Tuesday 21 July 2009

citer dulu #1

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

dah berzaman pergi jalan-jalan kat syria,baru nk tulis.pe daa~

1st day(20/6/2009):

QAL'AH BUSRA
-kota lama tinggalan empayar Rom.
-ape yg ada di busra itu?

1)roman theatre

-teater yg dibina oleh org Rom.
-salah satu decapolis
-teater tu boleh memuatkan kapasiti lebih dr 1000 org
-teater tu x ya gune sistem sound/microphone sbb seni bina teater tu je leh menyebabkan org yg tgh bercakap/menyanyi akan bergema.
-sampai sekarang,teater tu msih digunakan

2)hammam

-bilik mandi
-org2 dulu,dorg suke sgt wat bilik mandi yg cam sauna tu.lepas mandi,dorg akan duduk berehat smbil minum teh.(adat)

3)masjid al-umari

-masjid ni telah dibina oleh saidina Umar al-Khattab.x sure la sama ade dibina sndiri oleh saidina umar atau dibina oleh rakyat2 dibawah zaman khalifah umar.

4)folk tradition museum

-muzium ni menunjukkan adat2 dan budaya org arab sndiri+pakaian dorg

5)katil anak perempuan raja malik

-zaman2 dulu,kawasan busra merupakan tempat yg selalu gak la diserang ngn kala jengking dan ramai la dikalangan penduduk situ yg mati kerana digigit oleh kala jengking.jadi,raja malik ni hanya ade sorg anak perempuan,so dy sediakanlah satu katil/tempat khas utk anak pompuan dy.katil tu berada tinggi dr permukaan bumi,ditahan oleh 2 tiang.so,setiap kali nk anta makanan kat ank pmpuan dy tu,org suruhan dy akan hantar gune tali,dan ditarik dr atas oleh anak pompuan dy sendiri. tapi pada satu hari,Allah nk tunjukkan yg Allah mampu je nk wat pape,ketika org suruhan raja malik nk anta buah2an utk anak prmpuan raja malik dan org suruhan tersebut pun x perasan bahawa ade kala jengking dlm bakul buah2an tersebut.akhirnya,anak perempuan raja malik mati kerana kala jengking juga.

6)kubu pertahanan n pekan jual beli

-ade tempat utk tentera elak diri ketika memanah(tyme perang la ni)
-pekan jual beli ni cm kedai2 kecik kat dlm kota tu

7)rumah pendeta bukhaira

-kat umah ni lah pendeta bukhaira menghidangkan makanan kpd rombongan Rasulullah yg pada wakru itu msih kecil,mereka baru pulang berniaga dr syam.dan pd waktu itu,pendeta bukhaira ni gtau kat pakcik/datuk Rasulullah S.A.W bahawa Rasulullah bakal menjadi pesuruh Allah.

MASJID-TAK-TAU-NAME-DIE

1)ade tapak kaki unta nabi isa a.s n tapak kaki nabi isa a.s sendiri

2)ade madrasah ibn kathir
-kat sini la kebanyakan imam2 mcm ibn kathir dll blaja

WADI YARMUK

-merupakan satu lembah yang mane pada zaman dahulu penuh ngn air. tapi sekarang lembah tu dah kering kontang,cume ade la tinggal sikit air(hanya sebesar tasik+ade air terjun kecik).kemana ye pergi air2 kat lembah ni??sebenarnya air2 dr lembah ni telah disalurkan oleh kerajaan syria kpd kerajaan jordan yg trkenal ngn negera yg x cukup air,huu~

MASJID MAKAM NABI AYYUB

-xde la masjid pun,mungkin boleh dikatakan sbg surau.
-kat surau ni ade 2 makam iaitu makan nabi ayyub a.s dan anaknye.mungkin ini hanyalah makam bukan dhorih.ape beza makam ngn dhorih ialah,dlm dhorih ade mayat/jasad manakala dlm makam xde jasad.kadang2 hanya ade a part of the body.sesuatu tempat juga dorg jdikan makam apabila tempat tu pernah seseorg singgah/tempat belaja/rumah/tempat duduk dll.

SHEIKH SA'AD

-satu kawasan atau mungkin juga leh digelar sebagai daerah kecil/pekan
-tanah area situ ade pokok tin

1)kat situ ade hammam nabi ayyub a.s

2)ade makam seorg sahabat bernama Saad bin Ubadah.
-ktorg x dpat msuk sbb under construction.

NAWA
-sebuah pekan kecil

1)ade dhorih imam nawawi.

-maksudnye ade jasad beliau dlm kubur tu.subhanallah.kawasan dhorih beliau ditutupi dgn pagar.kenape??meh aku citer.dulu2,imam nawawi berasal dr nawa ni tapi beliau blaja n mengajar kat dimasy/damascus(ibu kota syria). then,kerajaan tgok imam nawawi ni sgt syadid(kuat) berhujah pasl halal dan haram,akhirnya imam nawawi telah dibuang daerah ke nawa.kat situ lah imam nawawi menghabiskan sisa hidup beliau.akhirnya beliau meninggal dunia disitu.dan atas kubur imam nawawi tersebut,tumbuh pokok yg sgt besar. name pokok tersebut adalah butum.dikatakan terdapat ayat al-quran yg terukir kat dahan pokok tersebut,xtau la naturally occured ataupun ade org len yg ukir.pastu penduduk2 yg perasan ngn pohon yg besar tersebut merasa pelik dan mennganggap ini adalah keajaiban dr imam nawawi dan dorg pon mnyembah pokok tersebut sehinggalah ia menjadi amalan khurafat.akhirnya kerajaan memandang serius terhadap perkara ini dan menebang+meracun pokok tersebut.dikatakan bahawa ketika pohon tersebut ditebang,ia mengalirkan darah.wallahu a'lam.

insyaAllah akan di post utk 2nd day.

tgh2 exam pon leh post.merepek~don't try this at home!

4 comments:

belas_kasihan16 said...

erk um..
ayat yg t'akhir dlm post uh terase lah..
haha :P

umwirdani said...

hoho..
act,emel ni utk family..
edit sket2 je la..
xde la terase sgt ngn ayat last tuh~
haha

bittaufiq utk next exam!

belas_kasihan16 said...

um, mane 2nd day?? huhu~

Siti Umairah said...

in progress..
huhu
insyaAllah