Tuesday 15 September 2009

citer dulu #2


Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

walaupun dah berzaman g jejalan syria ni,sye still nak cter gak sbb bg sye pengalaman kat syria ni menarik..do enjoy reading this entry ok.

2nd day(21/6/2009):

PALMYRA@TADMUR

-Kota Tadmur melalui pelbagai zaman dan ia menjadi antara kota penting pada setiap zaman yang memerintahnya. Ia pernah diperintah oleh Greek, Sasanid, Rum, Byzantium dan Zaman Ayubid. Kota ini terkenal dengan gelaran kota Zenobia iaitu seorang Permaisuri yang pernah memerintah dan menguasai kota ini iaitu ketika zaman Sasanid dari Parsi.

1) Temple Of Bel.
Temple Of Bel membuktikan kerajaan Islam telah tiba di Tadmur dan pernah menawan kota padang pasir tersebut. Bel ialah tuhan Semitik dan ia menjadi rumah ibadat Greek sebelum kedatangan Rum. Ketika era Rum dan Byzantium, kuil tersebut telah dijadikan rumah ibadat Rum dan gereja ketika penguasaan Rum Timur iaitu kerajaan Byzantium.Ketika era Sallehuddin Al-Ayubi, kuil dan gereja tersebut telah ditukar menjadi masjid. Terdapat kesan mihrab (petunjuk arah kiblat) telah ditambah di kuil tersebut.

2)gerbang utama kota Palmyra.
Di kawasan tersebut masih terdapat 2 buah kuil lama bangsa Greek iaitu Temple Of Nebo dan Temple Of Baal Shamin. Di kawasan utama itu juga menempatkan teater, nymphaeum (kolam pancutan air awam), beberapa rumah ibadat lain, Diocletian Camp dan perkuburan lama di kawasan Wadi Al-Qubur.


3)Berhampiran dengan Kota Lama Tadmur.
terdapat juga sebuah kota pertahanan yang dibina ketika era penguasaan Islam. Kota tersebut dikenali dengan Qala'at Ibn Ma'an. Ia dibina di akhir kurun ke-13 dengan 7 buah menara telah dibina.






ROSOFAH

-kota ini dikelilingi oleh padang pasir dan penempatan di situ boleh dikira dengan jari.apa yang istimewa tentang kota ini ialah pembuatannya daripada batu marmar.pada zaman dahulu,apabila tiba musim panas,kota ini akan bercahya kerana batu marmar akan memantulkan kembali cahay matahari.tetapi kini,kota itu tidak lagi bercahay kerana telah diselaputi oleh tanah yg tebal(mungkin kesan ketidakpedulian kerajaan syria terhadap kota ini..huhu)


under construction kat left side tu.nampak x?



RAQQAH

-Ar-Raqqah merupakan salah satu kawasan sejarah di Syria yang dibangunkan dengan hebat ketika era pemerintahan kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Namun sejarah awal membuktikan bahawa kerajaan Greek pernah menguasai kawasan ini sebelum kedatangan Islam. Raqqah dikenali dengan nama Nikephorion atau Leontopolis ketika zaman Greek.

Ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam, Khalifah Hisham dari zaman Umawiah terlebih dahulu berada di Raqqah. Kemudiannya diperintah oleh Khalifah Al-Mansur dari kerajaan Abbasiah. Beliau telah membangunkan kawasan Raqqah dan beberapa senibina mirip binaan di Baghdad telah dibina di Raqqah. Khalifah Harun Ar-Rashid juga pernah membangunkan Raqqa dan dikenali dengan Al-Rafiqa. Sallehudin Al-Ayubi, Nuruddin Zinki pernah menguasai kawasan ini ketika abad ke-12.

1)bab baghdad
Seperti beberapa bandar lama lain yang terdapat di Syria (Dimashq, Hama, Halab) kota Raqqa lama juga dibina dengan tembok berdinding suatu ketika dahulu. Separuh dari kota berdinding di Raqqa masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Sebahagian daripadanya telah musnah akibat proses pemodenan. Kebiasaanya, setiap kota lama berdinding akan terdapat beberapa buah pintu untuk masuk ke dalam kota. Raqqa Lama tidak terlepas dari sistem binaan yang sama. Sebuah pintu kota lama yang dikenali dengan nama Bab Baghdad masih kekal sehingga ke hari ini dan terletak tidak jauh dari Qasr Al-Banat.



