orang Palestin!
Sehari sebelum memberi nama kepada untuk menyertai GM2J, aku
bermuhasabah, mohon hidayah Allah, bertanya kembali kepada diri, “Adakah benar
niatku ini ingin menyertai GM2J kerana Engkau ya Allah?”
Malam sebelum bertolak, kami berkumpul bersama-sama.
Terlihat di wajah sahabat-sahabat yang ingin menjawab dihadapan Allah kelak
bahawa dia sudah berbuatu sesuatu untuk Palestin, sama seperti burung kecik
yang menyimbah air ke arah api yang membakar Nabi Ibrahim. “Air yang setitis engkau
bahawa pastinya tidak dapat memadamkan api Ibrahim. Sebelum engkau sampai lagi
air itu sudah jatuh ke bumi!” Burung kecil itu ditertawakan oleh mereka-mereka
yang nampak usaha kecil si burung, tetapi mudah sahaja jawapan si burung, “Supaya
nanti aku mampu jawab di hadapan Allah dan melepaskan diri dari api neraka bahawa
aku telah berbuat sesuatu!”. Seperti itulah kami, mahukan sesuatu untuk
menjawab pada Allah, bahawa kami telah berbuat sesuatu untuk membebaskan
Palestin.
Sungguh banyak amalan-amalan yang tampak kecil, tetapi
menjadi besar di sisi Allah kerana keikhlasannya. Dan sungguh banyak
amalan-amalan yang tampak besar, tetapi menjadi kecil di sisi Allah kerana niat
yang salah.
Selepas itu kami membahagi-bahagikan tugasan supaya semua
yang menyertai terlibat secara langsung untuk menjayakan GM2J ini. Beberapa
akhawat yang tidak dapat menyertainya kerana terdapat beberapa halangan turut
membantu, terutamanya bahagian memasak. Mereka kata, mereka ingin menjadi
seperti Asma’ binti Abu Bakar, wanita yang menghantar makanan kepada Abu Bakar ra
dan Rasulullah saw sepanjang penghijrahan Baginda dan sahabat As-Siddiq ke
Madinah. Sungguh kami terharu, dan inilah jawapan yang mereka ingin jawab
dihadapan Allah kelak. Sepanjang GM2J juga, kami mewajibkan ke atas diri kami
untuk memperbanyakkan istighfar, selawat dan memperbaharui niat. Takut-takut
amalan kami tidak diterima hanya kerana pada pertengahan amalan itu, niat kami
tersasar.
bersambung..
Saturday, 21 January 2012
Stamina
Bismillahirrahman nirrahim.
Teringat 4 tahun lepas, ketika pertama kali bersemangat menulis di blog, satu perkara yang sangat aneh bagi diri saya, kerana saya bukanlah seorang yang mudah mengekspresikan sesuatu melalui penulisan. Tetapi atas dasar ingin berkongsi dengan dunia, apa kefahaman islam yang saya dapat, akhirnya saya membuat satu blog. Ia berjalan hampir 3 tahun, dan kini, tahun keempat saya berblog, nampaknya stamina menulis itu semakin lama semain menurun. Saya akui, kurangnya semangat untuk membaca adalah salah satu penyebab penurunan stamina ini. Kesimpulannya mudah je, untuk kembalikan stamina tersebut, haruslah membaca. Tambahkan lagi tarbiyah dzatiyah untuk baca buku-buku fikrah. Atas meja dah tersusun banyak buku fikrah, tinggal nak sentuh, buka dan baca. Semoga Allah menggerakkan jiwa dan diri kita untuk terus menambah kefahaman dalam islam. Ilmu itu sifatnya didatangi, bukan mendatangi. Jika kita hanya mengharap pada seseorang yang akan memberi sesuatu pada kita, silaplah kita. Cari, cari dan cari.
Suka pada sifat Salman al-Farisi, si penjaga api agama majusi. Hidup yang penuh dengan pencarian mencari sebuah kebenaran, al-haq di muka bumi ini. Pernah hidup bersama paderi, pernah juga dijual sebagai seorang hamba sehingga akhirnya dia bertemu dengan kebenaran, sehingga dia mati memegang kebenaran itu. Dan untuk mencari kebenaran itu bukannnya mudah, satu perjalan yang panjang, susah, penat dan penuh dengan kesakitan.
Mari kembali kuatkan stamina!

Subscribe to:
Posts (Atom)