hayati lagu ni.rasa terkilan sangat.tapi,bukan itu yg Allah hendakkan.Allah mahu hamba-Nya lebih kuat, lebih bersemangat,bertambah imannya apabila mendengar kata-kata cinta dari-Nya.
Ramadhan 2 Zaman
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com
ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
KISAH PARA SAHABAT
bertambah semangat seperti mana kaum mukminin dalam perang Uhud.pada ketika itu,Saidina Hamzah (antara sahabat Rasulullah s.a.w yg akrab,seorang mukmin yg sgt patuh terhadap ajaran Rasulullah s.a.w dan sgt taat kpd Allah s.w.t) telah dibunuh oleh org suruhan Hindun,isteri Abu Jahal yang berdendam atas kematian suaminya dalam perang Badar.kematian Hamzah bukan melemahkan semangat para sahabat yg lain,malah menaikkan semangat mereka.itulah sifat2 mukmin yg berjaya!
bertambah semangat sepertimana kaum mukminin dalam perang Uhud yang mana pada ketika itu tersebar beerita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat.mereka tidak berkabung di saat itu,mereka tidak menangis pada saat itu kerana menyesal tidak mempertahankan Rasulullah s.a.w. malah mereka semakin bersemangat melaungkan jihad di medan peperangan itu.itulah sifat mukmin yg sebenar!
tidak seperti kaum musyrikin dalam perang badar.ketika peperangan sedang berlangsung,Abu Jahal(pada ketika itu adalah ketua angkatan kaum tentera musyrikin Mekah) mati dibunuh oleh Saidina Hamzah telah menyebabkan tentera-tentera musyrikin lemah semangat lantas melarikan diri dari peperangan,manakala sebahagian lain menjadi tawanan perang.itulah hati yg Allah kurniakan kpd mereka.lemah.mudah mengaku kalah.
adakah kita nak jadi spt org musyrikin.memang tiada siapa yang mahu.jadi,berdoalah semoga hati kita dicekalkan spt hati para Rasul dan sahabat,berdoalah supaya iman kita dipelihara oleh Allah s.w.t dan berdoalah apa2 yang kamu mahu dr Allah.ingat kembali kpd firman-Nya:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
[2:186]
maksudnya:Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
p/s:adik saye tnye,ape mksud tepuk dada tanya selera.saye kate tepuk selera tnya iman~
tamat.wallahu a'lam.x ya tepuk tgn~
No comments:
Post a Comment