Saturday 17 August 2013

Apa perasaan anda terhadap apa yang terjadi di Mesir?

Kita pasti sangat sedih dan marah terhadap apa yang terjadi pada ikhwah akhawat kita di Mesir. Air mata kita mengalir tiap kali berita-berita tentang mereka di update di laman web. Kita mula mengeluarkan kata-kata keluhan dan kata-kata kemarahan menunjukkan kita tidak redha dengan apa yang berlaku. 

Namun, perasaan sedih dan marah itu perlu dilahirkan dalam bentuk tindakan. Ia bukan sekadar mengalirnya air mata kita. Bukan sekadar keluhan mahupun kata-kata kemarahan yang keluar daripada perasaan itu. 

Lahirkan daripada perasaan itu doa-doa yg tak pernah putus, doa Allah kurniakan kesabaran yang tinggi, doa Allah menangkan al-Haq di muka bumi, doa Allah hapuskan hambaNya yang menzalimi. Kerana doa itu silahul mukmineen, senjata para mukmin, senjata untuk mereka yang percaya pada an-Nasru daripada Allah. 





Lahirkan daripada perasaan itu hammasah utk terus bekerja dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Hammasah untuk terus melaju, terus serius dalam pembinaan diri kita. Serius dalam usrah-usrah, tiada lagi istilah ponteng, bagi alasan kepada murobbi, bermanja-manja dengan alasan, "Saya x bersedia, saya ada komitmen lain, saya terlupa..". Kerana komitmen kita dalam tarbiyah itu akan melahirkan rijal yang bersedia untuk bertempur di medan peperangan al-Haq dan al-Batil. 





Lahirkan daripada perasaan itu kefahaman bahawa kisah yang benar itu perlu sampai kepada seluruh dunia kerana media massa utama kini sudah tidak mampu melaksanakan peranan mereka seadilnya. Merekalah lidah tak rasmi dan jasad tak rasmi kepada al-Batil. Maka tugas kita untuk menjadi lidah-lidah rasmi kepada al-Haq. 








Lahirkan daripada perasaan itu satu tindakan, jangan biarkan ia terhenti dengan sebuah perasaan sahaja. Kerana Mesir, Palestin, Syria dan umat Islam tidak memerlukan air mata sendu kita, mereka juga tidak memerlukan kata-kata kemarahan dan kekesalan mereka. Yang mereka perlukan adalah perubahan dari dalam diri kita. 



No comments: