Masih mencari-cari apa maksud tarbiyah dzatiyah
Masih mencuba-cuba cara mana untuk memperingatkan diri
Masih teragak-agak ingin mengajak manusia membuat kebaikan
Masih menyusun jadual harian supaya selesa dari segi mutabaah amal, dakwah dan 'study'nya
Masih lambat-lambat membaca buku fikrah dan menghafal Quran
Ya
Benar sesetengah berkata
"Aku dah buat sehabis baik dan semampu mungkin. Tidak mungkin untuk kita memaksa diri melebihi keupayaan"
Tidak mungkin dia dapat buat sesuatu yang diluar kemampuan dia
Melainkan dengan bantuan Allah
Tapi
Bagaimana dia tahu dia dah buat sehabis baik
Dah buat sedaya upaya
Sedangkan dia selalu sahaja bermalas-malasan, bermanja-manjaan
Memenuhi kehendak diri, memenangkan kepuasan diri!
Tidur mesti 6 jam, kalau terkurang nanti mengantuk dalam kuliah, kalau terlebih halal
Peti ais mesti selalu penuh supaya nanti tak kelaparan,
sedangkan makanan yang dahulunya tak habis pun lagi
Internet mesti buka setiap hari supaya selalu update dengan keadaan semasa,
sedangkan yang dibuka selalunya tak membantu dia untuk update dengan keadaan semasa pun
Dia itu sahaja memberi alasan.
Boleh tak dia berhenti memberi alasan?
Berapa banyak dah program, daurah, qiyam, pertemuan-pertemuan dia pergi
Adakah dia masih hendak berada di situ lagi?
Ah, mungkin inilah yang terbaik bagi dia buat masa ini..susunan Allah
Masa itu bukan milik kita..
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah.
Mereka berkata: “Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?”
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)”.
Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu.
Mereka berkata (sesama sendiri): “Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?”
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing”.
Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu.
Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[Ali Imran, 154]
Kisah ketika perang Uhud, sesetengah kaum muslimin yang masih ragu-ragu dengan kekalahan yang Allah berkata, “Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?” Kemudian Rasulullah menolak alasan mereka dengan mengatakan, “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing”. Itu hanyalah alasan mereka dan mereka hanyalah menduga-duga. Rasulullah berkata lagi, apa yang berlaku itu dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada mereka. Mereka membuat salah, Allah bagi peringatan terus.. Kita? Ambillah pengajaran daripada kisah dahulu~
Ya Allah.....sahhil umuruna, tohhir qulubuna, isyrah sudurana~
p/s: dia merujuk kepada 'saya@umairah'
p/s: dia merujuk kepada 'saya@umairah'
7 comments:
berlari.
pergi lah berlari selaju2 nya.
bagai kekuda al-3adiyat.
*wink2* nantikan coming up next...
indah lagi jika dapat berlari, lalu menarik tangan sahabat dan diajak lari bersama...
jom lari bersama um,
andai diri ini tertinggal di belakang...
jgn lupa menoleh dan menarik agar kembali bersama berlari....
selamat ber RI. belum mampu mencontohi anda.
p/s: jgn lupe persediakn diri ke RI. Allah yu3in enshallah.
alamak!
rahmah dah terbace dulu post tu..
dah delete la, rasa cam tak sesuai..
takut ada yang terasa..
pape pon,
itu yang terbaik rahmah :))
untuk saya, dia, dia dan semuanya~
inshaAllah :)
hehe. yup, byk hati yg perlu dijaga...
stiap org mesti dh pkr ape yg tbaik bdasarkn pilihan yg dia ade utk diri dia kot..
ape2pon, moge yg tbaik ye um...
btw, knape lps -itu yg tbaik rahmah- tu ade ikon ':))'
sdikit xphm di situ? huhu
btw, sbagai kwn nk pesan siap2...
klu 1 mase nnti, RI x mmbantu pningkatan..
yg bersalah bkn RI...
tapi ade yg lain yg perlu dikoreksi...
bukan nak takutkn atau pesimis..
skadar pringatan awal... in case of nythng..
tapi 3ala kulli hal saye tau korg leh wat!
all da best sume ^^,
ikon ni ':))'?
xtau la, rasa tenang je buat keputusan ni..
inshaAllah kher sumenye..
bukan nak sgt RI,
tp memerlukan sesuatu utk terus move on..
bukan sekadar fixing sumthing..
bak kate dr house, "it is either you fix that problem or just move on~"
betul tu, x boleh salahkan sesiapa mahupun RI..
yg patut dipersalahkan hanyalah diri ini~
time kaseh mengingatkan :)
mardhatillah itu kuncinya USAHA dan MUHASABAH... mesti ada check n balance dua2 ni...
konklusi yg menarik..
thanks~
wewit. inspired by dr house ;)
enshallah kher~
p/s: btw, bru sdar um kat gmba tu diri tegak mcm nk nyanyi lagu negaraku.. hua3. jgn mare um, saye gura jah! =D
Post a Comment