Tuesday 15 September 2009

citer dulu #2


Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

walaupun dah berzaman g jejalan syria ni,sye still nak cter gak sbb bg sye pengalaman kat syria ni menarik..do enjoy reading this entry ok.

2nd day(21/6/2009):

PALMYRA@TADMUR

-Kota Tadmur melalui pelbagai zaman dan ia menjadi antara kota penting pada setiap zaman yang memerintahnya. Ia pernah diperintah oleh Greek, Sasanid, Rum, Byzantium dan Zaman Ayubid. Kota ini terkenal dengan gelaran kota Zenobia iaitu seorang Permaisuri yang pernah memerintah dan menguasai kota ini iaitu ketika zaman Sasanid dari Parsi.

1) Temple Of Bel.
Temple Of Bel membuktikan kerajaan Islam telah tiba di Tadmur dan pernah menawan kota padang pasir tersebut. Bel ialah tuhan Semitik dan ia menjadi rumah ibadat Greek sebelum kedatangan Rum. Ketika era Rum dan Byzantium, kuil tersebut telah dijadikan rumah ibadat Rum dan gereja ketika penguasaan Rum Timur iaitu kerajaan Byzantium.Ketika era Sallehuddin Al-Ayubi, kuil dan gereja tersebut telah ditukar menjadi masjid. Terdapat kesan mihrab (petunjuk arah kiblat) telah ditambah di kuil tersebut.

2)gerbang utama kota Palmyra.
Di kawasan tersebut masih terdapat 2 buah kuil lama bangsa Greek iaitu Temple Of Nebo dan Temple Of Baal Shamin. Di kawasan utama itu juga menempatkan teater, nymphaeum (kolam pancutan air awam), beberapa rumah ibadat lain, Diocletian Camp dan perkuburan lama di kawasan Wadi Al-Qubur.


3)Berhampiran dengan Kota Lama Tadmur.
terdapat juga sebuah kota pertahanan yang dibina ketika era penguasaan Islam. Kota tersebut dikenali dengan Qala'at Ibn Ma'an. Ia dibina di akhir kurun ke-13 dengan 7 buah menara telah dibina.






ROSOFAH

-kota ini dikelilingi oleh padang pasir dan penempatan di situ boleh dikira dengan jari.apa yang istimewa tentang kota ini ialah pembuatannya daripada batu marmar.pada zaman dahulu,apabila tiba musim panas,kota ini akan bercahya kerana batu marmar akan memantulkan kembali cahay matahari.tetapi kini,kota itu tidak lagi bercahay kerana telah diselaputi oleh tanah yg tebal(mungkin kesan ketidakpedulian kerajaan syria terhadap kota ini..huhu)


under construction kat left side tu.nampak x?



RAQQAH

-Ar-Raqqah merupakan salah satu kawasan sejarah di Syria yang dibangunkan dengan hebat ketika era pemerintahan kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Namun sejarah awal membuktikan bahawa kerajaan Greek pernah menguasai kawasan ini sebelum kedatangan Islam. Raqqah dikenali dengan nama Nikephorion atau Leontopolis ketika zaman Greek.

Ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam, Khalifah Hisham dari zaman Umawiah terlebih dahulu berada di Raqqah. Kemudiannya diperintah oleh Khalifah Al-Mansur dari kerajaan Abbasiah. Beliau telah membangunkan kawasan Raqqah dan beberapa senibina mirip binaan di Baghdad telah dibina di Raqqah. Khalifah Harun Ar-Rashid juga pernah membangunkan Raqqa dan dikenali dengan Al-Rafiqa. Sallehudin Al-Ayubi, Nuruddin Zinki pernah menguasai kawasan ini ketika abad ke-12.

1)bab baghdad
Seperti beberapa bandar lama lain yang terdapat di Syria (Dimashq, Hama, Halab) kota Raqqa lama juga dibina dengan tembok berdinding suatu ketika dahulu. Separuh dari kota berdinding di Raqqa masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Sebahagian daripadanya telah musnah akibat proses pemodenan. Kebiasaanya, setiap kota lama berdinding akan terdapat beberapa buah pintu untuk masuk ke dalam kota. Raqqa Lama tidak terlepas dari sistem binaan yang sama. Sebuah pintu kota lama yang dikenali dengan nama Bab Baghdad masih kekal sehingga ke hari ini dan terletak tidak jauh dari Qasr Al-Banat.



