Wednesday 25 August 2010

Book Reviews: Denyut Kasih Medik







Tentang penulis: Dr Farhan Hadi, suami Fatimah Syarha (novelis juga, antara buku dia adalah Syabab Musafir Kasih), graduated daripada UNIMAS dlm bidang perubatan dan mendapat housemanship training di Hospital Selayang.

Tetang buku: Novel yang menggabungkan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Seorang doktor muslim yang berusaha menegakkan Islam dalam diri dan juga medan amalnya.

(eh, mcm skema plak, bosan2~mcm mane eh nak cter betapa bestnye buku ni (_ _!))

Antara yang menarek dalam buku ni~:

1. Tahukah anda Dr Abdul Aziz Rantisi iaitu salah seorang ketua ha**s selepas Syeikh Ahmad Yasin merupakan seorang pakar pediatrik? Tetapi beliau dikenali dunia bukan kerana kepakaran beliau dalam bidang itu, tetapi kerana syahidnya beliau dibunuh oleh Yahudi. Seorang pejuang di Palestin. Ada juga diceritakan beberapa isu Palestin yang lain seperti boikot.

2.Sentimen-sentimen yang wujud ketika housemanship training dan juga sentimen yang wujud dalam hospital. Supaya kita lebih bersedia.

3. Gambaran tentang majilis2 ilmu+usrah walaupun sudah berkerja. Menjadi doktor bukan satu alasan untuk tidak hadir ke taman2 syurga :)

4. Da3ei 24hours. Yang ni part yg paling kagum (@.@). Menjadikan hospital sebagai medan amal dan medan dakwah.

5. Masalah2 ibadah ketika sakit. Islam itu mudah lagi memudahkan. Solat pula amal pertama yang dihisab ketika Hari Perhitungan. Majoriti pesakit dihospital2 di Malaysia tidak solat dengan alasan 'tidak tahu, sakit, tak boleh ambil wudhu', najis dll'. Jadi tugas siapa nak bagitahu diorang?

6. Had-had ketika bertunang dan bercinta selepas kahwin. Ada orang kata, cinta selepas kahwin ini seperti syurga yang dipercepatkan. Dalam buku ni siap ada tips lagi.heh (=.=")

dll.. (baca sendiri!)

Kesimpulannya, kita adalah apa yang kita bacakan. Pandai-pandailah pilih bahan bacaan. Jika kita suka baca kartun, maka kartunlah kita. Jika kita suka baca novel hantu, maka hantulah kita. Jika kita suka baca buku fikrah, maka bertambahlah kefahaman kita. inshaAllah :)

2 comments:

Anonymous said...

Intresting~

kauthar09 said...

hacikk,
ateh bc denyut cinta medik ni,
bawa ke hulu ke hilir,
mcm dah buruk sikit, haisyy...
nak mnx tlg belikan satu pls, then tutup blk tempahan yup ^__^

nak mnx izin nak kongsi dgn kwn2 tntang tips mencari jodoh bg kaum perempuan jgk <3