Pulang dari markaz aitam, layan cerita KCB 2. Kisah mencari jodoh sahaja. KCB 1 lagi best =p. Malam itu, Kelas Intensif Tahfiz al-Quran bermula....
Sem 1 untuk 2nd year agak tough. Saya yang masih dalam zon selesa dgn markah 1st yr terumbang-ambing apabila masuk sem ini dan akhirnya saya mengakhiri sem 1 dgn serba kekurangan. Kurang tumpuan, kurang ilmu, kurang persediaan dan macam-macam lagi kurang. Itu baru sentuh bab akademi belum sentuh lagi bab al-Quran. Hafalan baru kurang, mengulang pun kurang. Disebabkan serba kekurangan itu, saya telah berniat supaya Kelas Intensif ini digunakan dgn sepenuhnya. Kejar kembali jadual yang telah lama ditinggalkan, mengulangnya dan hafalan barunya. Tetapi lain pula jadinya dalam Kelas Intensif itu. Apa yang dah jadi? Biarlah rahsia...
Selepas berakhirnya Kelas Intensif selama 3 hari itu, kami melepaskan tension dgn bermain bowling di Mecca Mall (layan je la..idea sape tah tu~~). Pergi berlima, tetapi yang mainnya hanya 4 orang, seorang lagi nak jadi penonton sahaja, katanya 'Buat apa bazirkan duit kalau dah tahu tak reti main?'. Saya? Saya memang tak reti main, tapi demi meraikan sahabat-sahabat seperjuangan melepaskan tension, saya pun turut main. Entah apa-apa....
Pulang dari Amman sekitar jam 8.30 mlm. Dah janji ada meeting online dgn ketua, esok jam 4 pg nak pergi trip jelajah jordan, barang satu pun tidak kemas lagi, jam 11.30 mlm mesti berkumpul di rumah sahabat di hijazi supaya tidak ketinggalan + kurang bahaya. Meeting online habis 2 jam selepas itu dan berkemas pun sempat 1 jam sahaja. Macam-macam....
JELAJAH JORDAN
Kebiasaannya, student Malizi di Jordan ini sudah habis meronda Jordan pada tahun pertama pengajian. Saya? Tahun 2 barulah terkedek-kedek nak join trip ini. Yelah, tahun pertama teruja nak berjalan Turki + Syria, nak buat macam mana...?
Trip kali ini amatlah menarik. Menjelajah atas bumi yang mana langitnya yang sama dgn bumi kita menuntut ilmu. Jordan yang merupakan salah satu daripada dataran Syam selain Syria, Lubnan dan Palestin. Dataran Syam yang merakam pelbagai sejarah silam Rasulullah bersama sahabat menyebarkan agama di sisi Allah. Apa yang ada di Jordan?
1) Kawasan peperangan ( Perang Mu'tah di Mu'tah, Perang Yarmuk di sempadan Syria, peperangan Lawrence of Arabia dan tentera Atrak dari Turki di Wadi Rum)
2) Makam 5 orang sahabat di Aghwar (Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah mendapat gelaran penjaga umat, Mu'adz bin Jabal syahid dalam serangan Taun Amwaz, Syurhabil bin Hasanah merupakah pembuka Jordan, 'Amir bin Abi Waqas dan Dhirar bin Azwar)
3) Makam al-anbiyaa' (Nabi Musa di Jabal Nepo, Nabi Syu'aib, Nabi Yusha' merupakan pembantu Nabi Musa ketika Nabi Musa diarahkan oleh Allah S.W.T untuk membuka Palestin dan Nabi Lut)
4) Makam sahabat yang syahid dalam peperangan Mu'tah (Saidina Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawahah dan Jaafar bin Abi Talib)
5) Kawasan nabi-nabi terdahulu (Laut Mati adalah kawasan kaum Nabi Lut yang menyaksikan azab Allah iaitu diterbalikkan bumi kerana perbuatan terkutuk sebahagian besar kaum Nabi Lut iaitu homoseksual, Petra merupakan kawasan Kaum Nabi Saleh dan Aqabah@Laut Merah yang mana tongkat Nabi Musa(dgn izin Allah)dibelah kepada dua dan menenggelamkan kaafiruun)
6) Senibina di zaman Rom (Qasr Sahrawi, Roman Theatre di Amman, Jerash, Umm Qais salah satu decapolis)
Corak daripada Iraq di Qasr Sahrawi.