2)Masjid Ammar bin Yasir.
masjid ini merupakan bekas tapak peperangan perang siffin.di dalam masjid ini,terdapat 3 buah makam yang sempat kami lawati iaitu makam Ammar bin Yasir,Uwais al-Qarni,Ubai al-Qais an-Nakhoi'i.
Ammar bin Yassir adalah sahabat yang syahid di dalam peperangan Siffin. Uweis Al-Qarni dan Ubai bin Qis merupakan Tabi'in yang turut syahid dalam peperangan tersebut. Masjid dan Makam mereka telah dibina dengan tajaan dari negara Iran.

Kebiasaanya, kerajaan/invidu dari Iran akan memberi peruntukan duit membina masjid-masjid yang hebat, canggih dan cantik sekiranya ada kaitan individu tersebut dengan ahli bayt Rasulullah S.A.W.

Ammar bin Yassir bukanlah di kalangan ahli bayt Rasulullah S.A.W. Namun disebabkan jasanya membantu tentera Ali menentang tentera Muawiah di dalam Perang Siffin, Makamnya telah dipelihara dengan baik dan masjid telah dibina dengan sebegitu mewah dengan perbelanjaan kewangan dari Iran.



3)Masjid Qadeem
-tinggalan zaman Khalifah Harun ar-Rasyeed.terdapat makam sahabat yang bernama Wabasoh bin Ma'bad al-Asadi.



4)Qasr al-Banat
-Qasr Al-Banat telah dibina untuk dijadikan madrasah (sekolah). Namun ketika kurun ke-12, ia telah ditukar menjadi hospital pesakit jiwa (Era Nuruddin Zinki). Menurut Abu Qusai, iaitu penjaga kota tersebut, ia dinamakan Qasr Al-Banat adalah disebabkan ketika zaman pemerintahan Harun Ar-Rashid terdapat peperangan berlaku di kawasan tersebut. Orang-orang perempuan telah dibawa ke kota tersebut untuk tujuan perlindungan. Al-Banat bermaksud perempuan dan disebabkan peristiwa tersebut kota ini kekal diberi nama atau gelaran Qasr Al-Banat.



KOTA HERCULES

-telah ditelangkupkan,azab daripada Allah S.W.T.


Dalam perjalanan menuju ke Tasik Asad yang mengelilingi Qal'ah Ja'bar,kami melalui di atas jambatan yang mengalir di bawahnya Sungai Furat.air sungai itu hampir kering dan antara tanda-tanda kiamat adalah keringnya air Sungai Furat.dalam perjalanan juga kami ternampak Jabal Kisra.

TASIK ASAD & QAL'AH JA'BAR

-Kota Ja'bar juga merupakan kota binaan kerajaan Islam dan pernah terlibat dalam peperangan Salib di mana tentera salib pada ketika itu berada di Edessa (sekarang dikenali dengan San Urfa di negara Turkey). Kota Ja'bar dibina dari batuan brick dan terdapat sebuah menara masjid di tengah kota yang mirip dengan senibina masjid utama di Raqqah. Kawasan di sekitar kota Ja'bar juga pernah disebut sebagai dataran Peperangan Siffin. Namun sebahagian dari tanah tersebut kini telah ditelenggami oleh Tasik Al-Assad.




HALAB

1)Masjid Firdaus
-Makam Imam al-Bukhari dan keluarga(bukan Imam Bukhari yang banyak meriwayatkan hadith tu,ni Imam al-Bukhari@org laen)
-Makam Saidina Ali,tempat beliau selalu menunaikan solat
-Makam Imam Nakhsah Mamdi

2)Jami' Banqusa
tidak sempat masuk kerana terlewat dan sudah ditutup.
-makam Nabi Banqusa(bukan rasul tetapi nabi!)

malam tersebut,kami tidur di apartment di sekitar bandar Halab.ditakdirkan Allah,pada malam tersebut,apartment yang disewa oleh tour guides+driver kami terbakar.driver kami yang bernama Abu Anas tanpa menhiraukan nyawa mencari dan menyelamatkan roti arabnya yang hanya bernilai 25 LS(lerah syria).itulah latar masyarakat arab di sini.sangat menghormati dan memuliakan makanan mereka@roti arab.

p/s: sumber maklumat dari sini.

1 comment:

Anonymous said...

Wralmhaum
[url=http://healthplusrx.com/does-leptoprin-work]does leptoprin work[/url]
Unmatmert