Wednesday 13 May 2009

surat layang

Praise to Allah the LORD of the universe and peace be upon his beloved Prophet Mohammad and upon his family and comrades.

الۡأَخِلَّاء يَوۡمَئِذٍ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الۡمُتَّقِينَ (67

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
-->az-zukhruf,67


Kali pertama aku mengetahui ayat ini wujud di dlm Ummul Furqan adalah ketika aku sibuk mencari diri ini yg sesat dlm cinta manusia selepas tamatnya SPM. Aku tak nak hurai panjang tentang kisah ini. Yg ingin aku tekankan dlm post kali ini ialah persahabatan. Tambahan lg,setelah aku dapat meneruskan pelajaran di bumi anbiya',aku diperkenalkan dgn satu majlis ilmu. Dlm majlis ilmu itu,buat kali kedua, secara tak langsung aku dpt memahami ayat ini. Terima kasih Ya Rabbi!


LUAHAN HATI

Berulang-ulang kali aku baca ayat ini. Berulang-ulang kali aku baca terjemahannya. Sebak tiba-tiba. Ini bukan cobaan bak kata P. Ramlee, ini adalah kenyataan. Memahami dengan sedalam-dalamnya. Memikirkan isi yg ingin disampaikan oleh Penciptaku kepada hamba-hambaNya. Mengingatkan aku kembali kepada sunnatullah, manusia hidup perlu berteman. Dan sebaik-baik sahabat,spt yg Allah telah berfirman, adalah persahabatannya kerana Allah.

Ditambah pula pengisian usrah baru-baru ini di mat'am halawiyat dhai'ah. Hadith tak silap aku. Empat kumpulan manusia yg layak menerima kasih sayang Allah:
1. kumpulan manusia yg berkasih sayang kerana Allah.
2. Kumpulan manusia yg duduk bersama-sama kerana Allah.
3. Kumpula manusai yg hadiah menghadiahi kerana Allah.
4. Kumpulan manusia yg saling menziarahi kerana Allah.

Sedih. Perkara pertama yg terlitas dlm hati aku, betulkah niat aku selama ini berkawan dgn kamu? Benarkah kerana Allah? Sudahkah aku menjadi sahabat yg terbaik utkmu? Sudahkah aku membimbingmu ke jalan yg Allah redhai? Dan yg pasti sekali, layakkah aku menjadi temanmu? Yg mana di akhirat nanti kita akan dipertemukan?

Sahabat,sesungguhnya,aku memang lemah.aku tak layak jadi sahabatmu.

Sahabat merupakan cerminan diri kita. Tapi aku tahu betapa tak layaknya aku utk menjadi cerminmu.

Pabila engkau melakukan kesalahan, hatiku mencemuh, jijik dgn perbuatan engkau, tetapi aku masih sayngkan engkau sahabat. Cuma aku tidak kuat utk menegurmu. Aku sedih kerana imanku yg lemah ini. Engkau suci sahabat. Engkau tidak tahu, kerana itulah engkau membuatnya. Sedangkan aku? Aku dah tahu! Tapi apa yg mampu aku lakukan? Hanye menidakkanya dgn hati..

Itulah selemah-lemah imanku.

Apakah sayang aku ini bukan kerana Allah? Sudah berkali-kali kita membaca doa rabithah bersama-sama, namun natijahnya? Aku tahu, aku tahu. Allah yg telah mengatur segalanya, segala aturan Allah itu sgt cantik sebenarnya, Allah yg Maha Megetahui hati-hati setiap hambanya. Ya Allah,Engkau yg Maha Mengetahui akan setiap perkara,Engkau lindungilah sahabatku dr segala dosa dan maksiat.

PERTELINGKAHAN MENGUATKAN PERSAHABATAN?

Sesak. Exam yg non-stop di jamiah. Rumah yg kurang terurus. Diri yg jauh dariMU Ya Allah. Hati yg berkarat lama sudah tak di bersihkan. Akhirnya membawa kepada satu letupan berdasarkan nafsu amarah. Sahabat baik tak dilayan. Membuatkan mereka rasa jauh hati. Akhirnya, aku hilangkan segala ego, memohon maaf kepada semua sahabat yg terasa hati itu. Alhamdulillah,semua masih dapat menerima aku dgn seadanya. Aku percaya dgn mereka. Teringat pula pengakuan seorg sahabat ini 'you have changed my day~!'. Tengok,betapa sayangnya mereka terhadap aku! Sedangkan aku? Terharu pula. InsyaAllah lepas ni aku tak kan buat sahabat ku macam ni lg. Doakan diriku sahabat. Org mukmin takkan jatuh lubang yg sama dua kali.shukran sahabat!

2 comments:

INTAN said...

achikku~~

wish i could be frens that u need~~

maafkan salah silap adik~~

(T_T)

Siti Umairah said...

insyaAllah adik..
may Allah holds our hands togrther to jannah..
aminn =)