Friday, 4 June 2010

Iktibar sirah itu..


Akhirnya, saya tak berjaya menahan diri untuk tidak memuatkan sebarang entry tentang misi Lifeline4gaza.uhuh.

Tidak mahu menjadi si kera sumbang, tidak mahu juga menjadi si kedekut ilmu.

Mengingat kembali sirah pemulauan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib di Mekah selama tiga tahun oleh kaum Quraisy apabila mereka gagal dalam cubaan membunuh Rasulullah S.A.W. Untuk mencapai tujuan itu, mereka menandatangani satu perjanjian bertulis di mana mereka tidak akan mengahwini, berjual-beli, diputuskan hubungan, menyekat sumber rezeki, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berbelas kasihan kecuali apabila Abdul Mutalib menyerahkan Rasulullah S.A.W untuk dibunuh. Naskah itu digantung di dalam ruang Kaabah.

Diceritakan betapa kejamnya mereka apabila datang unta-unta perniagaan datang kemudian sahabat Rasulullah mendekati ingin membeli daripada mereka, maka Abu Lahab melaungkan suara dan berkata, "Wahai peniaga, naikkan harga barang kamu ke atas sahabat-sahabat Muhammad", terus peniaga-peniaga tersebut menaikkan harga berlipat kali ganda sehingga sahabat Rasulullah terpaksa balik dalam keadaan tangan kosong.

Sejarah yang sama berlaku ke atas saudara-saudara kita di Ghazza dan Tebing Barat. Israel telah menyekat segala kemasukan ke dua tempat dengan tembok gergasi yang kononnya dikatakan illegal oleh UN, tetapi masih diteruskan! Terdapat beberapa bahagian tembok itu sengaja dibuat sebagai pemisah antara si pemilik tanah ladang yang subur dan ladangnya. Menyekat sumber rezeki, memisahkan sebarang hubungan, tidak samakah seperti kaum Quraisy dahulu? Tetapi kali ini mungkin lebih buruk Israel berkompromi dengan Mesir untuk tidak membuka pintu Rafah. Mesir, sebuah negara Islam...

Misi itu,
ingin memecahkan tembok pemulauan..

Sebagai mana tentera Allah, anai-anai memakan surat perjanjian yang tergantung di dalam Kaabah..
Di masa yang sama, Allah telah menggerakkan hati lima orang pemuda daripada Bani Quraisy..
Atas dasar kemanusiaan,
Mereka mengumumkan pelanggaran perjanjian tersebut..
Hisham bin Amru bin Al-Harith, Zuhair bin Umayyah, Al-Mut'am bin 'Adi, Abu Al-Bakhtari dan Hisham bin Zam'ah bin Al-Aswad..

Seperti itulah, Allah telah menggerakkan IHH untuk mengejutkan manusia seluruh dunia..
Atas dasar kemanusiaan, menerobos tembok kematian itu..

TIGA KISAH: HATI MEREKA DI GHAZZA

Seorang pak cik tua datang kepada salah seorang wakil konvoi LL4G di kawasan Istanbul. Hidupnya sendiri seperti tidak terurus, gaya seorang peminta sedekah. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sejumlah syiling turki daripada koceknya...penuh satu telapak tangannya..
" Anak, aku hanya ada ini. Ini sahajalah harta yang aku ada. Engkau berilah kepada saudaraku di Ghazza..."

Di satu masa yang lain, datang seorang mak tua. Terbongkok-bongkok merapati salah seorang ahli konvoi LL4G...
" Aku dilahirkan di Palestin, di Ghazza..tetapi aku sendiri tidak pernah melihat bagaimanakah Ghazza apabila dihalau oleh Israel...aku ingin menatap mata kamu semua, mata yang akan melihat Ghazza..sampaikanlah rinduku kepada Ghazza.."

Di satu sudut, datang seorang anak kecil, lelaki..berlari tercungap-cungap merapati kawasan pelabuhan Istanbul itu...
"Pak cik, ambillah plastik-plastik ini..semuanya berisi gula-gula dan jajan..aku telah kumpulkannya daripada kawan-kawanku di kumpung-kampung berdekatan sini..engkau berilah kepada kawan-kawan kami di Ghazza..aku tiada duit untuk beri kepada mereka.."

Dan hingga kini..
Ghazza masih di dalam tembok gergasi itu..
Penjara terbesar di dunia..
Tanah seluas Shah Alam itu,
Di atas tanah itu syahidnya saudara kita..
Di atas tanah itu, lahirnya beribu-ribu huffaz setiap tahun..
Manusia seluas dunia masih tidak dapat membantu tanah itu..
Si kera sumbang itulah mereka yang tidak peduli langsung tentang mereka..
Si kera sumbang itulah mereka yang membeli barangan Israel,
Membantu Israel membina tembok-tembok itu...



p/s: berterabur. masih di mood exam.maafkan aku wahai Ashabul Ghazza..aku hantar doa untuk kamu..

2 comments:

belas_kasihan16 said...

u'um comel, mau link kamu ok. tq dear!
bittawfee8 xam~!

Little Caliph. said...

silakan wahai rahmah :)
bittaufiq juga [7:56]