Jalan utama di kota Jerash. Bawah ini terdapat laluan air~
7) Senibina zaman kegemilangan Islam (Jabal Qal'ah, Qal'ah Salahuddin al-Ayyubi, Qasr Amra yang dibina zaman Khalifah Umaiyyah, Qasr Azraq yang dibina Oleh tentera Arab dibawah Izzudin Aibak ketika Perang Salib dan kemudiannya digunakan oleh Lawrence)
Penarik air di Qasr Amra.
8) Beberapa tempat bersejarah (Gua Ashabul Kahfi tempat tidur beberapa orang yang beriman ketika Raja Dikyanus(menurut Tafsir) ingin membunuh mereka kerana keimanan mereka (tidak pasti berapa jumlah yang sebenar 7/8,Allah lebih mengetahui)di zaman Byzantine, Muzium kereta King Abdullah Jordan)
"Maka tidakkah mereka merantau di muka bumi; melihat bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul) dan sesungguhnya kampung Akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya." (Yusuf:109)
Wahai ulul albab, tidakkah kamu memikirkannya? Mari kamu ikut saya mendengar satu kisah tentang Jerash. Jerash adalah kota yang dalamnya terdapat kubu pertahanan yang dibina oleh tentera Rom. Pada zaman tersebut, tentera Rom memang terkenal dengan kehebatan mereka. Jadi, kebiasaan mana-mana angkatan tentera, kubu haruslah dibina di kawasan tinggi supaya dapat meninjau banyak tempat dan dapat mengawal kedatangan musuh. Apa jadi pada Jerash? Tentera telah membina di kawasan yang agak rendah supaya orang lain dapat lihat tentera mereka berlatih senjata, kehebatan dan kekuatan meraka. Kerana ketakburan itu, tentera mereka telah dikalahkan oleh tentera Islam sendiri….=]
BAKI CUTI
Selesai trip menjelajah Jordan, saya berkira-kira bagaimana ingin memanfaatkan cuti. Ada berbaki 8 hari. Sehari sebelum naik jamiah (?? Idea drpd naik sekolah~), saya dan 3 org lagi sahabat perlu menghadapi Imtihan Tamhidiyah, Kelas Tajwid al-Quran. Untuk lulus imtihan ini, kami perlu masyi beberapa bab drpd kitab Munir + hafal juzuk Amma. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk lulus, saya target untuk lulus dengan jayanya.
Tetapi, Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya perlu uruskan beberapa perkara berkenaan Kempen Membaca PERMAI 09/10 dan Slot pengisian khas pelajar Akademi Tahfiz az-Zikr bersama Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil. Tipulah jika saya kata, saya sempat mengurus masa dengan sebaiknya supaya kerja dan pembelajaran kitab munir+hafalan juzuk Amma seimbang dalam masa tersebut. Akhirnya..Wallahi khobbastu ana! (Demi Allah, aku dah hancurkan diri aku) lughah ammiyah urduniyyah ye..
Imtihan tadi berakhir agak kelam kabut, tapi Alhamdulillah dgn pertolongan Allah yang melimpah ruah, saya selesai juga menjawab. Keputusan tak keluar lagi.huhu. doakan saya dapat yang terbaik untuk diri saya, sesungguhnya pandangan Allah perlu diutamakan daripada pandangan manusia.p/s: Sedih sedikit tak dapat pergi PERTAMA sbb ada Ust Mazlee Malik + Ust Hasrizal + Ust Hezry. xpe2, Allah dah gantikan dgn Slot pelajar tahfiz itu + Wacana bersama Ust Mazlee Malik esok =))
p/s: Esok naik jamiah, tajdid niat semua! Kita akan dapat apa yang kita niatkan.
No comments:
Post a Comment