Stesen Keretapi Madinah Rabat
Lebih kurang jam 5.00 ptg, mereka sampai di Tanger setelah menaiki feri daripada Algeciras, Spain untuk memasuki Maghrib atau nama lainnya Morocco. Tanger merupakan salah satu bandar di Morocco yang berada dipesisir pantai bersebelahan Selat Gibraltar, selat yang mana Tariq bin Ziyad bersama tentera pengintipnya seramai 12 000 orang lintasi untuk sampai ke tanah milik Raja Roderik, Andalus. Sampai sahaja mereka di pusat bandar Tanger itu, 2 orang pak cik teksi menghulurkan bantuan untuk membawa kami ke destinasi pilihan kami. Marianis yang merupakan salah seorang ahli kembara itu mudah sahaja menerima ajakan pak cik tersebut.
Dia merasa tidak sedap hati, " Kenapa pak cik ni macam pelik eh? Ah, su'uzzon pula kamu di sini!", monolognya sekadar untuk menyedapkan hati.
Mereka ingin meneruskan perjalanan ke Stesen Keretapi Tanger, kemudian mengambil tiket train ke Rabat, ibu negara Maghrib di mana kawan-kawan malizi mereka sudah tunggu.
"Berapa pak cik teksi ni minta?", dia bertanya kepada Marianis. Sahabat-sahabat kembara yang lain juga memandang ke arah Marianis menunggu jawapan.
"60 Dirham"
"Ha? Mahalnya... Cuba tanya Kak Shira harga standard naik teksi ke stesen keretapi berapa..", dia tidak puas hati terus meminta Marianis menghubungi kawan Rabat kami yang sedang membuat research tentang 'akta penjagaan kanak-kanak buangan' di Maghrib. Sementara itu, pak cik teksi sudah memaksa mereka untuk menaiki teksinya secepat mungkin supaya tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas. Mereka pun naik dalam keadaan terpaksa memandangkan beg-beg mereka semuanya sudah disumbatkan dalam bonet teksi oleh pak cik tersebut.
"Kak Shira kata, selalunya kena bayar 20 ke 30 Dirham je..lagi pun tempat yang kita bakal pergi ni tak de lah jauh sangat..", Marianis memaklumkan sms balasan daripada kawan Rabat kami itu.
"Adeh, double dia amek..."
Dalam perjalanan ke Stesen Keretapi itu puas mereka meminta kurang tetapi tidak berjaya. Dah lah muka nampak macam foreigner, bahasa Arab pula terkontang-kanting...
Selepas 5 minit perjalanan, mereka sampai di stesen tersebut. Mereka semua cepat-cepat keluar dan mengeluarkan beg mereka daripada bonet.
Raihana, si setiausaha kembara kali ini memujuknya supaya meminta kurang lagi sewa teksi tersebut. Ahli kembara yang lain juga berkeras tidak mahu bayar jika pak cik tersebut mengenakan 60 Dirham ke atas mereka.
"Pak cik, kami ini student dan tetamu kamu..raikanlah kami..."
"Saya tak mampu, paling akhir saya boleh kasi 50 Dirham, ini harga biasa, bukannya saya sengaja tinggikan!", dengan muka tak bersalah pak cik itu membalas.
Setelah habis mengeluarkan segala perkataan yang ada dalam otaknya, ditambah tiada modal dan takut diapa-apakan oleh pak cik tersebut, dia bersuara,
"Dah lah..malas nak layan pak cik ini lagi. Kalau dia dah tamak sangat dengan duit, memang tak dapat den nak nolong. Siapa yang tak nak bayar tak pe, biar saya yang bayar lebih".
Akhirnya semua pakat bayar 50 Dirham. Duit dikumpulkan dan diberi kepada pak cik teksi tersebut. Dia yang dipertanggungjawabkan menghulurkan duit berkata kepada pak cik penipu itu,
"Takutlah kepada Allah!"
"Ohh, takutlah kepada Allah..saya solat kamu tahu tak? Kat dahi saya ini ada tanda, nampak tak tanda ini? Saya ini pun muslim juga!", pak cik teksi itu membalas dengan nada yang keras dan menyindir sambil menunjukkan tanda hitam di dahinya.
"Kami juga muslim! Dah, jomlah kawan-kawan..", dia mengajak sahabat kembaranya masuk ke dalam Stesen Keretapi Tanger. Baru beberapa langkah daripada teksi terbut, mereka terdengar bunyi sesuatu dilanggar. Teksi yang mereka naiki sebentar tadi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Teksi tersebut rosak dan tidak dapat bergerak. Pak cik teksi tadi cepat-cepat keluar dan memaki hamun si pemandu kereta. Dia dan sahabat-sahabat lain terpana. Cepat sungguh balasan Allah terhadap perbuatan jahatnya. Istighfar cepat-cepat dituturkan dibibir masing-masing.
"Dah lah kawan-kawan. Itu urusan dia dengan Allah"
Stesen Keretapi Tanger menyaksikan air matanya gugur kerana takutkan Allah. Dia takut dengan kata-katanya tadi, "Takutlah kepada Allah!". Kisah si Habil dan Qabil Surah Ma'idah, ayat 27 hingga 30 mengingatkannya terhadap tazkirah 'Inni Akhafullah..Sesungguhnya aku takutkan Allah..'
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
لَئِن بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ ۖ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;
إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ۚ وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ
“Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim”.
فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
p/s: Entry ini hanya sebagai tazkirah untuk semua, bukan untuk memburuk-burukkan sesiapa. Mana yang baik itu ambillah sebagai teladan, mana yang buruk itu jadikanlah sebagai sempadan.
1 comment:
nampaknya, sejarah berulang.
sbb jhazkitaro pon kne mcm ni:P
ngeh3.
sy dpt mersakan keanehan pakcik tersebut tika itu & sudah mengagak perkara sama bkal berlaku.tp mlgnya x dpt juga mengawal keadaan.
Post a Comment