2)Masjid Ammar bin Yasir.
masjid ini merupakan bekas tapak peperangan perang siffin.di dalam masjid ini,terdapat 3 buah makam yang sempat kami lawati iaitu makam Ammar bin Yasir,Uwais al-Qarni,Ubai al-Qais an-Nakhoi'i.
Ammar bin Yassir adalah sahabat yang syahid di dalam peperangan Siffin. Uweis Al-Qarni dan Ubai bin Qis merupakan Tabi'in yang turut syahid dalam peperangan tersebut. Masjid dan Makam mereka telah dibina dengan tajaan dari negara Iran.

Kebiasaanya, kerajaan/invidu dari Iran akan memberi peruntukan duit membina masjid-masjid yang hebat, canggih dan cantik sekiranya ada kaitan individu tersebut dengan ahli bayt Rasulullah S.A.W.

Ammar bin Yassir bukanlah di kalangan ahli bayt Rasulullah S.A.W. Namun disebabkan jasanya membantu tentera Ali menentang tentera Muawiah di dalam Perang Siffin, Makamnya telah dipelihara dengan baik dan masjid telah dibina dengan sebegitu mewah dengan perbelanjaan kewangan dari Iran.



3)Masjid Qadeem
-tinggalan zaman Khalifah Harun ar-Rasyeed.terdapat makam sahabat yang bernama Wabasoh bin Ma'bad al-Asadi.



4)Qasr al-Banat
-Qasr Al-Banat telah dibina untuk dijadikan madrasah (sekolah). Namun ketika kurun ke-12, ia telah ditukar menjadi hospital pesakit jiwa (Era Nuruddin Zinki). Menurut Abu Qusai, iaitu penjaga kota tersebut, ia dinamakan Qasr Al-Banat adalah disebabkan ketika zaman pemerintahan Harun Ar-Rashid terdapat peperangan berlaku di kawasan tersebut. Orang-orang perempuan telah dibawa ke kota tersebut untuk tujuan perlindungan. Al-Banat bermaksud perempuan dan disebabkan peristiwa tersebut kota ini kekal diberi nama atau gelaran Qasr Al-Banat.



KOTA HERCULES

-telah ditelangkupkan,azab daripada Allah S.W.T.


Dalam perjalanan menuju ke Tasik Asad yang mengelilingi Qal'ah Ja'bar,kami melalui di atas jambatan yang mengalir di bawahnya Sungai Furat.air sungai itu hampir kering dan antara tanda-tanda kiamat adalah keringnya air Sungai Furat.dalam perjalanan juga kami ternampak Jabal Kisra.

TASIK ASAD & QAL'AH JA'BAR

-Kota Ja'bar juga merupakan kota binaan kerajaan Islam dan pernah terlibat dalam peperangan Salib di mana tentera salib pada ketika itu berada di Edessa (sekarang dikenali dengan San Urfa di negara Turkey). Kota Ja'bar dibina dari batuan brick dan terdapat sebuah menara masjid di tengah kota yang mirip dengan senibina masjid utama di Raqqah. Kawasan di sekitar kota Ja'bar juga pernah disebut sebagai dataran Peperangan Siffin. Namun sebahagian dari tanah tersebut kini telah ditelenggami oleh Tasik Al-Assad.




HALAB

1)Masjid Firdaus
-Makam Imam al-Bukhari dan keluarga(bukan Imam Bukhari yang banyak meriwayatkan hadith tu,ni Imam al-Bukhari@org laen)
-Makam Saidina Ali,tempat beliau selalu menunaikan solat
-Makam Imam Nakhsah Mamdi

2)Jami' Banqusa
tidak sempat masuk kerana terlewat dan sudah ditutup.
-makam Nabi Banqusa(bukan rasul tetapi nabi!)

malam tersebut,kami tidur di apartment di sekitar bandar Halab.ditakdirkan Allah,pada malam tersebut,apartment yang disewa oleh tour guides+driver kami terbakar.driver kami yang bernama Abu Anas tanpa menhiraukan nyawa mencari dan menyelamatkan roti arabnya yang hanya bernilai 25 LS(lerah syria).itulah latar masyarakat arab di sini.sangat menghormati dan memuliakan makanan mereka@roti arab.

p/s: sumber maklumat dari sini.

Tuesday 8 September 2009

hashemite?

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

mane jumpe perkataan hashemite ni??kt joden la..

مملكة الاردنية الهاشمية
The Hashemite Kingdom of Jordan


sye baru tahu bile jelajah website ni

"The Hashemite royal family is interwoven into the life of Jordan, having established the modern state in 1921. It is impossible, therefore, to understand the fabric of Jordan’s modern history without some knowledge of the royal family. The Hashemites, or “Bani Hashem,” are descendants of the Arab chieftain Quraysh, a descendant of the Prophet Ismail, himself the son of the Prophet Ibrahim (Abraham). Quraysh first came to the holy city of Mecca during the second century CE. The first generation of Quraysh to rule the city came six generations later, when Qusayy bin Kilab ascended to the leadership of Mecca in the year 480 CE. The name “Hashem” is actually that of Qusayy’s grandson, who was the great-grandfather of the Prophet Muhammad (PBUH). The Hashemites are thus the direct descendants of the Prophet through his daughter Fatima and her husband Ali bin Abi Talib, who was also the Prophet’s paternal first cousin and the fourth caliph of Islam."


btol ke?adakah sekadar dakwaan atau ia sebuah kebenaran?(marah jordanians ni kalo dorg tau..hua3)

SAINS VS KEPERCAYAAN

summer sem ari tu,saya dipaksa* mengambil subjek ikhtiari(elective).dan saya pon daftarlah utk subjek Natural Resources.mule2 dlm fikiran,subjek ni msti ttg soil,plantation bla..bla..yg adik beradik sekampung dgnnye~

tp,bile dah start msuk lecture,

"ohh..mcm ni rupenye subjek ni..hua3..salah firasat la aku ni??"

layan~

msuk la class NR ni setiap hari mengadap Dr. Alrababah yg baik hati.Dokte ni pndai attract his students.pastu jrg la ngntok kat kelas dy bile dy shows diagrams+pictures yg menarik+menyayat hati terhadap alam ini(kekadang) and explains some cases.pastu dy akan citer pasl jordan sndiri.so,kite dpat la tau pasl cmne jordan ni.cthnye:jordan adalah negara ke-2 plg sket air di dunia(sob3),jordan dulu adalah sebuah lautan dan akhirnya jadi daratan.then,the effect of conversion of sea to land is accumulation of phosphorus inside the earth of JORDAN..hua3(sondeffect berserta guruh+kilat+petir yg sabung menyabung),eastern past of jordan ni xde pape,infertile dan mcm2 lg la..menarik x??cakap je la menarik..layan2(kalo x layan nti menangis~)

pastu dlm course ni ada diterangkan perbezaan antara kepercayaan dan sains.kite percaya yang scientific statements are subjects to falsification manakala kepercayaan ni adalah yg tepat dan x boleh diubah.sng cter,tahapa maksimum ketepatan dlm sains hanyalah 99% manakala kepercayaan pula adalah 100% .

cth kepercayaan adalah kita percaya yang Allah itu Maha Esa.mane boleh diubah2.nauzhubillah~

kenapa sains x tepat?ntah la.ade kaitan kot dgn jenis2 sains.jenis2 sains ade 4:
  1. frontier science(idea that has not been confirmed yet)
  2. sound science(idea that has been confirmed)
  3. fringe science(idea that its studies still in progress)
  4. junk science(untested idea presented as if it is sound science)
KONKLUSINYA

sebenarnya,bile saye tulis 'adakah sekadar dakwaan atau ia sebuah kebenaran?',sye teringat lak sume2 ni.sbb kaitan dy,mungkin kaitan kaum kerabat Raja Jordan ni dgn Bani Hashim adalah kepercayaan mereka~

harap ia bukan repekan di tgh malam tp sesuatu yg informatif!
wallahu a'lam.

*xde la,sye rela je senanye.saje wat gimik.xde keje namenye tu.

Sunday 6 September 2009

terkilan

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

hayati lagu ni.rasa terkilan sangat.tapi,bukan itu yg Allah hendakkan.Allah mahu hamba-Nya lebih kuat, lebih bersemangat,bertambah imannya apabila mendengar kata-kata cinta dari-Nya.

