Allahu Akbar Allahu Akbar...
Bergema satu Irbid...dua tiga masjid melaungkan kalimah yang sama. Mengagungkan kebesaran Allah.
Tanda umat Islam perlu bersiap sedia. Masuk sudah waktu Subuh. Alhamdulillah. Dia bersyukur kerana masih dapat meneruskan hidup di bumi Allah ini. Hidup bukan untuk membuat durja mahupun dosa. Tapi hidup untuk beribadah dan beramal selagi ada waktu. Hidup atas ketetapan Allah. Dia segera menunaikan solat sunat qobliah Subuh selepas azan habis berkumandang. Seusainya, dia duduk termenung. Entah apa yang difikirkan. Bercelaru walaupun baru lepas bertemu janji dengan Penciptanya.
Sahabatnya yang sudah selesai solat sunat terus menuju ke tingkap rumah. Malam itu dia tidur di rumah sahabatnya. Ada kerja barangkali.
"Tengah buat apa tu? Meh la ke sini..", sahabatnya menegur. Sahabatnya yang baru selesai menunaikan solat sunat Subuh mengajaknya merenung di tepi jendela itu sementara menunggu rakan-rakan yang lain bersiap untuk solat jemaah.
Dia datang mendekati tingkap tersebut. Menjenguk kepala ke luar tingkat. Angin sedikit kencang. Angin Jordan, siapa tak kenal. Sejuk sedikit pagi itu. Langit masih lagi gelap. Rumah-rumah penduduk di Irbid ini juga masih gelap. Mungkin masih dibaluti selimut malam. Mungkin juga sudah terbangun tapi tidak buka lampunya. Beribadat mungkin.
"Tahu tak waktu Subuh adalah antara waktu yang mana alam berzikir banyak sekali(erk,ayat ni berbelit sikit =p). Ada dua waktu yang mana alam berzikir dgn kuat, Subuh dan Maghrib..."
Ohh, patutlah dia dapat rasakan ketenangan di pagi itu. Angin yang kencang, pokok meliuk ke kanan dan kiri, bunyi serangga-serangga kecil tidak kelihatan dek kegelapan..... tenang... Alhamdulillah.
MEOWW!MEOWW!
Tiba-tiba dia terperanjat. Kedengaran suara kucing. Yang itu dia tidak pasti bunyi kucing ke berzikir atau apa. Dua ekor kucing sedang bergaduh mungkin. Mungkin juga hendak mengawan. haha..Comelnye (^_^)..
Sambil-sambil mereka berangan menikmati suara dan wajah alam pada Subuh itu, kelihatan 3 orang syabab yang tidak pasti bangsanya, namun pasti agamanya Islam berjalan di bawah sinaran lampu. Menuju ke masjid pastinya. Ingin solat jemaah..Subhanallah.. Selang 5 minit, seorang tua, terlilit di kepala serban putih gaya memkai tudung, berjalan menuju ke tempat yang sama, Masjid Abdullah at-Taal rasanya.
Dia teringat akan kata-kata:
Jangan harap umat Islam seluruh dunia akan menang, selagi bilangan jemaah solat fardhu subuh di masjid tidak sama ramainya dengan bilangan jemaah ketika solat fardhu Jumaat!
Pulang sahaja dari rumah sahabatnya itu, dia segera meng'google' sebuah lagu. Sempat lagi, ada masa sejam lagi sebelum pergi ke jami'ah.
Zikir Album : Keampunan Munsyid : Firdaus http://liriknasyid.com Lihatlah di dada langit Bintang bertaburan Bulan yang indah Menyinari malam Lihatlah di dada bumi Lihat air laut Yang berombak mesra Menghempas ke pantai Tak pernah jemu membelai C/O Alam yang indah Rahmat dari-Nya Sungguh mempersona Bersyukur pada-Nya Kecapi nikmat-Nya Berzikir padanya Agar kan jadi Hamba yang setia Lihatlah di kaki gunung Ada suria pagi Menampakkan diri Menerangi alam Setelah terbenam mentari Berehat menanti Terbit rembulan nan berseri Menerangi kegelapan Segala yang diberikan Adalah rahmat dari-Nya Jangan kufur pada-Nya Jadilah hamba yang bersyukur Kepada-Nya... |
JUM'AH SAYYIDUL AYYAM
Hari ini hari Jumaat. Jika di Malaysia atau lebih mudah lagi, di kampung saya, waktu Zohor hari Jumaat adalah antara waktu yang tersunyi sekali. Jalan-jalan tidak dipenuhi kereta dan kenderaan lain. Semuanya pergi menunaikan solat Jumaat. Husnuzzon...tapi di Irbid ini, hari Jumaat tidaklah sesunyi di kampung saya. Bukannya nak kata di Irbid ramai orang tidak solat Jumaat. Malah apa yang nak dikatakan, di kawasan saya menetap sahaja, sudah ada 3 masjid yang berdekatan dengan rumah. Dan setiap masjid mempunyai jemaah yang tersendiri dan semestinya melebihi 40 orang untuk menunaikan solat Jumaat. Bunyi azan, khutbah Jumaat dan bacaan Imam solat Jumaat saling berselingan. Alhamdulillah :)
p/s: ini hanyalah kisah yang membuatkan saya terfikir. dimanakan saya sekarang ini? Alam vs saya. Mana yang lebih berakal utk lebih banyak berzikir. Kemudian, bagaimana dengan solat Subuh saya? uh, sedih sedikit di situ!
3 comments:
akak suka artikel ni..penting sekali sebab ada kucing hehe ^_^..keep on writing dear..pinjam link sket eh..penulisan mantop perlu dijaharkan hehe
hoho.. sahabat anda sungguh penyayang.. :p
olahan yg menarik. bitaufeq exam HLS nnti ye dik
kak farah@maut =p
sila lah kak farah..
kite dah lame pinjam link akak..
x gtau pun...uh
kak Ezzah al-islam
mane bukti menunjukkan sahabta dia sungguh penyayang??haha
tp memang betul pun..jgn kembang suda =p
betaufee8 utk CNS gak..
Allahu yunajjihki insyaAllah ^^,
Post a Comment