Saturday 14 August 2010

Ramadhan itu lapang

3 hari Ramadhan telah berlalu. Dia bermuhasabah tentang satu hari Ramadhan yang telah berlalu. 'Aku hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani'. Kata itu diulang berkali-kali, membetulkan niatnya untuk terus merebut peluang rahmat Ramadhan supaya amalnya dibulan Ramadhan ini tidak berhenti setelah habisnya Ramadhan. Semoga Ramadhan menjadi booster untuk dia meningkatkan tarbiyah dzatiyahnya.

Ramadhan itu sebenarnya lapang, lapang waktu, lapang 'perut', pinta syurga yg dilapangkan dan lapang fikiran. Kenapa? Waktu untuk makan, minum dah dapat jimat. Perut sudah tentunya kosong, itukan ta'rif ramadhan dlm fikiran kanak-kanak. Fikiran? Kosong sebab tak perlu nak fikir nak makan apa sarapan ini, tengah hari ini pula macam mana dan sebagainya. (boleh la ye jd pOint =p)


Bulan yang mana al-Quran diturunkan, syaitan dirantai, pintu Syurga dibuka luas-luas, pintu neraka ditutup rapat-rapat, jadi apa sahaja yang menjadi penghalang kepada kita untuk buat kebaikan melainkan diri kita? Yang tinggal hanyalah internal factor iaitu dari dalam diri kerana semua external factor telah Allah hilangkan buat sementara waktu. Ibaratnya sebelum ini, jalan itu penuh dengan duri, lopak-lopak air, najis lalu kita mengelak daripada melalui jalan itu. Tetapi kini jalan itu sudah dibersihkan malah dihiasi dengan taman-taman bunga, masihkan kita berpaling dari jalan itu? Berlarilah wahai diri melalui jalan itu sambil menikmati keindahannya.

Jika dengan berpuasa pada bulan ini pun kita tak dapat kawal diri daripada berbuat kejahatan, nafsu, sifat keji maka berdoalah pada Allah meminta supaya diberikan hati yang baru kerana sesungguhnya hati kita telah mati pada saat itu.

1 comment:

ainshams said...

salam um comey,
smg kita jadi hamba Rabbani. Ramadan adlh pusat tarbiyah untuk tahun bulan-bulan seterusnya sebelum bertemu ramadan berikutnya jika diizinkan Tuhan.
all the best!