Anda pernah dengar kisah Zuljausyan ad-Dhababi?
Beliau pernah diajak oleh Rasulullah saw untuk memasuki Islam selepas Ghazwah Badar.
“Baginda bersabda:
“Tidak mahukah kamu menjadi salah seorang pelopor dalam kerja itu”?
Dia berkata: “Tak mahu”
Baginda bersabda: “Apakah yang menahan kamu”?
Dia menjawab: “Aku telah melihat kaummu mendustakan, mengusir dan memerangi kamu.
Tengoklah nanti. Jika kamu mengalahkan mereka, aku akan berimanlah.. dan aku akan mengikutmu. Jika mereka mengalahkan kamu, aku tidak akan mengikutmu.”
Kemudian, selepas Fathu Makkah, beliau segera menemui Rasulullah dan menyatakan keislamannya.
Sepanjang keislamannya, tiap kali membaca ayat ke-10 Surah al-Hadid, setiap kali itulah beliau menangis teresak-esak dan menyatakan kekesalannya kerana lambat masuk Islam.
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah).
Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
Seorang sahabat, kisahnya diabadikan dalam sejarah Islam untuk kita tadabburkan.
Ya, kita nampak umat Islam kini di mana tempatnya? Jika kita ada satu graf, axis X yang menandakan ketinggian dan kehebatan sesuatu tamadun mahupun agama, bermula daripada zero '0', plotlah di mana anda rasa umat Islam berada kini.
Dengan keadaan di Medan Rabaah Adawiyah berlumuran dengan darah. Darah siapa ye jika bukan darah ikhwah akhawat kita di sana? Murah sungguh nilai nyawa dan darah ikhwah akhawat kita dihadapan mata As-Sisi. Senang sungguh mereka memutar belitkan cerita dan yang mendapat nama buruknya adalah ikhwah akhawat kita di sana. Pengganas yang sebenar adalah ikhwah akhawat kita?
"Apakah semua ini?", jeritan hati kita tiada siapa yang dengari melainkan Allah, Dia yang Maha Mengetahui, agama Islam itu tempatnya tinggi, kemenangan Islam itu pasti.
Mulakan sekarang ikhwah akhawat, mulakan sekarang usaha-usaha ke arah al-Fathu, ke arah kemenangan Islam. Kisah Zuljausyan cukup untuk kita tadabbur supaya tidak lambat dalam beramal ke arah kemenangan.
Jangan tanya apa amalnya, hati kita tahu apa amal itu. Dakwah, tarbiyah dan jihad.
"Ilal amal ayyuhal ikhwahhh..!", seruan ISHAB sejak dahulu lagi.
No comments:
Post a Comment