Ramadhan 2 Zaman

Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

KISAH PARA SAHABAT

bertambah semangat seperti mana kaum mukminin dalam perang Uhud.pada ketika itu,Saidina Hamzah (antara sahabat Rasulullah s.a.w yg akrab,seorang mukmin yg sgt patuh terhadap ajaran Rasulullah s.a.w dan sgt taat kpd Allah s.w.t) telah dibunuh oleh org suruhan Hindun,isteri Abu Jahal yang berdendam atas kematian suaminya dalam perang Badar.kematian Hamzah bukan melemahkan semangat para sahabat yg lain,malah menaikkan semangat mereka.itulah sifat2 mukmin yg berjaya!

bertambah semangat sepertimana kaum mukminin dalam perang Uhud yang mana pada ketika itu tersebar beerita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat.mereka tidak berkabung di saat itu,mereka tidak menangis pada saat itu kerana menyesal tidak mempertahankan Rasulullah s.a.w. malah mereka semakin bersemangat melaungkan jihad di medan peperangan itu.itulah sifat mukmin yg sebenar!

tidak seperti kaum musyrikin dalam perang badar.ketika peperangan sedang berlangsung,Abu Jahal(pada ketika itu adalah ketua angkatan kaum tentera musyrikin Mekah) mati dibunuh oleh Saidina Hamzah telah menyebabkan tentera-tentera musyrikin lemah semangat lantas melarikan diri dari peperangan,manakala sebahagian lain menjadi tawanan perang.itulah hati yg Allah kurniakan kpd mereka.lemah.mudah mengaku kalah.

adakah kita nak jadi spt org musyrikin.memang tiada siapa yang mahu.jadi,berdoalah semoga hati kita dicekalkan spt hati para Rasul dan sahabat,berdoalah supaya iman kita dipelihara oleh Allah s.w.t dan berdoalah apa2 yang kamu mahu dr Allah.ingat kembali kpd firman-Nya:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
[2:186]
maksudnya:Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

p/s:adik saye tnye,ape mksud tepuk dada tanya selera.saye kate tepuk selera tnya iman~

tamat.wallahu a'lam.x ya tepuk tgn~


Wednesday 2 September 2009

drama Cinta Sempurna

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

currently watching drama 'cinta sempurna'.dah habis tonton sehingga episod 12.ade 20 episod semuanya.sangat menggalakkan para pendakwah/da'ie utk menonton cerita tersebut.mengapa?

RELIGIOUS SKEPTICISM

saya mengaku baru kenal dgn dua perkataan di atas.namun setelah dikorek-korek artikel saifulislam.com,sye jadi sgt berminat dgn isu ini.isu pemuda sekarang.malah bukan sekadar pemuda sahaja,ada juga yg sudah bercucu,ada juga jutawan malahan ahli politik mungkin mengalami masalah ini.tapi saya lebih suka utk mengaitkan ia dgn pemuda.kenapa??kerana remaja adalah pewaris utk kerajaan Islam pada masa depan.

shila,a lawyer graduated from U.K.12 tahun hidup disana,which means waktu-waktu kritikal utk membentuk diri+mengenal diri dipengaruhi oleh budaya disana.so,no wonder kenapa bila pulang ke malaysia,pemikiran dia sudah tersasar jauh dr aqidah.tambahan,sbg seorg lawyer,sikap suka bertanya dan memprovok org sgt sebati dgn dirinya sehingga akhirnya dia menjadi sgt skeptik terhadap agama Islam.

jadi,anda sbg seorg da'ie,ceritakan kepada saya,bagaimana ingin membantu pemuda skeptik tersebut?jawapannya ada dlm drama cinta sempurna(MATLAMAT HIDUP:mardhatillah)

saya memuji ust hasrizal(cerita asal drama 'cinta sempurna') kerana memilih bidang seni dan hiburan utk mengembang dakwahnya.mengembangkan minda para pendakwah supaya bersifat

Seek First to Understand

Then to be Understood



sekian,terima kasih.(tepuk la tgn sket)

p/s:x reti la buat rumusan ni.msih di tahap kanak-kanak.
p/s:jom bace ini Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan Umat