Sunday, 30 May 2010

Sudah tahu jawapan..

Bila ada orang tanya..
Apa yang perlu buat jika hati rosak?
Aku dengan mudah menjawab, zikrullah...

Bila ada seseorang tanya..
Apa yang perlu buat kalau hendak berjaya?
Aku dengan mudah menjawab, berbuat sesuatu kerana Allah kerana berjaya atau tidak itu urusan Allah...
Sebab itu, jika hasilnya engkau tidak berjaya, sesungguhnya disisi Allah, engkaulah orang yang paling berjaya, berjaya untuk yakin dengan rahmat Allah...

Bila mereka tanya..
Dah banyak sangat dosa aku, Allah terima ke aku?
Aku dengan mudah menjawab, Innallah tawwaburRahim [baca:sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih]

Bila dia tanya..
Apa yang perlu buat kalau tak pandai buat sesuatu?
Aku dengan mudah menjawab, belajarlah dari pengalaman. Nak pandai bukan setakat satu dua pengalaman sahaja. Berusaha lebih ye..

Bila engkau tanya..
Susahkan nak buat sesuatu kebaikan?
Aku dengan mudah menjawab, kebaikan itu lahirnya daripada iman, kuat iman, banyaklah kebaikan yang dibuat..
Lemah iman, sedikitlah kebaikan yang dibuat..
Mujahadah katanya...

Bila ada orang, seseorang, mereka, dia dan engkau tanya aku..
Engkau pernah buat apa yang engkau cakapkan ini? Maksud aku, jawapan kepada soalan aku..
Aku dengan yakin menjawab, ada yang pernah, ada yang tidak pernah..
Kerana aku tahu jawapannya..
Orang, seseorang, mereka, dia dan engkau mungkin tidak tahu jawapannya..
Jadi aku beritahu..

Aku mahu orang, seseorang, mereka, dia dan engkau tahu bahawa semua jawapan untuk soalan-soalan itu ada jawapannya..
Sama ada dalam al-Quran dan as-Sunnah..
Atau dalam diri orang, seseorang, mereka, dia dan engkau sendiri...

Disatu saat nanti,
Bukan orang, seseorang, mereka dan dia akan uji aku dengan jawapan aku..
Tetapi Tuhan yang menyaksikan jawapan aku akan mengujiku..
Jadi, bersediakah aku dengan jawapan-jawapanku yang mudah sekali untuk ditutur itu?
Allah ya Rabb..

SENI KENDI DAN SENI SAGA

Ingin sekali aku belajar seni kendi dan seni saga...
Ada sesiapa mahu ajar?
Tapi aku takut nak tanya, sebab aku sendiri sudah tahu jawapannya..
Pengalaman!
Cuma aku sendiri yang tidak mahu mencuba..


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.[39:9]

Anakku, apabila yg diingini dan dikejar itu sesuatu yg tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju ke sana. -Imam Ghazali-

Saya sentiasa berharap agar kita akan berhenti berkata-kata dan terus bergerak. Biarlah amal kita yang merncerminkan siapakah dan apakah perjuangan KITA sebenar. -IHAB-

Bittaufiq wannajah untuk sume kawan2 satu batchku. xlupa juga utk akak2 :)
Semoga kita saling mendoakan..
Ingat, usaha memang syarat utk berjaya, tetapi x bermakna apabila setelah berusaha, kita PASTI berjaya..
Kerana kita berusaha bukan kerana ditarik oleh natijah, tetapi kerana ditolak oleh arahan Allah..

One day Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him, noticed a Bedouin leaving his camel without tying it. He asked the Bedouin, "Why don't you tie down your camel?" The Bedouin answered, "I put my trust in Allah." The Prophet then said, "Tie your camel first, then put your trust in Allah" (Tirmidhi).

3 comments:

'Ezzah Al-Islam said...

Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.[39:9]

ya. Itulah dia "si ululalbab".. :P

medan amal sentiasa lebih kecil dari medan kata/tulis dik. Sama2 perkasa amal kita jom... kekuatan utk beramal lebih kuat bila bersama2...

p/s:

1.kak iz dah rindu sama um..
2.bitaufeeq adik2 tak satu batch.


Kakak 'muda'
Pusat pemulihan akal

.n.a.k. said...

Salam..
Kak um..
nak belajar jugak seni kendi dan seni saga...
Sungguh!!

Ibadah dan Khalifah

Tapi dahlah kudrat tak de
Pengalaman pon tak bnyk
Pengetahuan pon sikit je

Jadi...
Yoroshiku..
Mohon tunjuk ajar

P/S: ada org bocorkan kan kat kite rahsia kak um.. ngeh3.. (oppsss.. jgn tak tenang setadi memikirkan apakah rahsia itu..)

Little Caliph. said...

kak iezz:
benar itu wahai kak iezz, medan mana yg jadi pilihan ye?
sile bergerak umairah! doakan saye :'(
bittaufiq jugak utk kak iezz!

nad:
jom kite same2 blaja ye..
inshaAllah ditunjukkan jalannye :)
apekah rahsie itu??!