Monday, 8 March 2010

Di saat-saat kecemasan!

IRBID, 7 Mac 2010 – Seorang kanak-kanak Arab berumur 5 tahun yang tercekik duit syiling 5 qursy di sekitar kawasan Zamzam, Shari' Iedun telah diselamatkan oleh seorang wanita menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre, salah satu kaedah untuk merawat mangsa yang tercekik. Menurut pemilik kedai tulis Ahraam di kawasan sekitar Zamzam, kanak-kanak tersebut mungkin merasakan duit syiling 5 qursy itu adalah coklat lantas memakannya. Wanita tersebut merasakan beliau bertanggungjawab untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan mengaplikasikan ilmu yang beliau ada. Selain itu, itu adalah tugas kemanusian yang patut dibuat oleh semua orang yang mempunyai ilmu mengenainya.

"Kita sebagai umat Islam, haruslah mencukupkan diri dari segenap ilmu termasuklah ilmu agama, perubatan, teknologi, ekonomi dan lain-lain supaya menjadi seorang yang bermanfaat untuk orang lain", katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Beliau sempat mengajar beberapa penduduk yang mengerumuni lokasi kejadian tentang kaedah menangani mangsa yang tercekik.

Rawatan kecemasan bagi kanak-kanak yang tercekik (umur 1 – 8 tahun):
• Pastikan kanak-kanak tersebut boleh berkata-kata atau batuk.
• Lakukan tujahan di perut dengan menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre berulang-kali sehingga bendasing itu terkeluar.
• Tekanan di dada boleh dilakukan sekiranya kanak-kanak itu berbadan besar sepertimana kaedah bagi perempuan yang mengandung.
• Jika kanak-kanak itu tiba-tiba pengsan, segera lakukan (Cardiopulmonary Resuscitation)CPR. Periksa bendasing di kerongkong atau mulutnya dan elakkan mengorek-ngorek dengan jari. Alihkan bendasing hanya sekiranya kelihatan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Carnival Medicine and Dentistry yang sedang berlangsung di Irbid akan mengadakan First Aid Drill pada 8hb Mac, Isnin pada jam 6 malam sehingga 9 malam bertempat di Gimnasium Universiti Yarmuk, Irbid. Dr. Marwan Hadiid bin Nazaruddin bakal membentang tajuk tersebut dan aplikasi-aplikasinya. Ketika ditemui di rumahnya, beliau mengatakan kes-kes kecemasan bukan sekadar tercekik.

"Selain tercekik, kita juga senang terdedah kepada keadaan-keadaan merbahaya seperti terjatuh dari tempat tinggi atau bersukan yang boleh menyebabkan tulang patah, api yang merebak melalui gas atau dapur, lemas mengakibatkan salur nafas tertutup dan terdedah kepada barang-barang tajam yang melukakan. Semua ini, insya-Allah saya akan terangkan dengan lebih mendalam dalam program First Aid Drill, 8hb, Isnin ini yang bertempat di Gimnasium Universiti. Antara tajuk-tajuknya ialah tercekik(chocking), patah tulang(fracture), terbakar(burning), bantuan pernafasan sama ada tekanan tulang sternum atau pernafasan mulut ke mulut(CPR) dan luka atau pendarahan(bleeding)"

Tahukah anda, 94 % daripada mangsa kes jantung terhenti secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest) mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Jadi untuk menyelamatkan mangsa, kita perlu menggunakan teknik CPR dengan betul sebelum dibawa ke hospital. Jom hiasi diri dengan ilmu-ilmu yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya.

p/s: jadilah nafi' li ghoirih (bermanfaat kpd orang lain), salah satu muwasafat tarbiyah :)
p/s: perkemaskan ilmu yg sudah ada di dada :)
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi dakwat), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [31:27]

Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi dakwat untuk (menulis) kalimat-kalimat Pengaturku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Pengaturku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).[18:109]
p/s: Dikendalikan oleh -
      • Saudara Marwan Hadiid Bin Nazaruddin & Wan Mohamad Izham Bin Wan Ismail
      • Saudari Nurul Aliaa Binti Mohammad Bokhari
      • dan tidak dilupakan fasilitator- fasilitator yang terdiri daripada senior-senior klinikal yang berpengalaman luas dalam bidang ini

Jumpa di sana~~


4 comments:

dealova said...

sudden cardiac arrest...
ttibe tringt teammedical dragon..oh3...~

Anonymous said...

comelnya poster first aid drill. hehe.

'Ezzah Al-Islam said...

nice promotion! smakin matang penulisanmu ye dik.. best2..

kak iz sokong um.. yeay~ [sorak semangat] :P

Siti Umairah said...

dealova: cuti nti nak tengok sama boleh..jom2
hehe

kaka syidarina: akak lg comel..haha

Kak Ezzah: time kseh kak iz..:))