Sunday 24 May 2009

kempen saf lurus

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

SEMBAHYANG JEMAAH


Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sape yg xnak pahala ni kan?sume org nak.btol x.so,marilah kite ber'kempen 27' di mane saje kite berada!

LURUSKAN SAF


alhamdulillah,bi'ah maseh terjage kat sakan 1st year just, 'sakan baitut talabah jami'iyah'.waktu zohor td msih kedengaran suara iqamah memanggil ahli2 skan utk turun solat zohor berjemaah.cepat2 bersiap,aku pun g la musolla.selesai sembahyang,aku perasan yg sahabat sebelah aku ni terkehadapan sikit.dah x lurus!camne ni?xkan xnk tegur?dah tau salah,kene la tegur.

cm biasa,bersalam-salaman lepas solat.aku salam la sahabat sebelah aku ni.pastu ckap kat dy,

"td ko terkedepan sikit.nanti jd x lurus.hee~"
"ohh,yeke?"
"aah,ari tu pun aku de kene tegur dlm sembahyang sbb aku terkedepan sikit.dy tepuk aku,soh kebelakang sikit,leh ke ek wat cmtu dlm sembahyang?"[saje nk pancing sahabat ni]
"ntah la,boleh la kot"

pastu aku senyum je la.tamat dah citer.tepuk tgn sume~

yg pasl tegur kwan sebelah dlm sembahyang tu,aku x pasti boleh ke x.tp yg aku nk tekankan kat cni,jomla kite merapatkan saf dikala sembahyang jemaah.penah terdengar satu ayat ni,xpastila hadith ke kate2 ulama' ke,die kate cenggini,

'Allah x pandang jemaah yang safnya x lurus'

so,kalo kite terperasan diri kite atau kwan2 kite yg menyebabkan saf xlurus,kite nasihat menasihati lah k!jom perbaiki diri disamping org lain~!



Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433)

Dalam riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

kempen luruskan saf bermula!islah nafsak,wad'u ghairak.

2 comments:

nima said...

um..x de keje..
heh..
mana shoutbox??
huhu..
x de shoutbox jerit sini jelaa..

Siti Umairah said...

jgn la jerit2..
pekak tinge org..
huhu~~