Thursday, 17 December 2009

hari ini 2.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga baginda sahabat-sahabat baginda dan semua yang mengikut baginda..berselawatlah ke atas nabi~!

post ni sebenarnya utk hari 16hb 12(lepas exam pharma).tapi lepas exam pharma,saya kena langsaikan kerja yang tertangguh antaranya report lab genetics dan tugas sbg biro program utk citra sports day.ingatkan selepas habis exam pharma yang horror tu,nak je tido.tapi apakan daya.malam itu,saya tidur hampir pukul 1 pagi.semua akibat sikap bertangguh-tangguh.ade lagu kumpulan aeman,mereka kata: "bertangguh-tangguh mencuri masa,masa terbuang dgn sia-sia..".kesimpulannya,jgn menangguh-nangguh kerja kerana esoknya,ada kerja baru lagi sebenarnya yang akan menanti(selalunya lah~).buat kerja anda sekarang atau esok anda terseksa dgn kerja yang banyak.seperti kata saidina Ali R.A: “Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu”.laa tasta'jil,masyi?

alkisah,pada suatu hari,saya ditanya oleh seorang sahabat,: "um,apa maksud al-Wadud??.salah satu nama Allah tu..".saya terpinga-pinga menjawab: "apa maksud dia?".maksud dia...jeng3

al-Wadud = everlasting love

subhanallah.kemudian,saya ditanya lagi tentang perbezaan antara Wid(kata asal al-Wadud) dan Hub(kasih-sayang).sekali lagi terpinga-pinga.kemudian,bantai la,saya cakap Hub itu antara makhluk Allah manakala Wid itu antara al-Khaliq dan makhluk-Nya.(salah ye jawapan ini.dush!!).jawapan dia,Hub ini maksudnya,kita sayangkan seseorang,tapi kita kita tak tunjukkan perasaan kasih sayang itu.(seandainya salah,sila rujuk pakar bahasa Arab.huhu).tetapi,Wid pula adalah,kita sayang seseorang dan kita terjemahkan atau lahirkan perasaan kasih sayang itu dgn perbuatan kita.lihatlah dan hayatilah bagaimana Allah dgn sifat al-Wadud ini,melahirkan kasih sayang-Nya.setiap hari kita dapat pertolongan Allah.dalam apa jua yang kita buat,tipulah kalau kamu kata, itu saya yang buat sendiri.penipu2,semua tu Allah yang tolong.kesimpulannya: mari kita contohi sifat Allah ini,berkasih-sayang sesama orang,sesama pokok,sesama haiwan,sesama barang kat dapur,sesama alat tulis..bla..bla..(da start merepek~)

kemudian,kisah di hari lain,saya ditanya tentang,apa jama' bagi Sirot(jalan).untuk pengetahuan semua,الصراط (sirot) tiada jama'!tiada jama'!kenapa?

sebabnya,cuba kita baca al-Fatihah.wujud perkataan صراط adalah pada ayat ke-6.terjemahannya: Tunjukilah kami jalan yang lurus.kebiasaanya,perkataan Sirot di dalam al-Quran digunakan bersama Mustaqim(lurus).jadi di dalam surah al-Fatihah tu, kita berdoa supaya ditunjuki jalan yang lurus iaitu apa?Islam la of course.seandainya perkataan Sirot mempunyai jama',bermaksud,ada banyak jalan yang lurus selain Islam.kita semua mestilah ingatkan pada satu firman Allah: Sesungguhnya agama di sisi Allah adalal Islam.maksudnya,jalan lurus satu-satunya yang kita ada adalah dengan mengikuti jalan Islam.kesimpulannya,mari kita mewujudkan khusyu' dalam solat dgn memahami maksud ayat2 al-Quran dan doa2nya.


sekian,wallahu a'lam bissawab~!
(p/s:satu lagi post bersifat peribadi~saya x berapa berminat sebenarnya,tapi,x tahu mcm mana nak jadikan ianya bersifat umum~)

8 comments:

nima said...

salam, um.

kadang2, lebih rmi yg ske baca artikel bersifat peribadi. yakni x skema. so, why not kdg2 kite pon buat tulisn krg skema tp ada sumtg tuk dismpikan.

neway, cute writing..!! haha..

izzah cumel~ =P

epalmanis said...

salam..

um..
ur words always brilliant..:)

kerinduan dr tnh air..syafi..(cewahh.hee)

dealova said...

um..
xkisah je peribadi or not, yang ptg ade somthng value inside there yang hnye boleh diterokai mata hati..
=)

belas_kasihan16 said...

um yg hot.. apekah?

nice, sharing is caring ^_^
thnx sis!

belas_kasihan16 said...
This comment has been removed by the author.
INTAN said...

achik..

lets have wid in ourselves~

together we reunion in jannah..

i miss u~

^_^

'Ezzah Al-Islam said...

nice, um..
teruskan menulis!

rindu la sama kamu..^^,

Siti Umairah said...

thanx sume..terharu..sob3
haha

sampaikan kpdku walau satu ayat~