Sunday, 27 December 2009

ubah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga baginda sahabat-sahabat baginda dan semua yang mengikut baginda..berselawatlah ke atas nabi~!

alhamdulillah,2nd exam dah habis.bahagiakah?(sikit la~)

tercungap-cungap,lelah,athma,penat dam mcm2 lg perkataan yang sesuai digunakan utk menggambarkan luahan hati beberapa sahabat yang saya dekati setelah habis 2nd exam.sistem pendidikan JUST yg terlalu exam-oriented menyebabkan kadang-kadang kami belajar bukan kerana cinta akan ilmu tetapi menyebabkan kami belajar kerana nak lulus exam.ditambah lagi dgn buku teks kami yg sgt sekular uh.anda baca buku teks microbiologi dgn mata atau mata hati?cubalah baca dgn mata hati (dan mata fizikal juga),dr segi pemikiran,ianya sgt sekular,saya x selesa sepanjang baca buku itu.(ayat skema dah kua~)betulkah?setuju semua?(saya tahu ada je yang x setuju,tapi saya menulis mengikut pandangan majoriti.)tetapi sistem ideal manakah yang kita mahu?


anda nak buat perubahan?byk risiko dia.begin with the end in mind seperti yang ditulis oleh stephen covey dlm bukunya, seven habits of highly effective people.

bagaimana jika kamu x nak buat perubahan,cukuplah sekadar dgn ayat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

ok la,tetbe cakap pasal perubahan.jika nak buat perubahan yang besar,kenalah mulakan dgn perubahan yang kecil.barulah circle of influence tu akan membesar.stephen covey kata (lagi),apabila nak berubah,kena bermula dgn apa yang ada dihadapan cermin.cuba anda berdiri dihadapan cermin,dan lihat siapa ada dekat cermin tu??ANDA lah!!!

saya bg contoh, pemimpin negara Malaysia ingin mengubah negaranya menjadi negara yang bersih. kemudian, mereka keluarkan subsidi RM5 utk setiap penduduk supaya dapat beli penyapu dan menyapu setiap halaman rumah mereka.jadi circle of influence ni akan bergerak dan akhirnya Malaysia pun jadi negara yang bersih..(ilusi kan??haha..tp mana tahu satu hari nanti akan terjadi??kita tunggu dan lihat~~)

sebelum ini berbicara soal perubahan,tetapi sampai sekarang saya masih x dpt nak realisasikan dlm diri.jadi,dgn menulis ni,insyaAllah akan lebih kuatkan smngat supaya berubah spt post terbaru di Saifulislam.com,Ust Hasrizal nak berubah jadi kurus!semangat x??jom2,kita semangat macam Ust Hasrizal.

walaubagaimancarasekalipun,jom kita buka al-Quran dan lihat ayat 11 surah ar-Ra'd(surah ke-13).ayat yang cukup femes ttg perubahan.(x percaya?cuba la google..)


13:11

apa yang Allah ingin sampaikan dalam ayat ni??

Perubahan sesuatu kaum bermula dgn perubahan dalam diri setiap individu.

anda hendak ubah apa sebenarnya?semua tu depend kpd setiap individu.yang pasti mestilah tujuan anda hendak membawa perubahan hanya lillahi taala.hendak membantu umat Islam dan lain-lain.

saya??nak mulakan perubahan dgn 'cara belajar'.doakan~

PERCAYA dan YAKIN

semua tahu apa beza percaya dan yakin.mereka kata,keyakinan adalah hak kepada agama Islam dan kepercayaan adalah untuk agama lain.Umat Islam semua percaya dan yakin bahawa Allah Maha Esa.ada yang x yakin?soal akidah ni,mana leh main-main.penganut agama Budha percaya bahawa pengasas mereka adalah Siddharta Gautama tetapi mereka yakin ke Siddharta Gautama ni tuhan mereka?(ni saya reka-reka je...huhu)

saya bagi analoginya: kita semua yakin akan datangnya hari akhirat.hari kebangkitan.dan kiat semua menuju hari itu, umat akhir zaman.tapi,kenapa ada kita tidak beramal sebagaiman keyakinan kita?yang mana pada hari itulah kita dibangkitkan, dihisab segala amalan sama ada ke syurga atau neraka.

boleh ke kalau saya bagi jawapan dia,kerana keyakinan itu terbahagi kepada dua,yakin yang kuat dan sedar VS yakin yang leka dan alpa.kita yakin kematian bila-bila masa dtg menjemput tetapi tidak beramal seolah-olah kematian utk dtg pada bila-bila masa.sesetengah kita pula yakin dan sedar bahawa kematian dtg bila-bila masa dan dia beramal setiap waktu supaya dia mati dalam keadaan beriman.

KAITAN dgn DUNIA SEKARANG

berkisar dunia saya sebagai pelajar medik.final lagi 2 minggu.kita masih ada masa utk membuat perubahan itu.sediakan payung sebelum hujan orang kata.dan aplikasikanlah dlm dunia realiti kita sekarang.mcm mana pun kita buat,dunia kita sebagai pelajar tidak boleh dipisahkan drpd dunia kita sbg seorang anak,seorang sahabat,seorang ahli persatuan,seorg dakwah dan yang sekampung dgnnya.dan yang penting sekali,tajdid niat kita~~

nampak ke apa point yang saya nak cakap sebenarnya?

haha.saya yang menulis ni pun tgh ngantuk.saya cakap camni sbb lepas habis 2nd exam semalam,saya nampak beberapa riak sahabat-sahabat satu batch yang mcm putus asa.mungkin kerana terkejut dgn markah yang keluar.(exam online lah katakan).kemudian,bila tgh status kawan-kawan satu batch pon lebih kurang sama.

jadi jomlah kita mulakan kempen 'study awal'te utk pape exam.(gaya 'gamat'te..haha marah akak zulaikha~).berubah!berubah!


sekian.semoga Allah redha~

6 comments:

dealova said...

eh cpat nye final, lgi 2 minggu?
kitorgnye lagi 30 hari, pastu trus winter break yuhuuu...
cume exam kecik2 yang mmg x larat la kan skrg..rini exam.esok ade exam lg...
kate student...^_^

zul comey =p said...

uhuk uhuk..patutla saye terbatuk2 aje lately..nama sy disebut rupenye..hehe =p xpe2,akak zulaikha x mrh..sbb pkataan tu comel mcm akak zulaikha..huahua(abaikan ye)

yalla umm!! mari kita usaha sama2..ubah mana yg x baik dlm diri..kita masih punya masa untuk buktikan! chaiyokk2! gamatte! :)

Siti Umairah said...

to dealova-->yup,memang cepat exam kitorg nih..
exam kecik2 pon,tetap di bawa markahnye ke final..tu yg kena buat btul2..
carry marks lah katanya~
btw,saya mmg x setuju sistem just yg terlalu exam-oriented~hee


to zul-->siannye kak zulaikha batuk..makan ubat ye byk2..jage kesihatan
jom2 berubah~!

megaa said...

sy nak berubah juga!

Siti Umairah said...

sila la cik hidayah..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.