Wednesday 29 September 2010

Kembali

Dia melepaskan dirinya daripada tempat tidur itu. Perlahan-lahan. Dengan harapan, apabila dia kembali, segala kekeliruan, masalah dan segala yang menyerabutkan kepalanya dapat dirungkai. Sudah beberapa hari perkara-perkara itu memberatkan kepalanya.

Dia menuju ke bilik air, bergerak ke arah sinki. Ambil wudhu, sebaik-baik penyegar, penyejuk, pembersih dan penenang. Itu sebabnya Rasulullah suruh orang yang tengah marah supaya ambul wudhu'. Selesai mengambil wudhu',  dia mengambil telekungnya dan menyarungnya. Rasa selamat dan terjaga.

Tanpa melengahkan masa, dia terus berdiri di kaki sejadah yang sudah memang tersedia bila-bila masa ditempat solatnya. Menghadirkan diri pada Rabbnya, takbir diangkat dan dia terus-terusan mengalunkan kalam-Nya, mengadu pada yang Esa. Ya, solat itulah sebaik-baik tempat dan waktu untuk mengadu, menenangkan diri dan menguatkan hati.

-----------------------------------------

Salam diberikan ke kanan, kemudian ke kiri bahu tanda selesai solatnya. Ameen ya Rabb..

-----------------------------------------

Dia memandang tepat pada sesuatu di atas mejanya, itulah al-Quran. Kalam Allah itu diambil, dengan harapan dan keyakinan, ada jawapan tersirat di sebalik helaian-helaian itu. al-Quran, manual yang Allah hadiahkan kepada hamba-Nya. Sebaik-baik tempat mencari jawapan. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda bahawa umatnya tidak akan sesat selagi mana berpegang kepada dua ini iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Dia berfikir sejenak tentang mereka-mereka yang malas TnT, tilawah dan tadabbur kalam Allah itu. Sudah diberi jalan menemui jawapan, kenapa tidak diambil?


Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. [Taha, 25]


2 comments:

Cik Qis said...

salam umairah!!!bila nak cerita pasal tariq bin ziyad..i m looking forward your next post=) inshaAllah..

kauthar said...

salam acik, smoga kembali sihat spt sedia kala. boleh masak sedap2 utk byt kk pulak, ekekeke.

betul, solat kalau fokus walau tengah serabut segala bagai, memang menenangkn..bila rasa berada d hadapan Dia, suarakan lepaskn segalanya pd Dia, memang relieve lh lepas tu..

semoga kheir semuanya, enshaAllah...